Wednesday, June 09, 2010

Syukur dan juga gua.



Lagu ni buat gua rasa nak tukar gua punya profession musik. Dari bunyi bunyian nyaring gitar dan drum kuat kepada beat beat yang akan buat lu mengangguk angguk sambil buat muka stail stail sikit. Sambil ada bunyi piring hitam kena gesek.

Nak nak Kartel yang produce. Gua memang ada sikit respect pada Joe Flizzow. Gua pandang Joe macam gua pandang Jay Z. Sama level.

Pertama kali gua dengar lagu ni, time AIM kalau tak silap gua. Alimet pakai smart smart sambil nyanyi dengan microphone oldschool. Bergaya juga bisik hati gua itu jam.

Sekarang ini, gua punya masa pagi, lepas bangun tidur untuk pergi kerja, gua akan buka lagu ni. Baru spirit menaik bak kata budak budak Primary.

Itu jam pun memang nak keluar cari rezeki. Memang kena. Sambil sambil tu, gua rapping sekali sikit sikit sama dengan Altimet. Agak bersemangat juga gua.

[,]

Tapi, pagi tadi, apahal gua kena tunggu customer gua datang untuk escort gua sebelum ke dalam production line sampai dua jam lamanya.

Syukur gua entah kemana, semangat kerja gua entah kemana.

Nampak sangat gua memang tak boleh nak jadi B-Boy.

6 comments:

mynnbachok said...

Jap nak bayang kamu jadi B-Boy.
Oh. kiutnyer :)

Rembo said...

tak jadi B Boy pun memang cute pun.

jo said...

lepas ni, bosan bosan boleh la lu layan shuffle, krumping, breaking dan seangkatan dengannya. tak payah susahsusah buat imaginary gefren. heh.

Lil^GriZzLe said...

lu jadi B-boy? tak seswaiii ;)

Rembo said...

jo - dari ayat lu, gua tahu lu layan rancangan realiti Showdown 2010 kat TV8. Kan?

gha - ha ha ha. jiwa rocker kan.

laki cikgu kimia said...

kene stat pakai seluar baggy dulu tak?