Thursday, August 30, 2007

Dia dan Satria Neo-nya

Semakin hari akal manusia semakin pendek.

Dengan erti kata lain manusia semakin Bodoh. Sengal. Bangang. Goblok. Bungulikam.

Perasan?

Itulah yang aku rasa dunia hari ini. Sifat tolak ansur dan sefahaman semakin berkurangan akibat kebodohan manusia sendiri.

Bukan aku cakap aku bagus, bijak, cerdas, elit, fatanah dan sebagainya. Tapi itulah hakikatnya.

Tak percaya, tengok keadaan sekeliling kamu semua.

Dalam pemerhatian aku, aku masih lagi tidak tahu apakah sebab utamanya.

Adakah disebabkan pengambilan makanan segera yang semakin banyak?

Atau, dalam kepala masing-masing hanya fikirkan duit?

Atau, suhu dunia yang semakin panas akibat pemanasan global?

Kadang-kadang perasaan bebas untuk melakukan apa sahaja yang aku suka tebal dalam diri aku. Tapi kala itulah aku rasa aku terperangkap dalam dunia yang dicemari dengan kejahilan dan juga kesempitan akal manusia berfikir.

Aku tidak ambil peduli apa yang kamu semua ingin buat. Bukan untuk menyekat kebebasan kamu semua atau menghalangnya. Aku bukanlah Godfather mahupun Al Capone sekalipun Evan Almighty untuk buat semua itu.

Tetapi bila dah tahap menyusahkan aku, itu aku ambil peduli. Aku kisah.

Bila hak-hak kebebasan aku tercabar, aku mula memberontak. Rebel. Hang Jebat pun memberontak dek ketidakpuashatiannya apabila dapat berita Hang Tuah dijalankan hukuman mati. Sejarah Melayu ini!

Ini juga sebahagian daripada pemberontakkan dalaman aku terhadap rakan serumah. ‘Budak’ yang boleh aku kategorikan sebagai manusia yang tergolong dalam manusia semakin Bodoh. Sengal. Bangang. Goblok. Bungulikam.

Penat orang tua kau hantar sekolah tinggi-tinggi sampai UIA, dapat jadi Pharmacist. Tapi ada akal tidak tahu nak guna. Letak kat lutut atau bontot.

Teruskanlah usaha anda untuk menjadi golongan manusia yang semakin Bodoh. Sengal. Bangang. Goblok. Bungulikam.

Teruskanlah usaha anda untuk menjadi golongan manusia yang tidak menggunakan akal dan fikiran. Teruskan hidup anda dengan berfikiran singkat. Terusakan hidup anda dengan berfikiran anda sahaja yang hidup dalam dunia ini. Teruskan pentingkan diri sendiri! Go selfish go!!

Tahniah!! Nama anda telah tersenarai dalam golongan manusia yang semakin Bodoh, Sengal, Bangang, Goblok, Bungulikam dalam diri aku. Bukan calang-calang orang aku hendak bagi peluang ini.

Takpe aku sabar. Aku percaya dunia ini bulat dan bergerak diatas paksinya sendiri. Tidak semestinya kita selalu di bawah dan tidak semestinya kita di atas.

‘What goes around comes around and what goes up must come down’

Karma.

Aku tidak perlu untuk melakukan ‘aksi terus’. Hanya tunggu dan lihat. Bila kau dah di bawah aku akan ketawa dengan kuat serta penuh kegirangan. Masanya akan tiba. Bukan susah sangat untuk mendiamkan diri. Betul?

Ok. Dah tiba masa untuk menonton perlawanan Arsenal vs Sparta Prague.

Go Gunners!!

No comments: