Sunday, August 26, 2007

Pahlawan Meja Batu Bulat

Cerita aku kali akan bukanlah mengisarkan pahlawan-pahlawan dahulu kala yang berperang menggunakan pedang dan juga sheild menentang Orcs ataupun apa-apa sahaja musuh yang jahat.

Tetapi kali ini aku nak ceritakan Pahlawan-pahlawan Meja Batu Bulat aku. Biasanya tempat persidangan di warung Badot*.

(*rujuk penulisan aku sebelum ini.)

Pahlawan-pahlawan Meja Batu Bulat ini terdiri daripada 8 orang jejaka yang datang daripada pelbagai latar belakang. Cuma satu perkara yang yang menyatukan kami. Kami Jawa!!

Ok, orang pertama yang akan aku review ialah Si Kunak.
Beliau antara founder meja persidangan ini. Mempunyai sifat kelakar semulajadi yang mampu mengegarkan Meja Batu Bulat. Beliau juga sedang menganggotai salah satu kugiran yang sedang melonjak naik di arena dunia buat-sendiri. Untuk makluman korang, beliau juga mempunyai akal yang singkat dan agak senget. Haha!! sori Nak.

Orang kedua ialah si Apek. Bekas pekerja bundle tersohor di Parit Raja, memiliki motosikal berkuasa kuat dan juga satu sifat yang sangat kelakar. Maklumat korang, tahap kelakar si Apek ini mampu mengalahkan tahap kelakar pelawak no. 1 negara. Bagi kami, beliau adalah pelawak satu nombor dibelakang satu. Antara no. 0 dan juga 1. Paham?!!

Orang ketiga adalah si Dodol. Beliau ini mempunyai sifat yang agak kelakar. Tetapi kurang daripada mereka yang aku listkan diatas. Bersemagat tinggi, rilek-rilek aje serta bermulut cabul. Itulah sifat si Dodol.

Seterusnya ialah si Mat IT. Kelayakkan dan juga pengalaman yang luas dalam bidang IT sehingga mampu untuk mencipta topi keledar maya dengan menggunakan arahan 10011100011000011111101110011111. Dek ke-IT-annya kami telah menamakan perisian-perisian terkenal sempena namanya. Contoh: YouBu-Libe (youtube), Adolib (Adobe) dan Microlib (Microsoft). --Siblak!!

Si Katek. Berjiwa keras kadang-kala tetapi jauh didalamnya mempunyai ciri-ciri yang mudah tersentuh. Pemain rugby yang mempunyai pandangan jauh. Senang berkecil hati terhadap rakan-rakan sekeliling.

Si Baba. Bukan berasal daripada Kampung Parit Baba Hitam, Muar. Pelajar tahun akhir di institusi pengajian tinggi. Merupakan Pahlawan yang paling junior di antara kami. Kebolehan: cepat belajar.

Si Kemeng. Pahlawan yang jarang-jarang muncul dalam persidangan mingguan dek kesibukannya sebagai Eksekutif Muda di salah satu syarikat robot terkemuka tanahair Johor Bahru. Pendiam, berkata pada masa-masa tertentu. Jarang mengeluarkan idea-idea atau lawak hebat. Kira tukang ketawa lawak-lawak kami dan juga tukang *enggeh.
(*sila rujuk kamus Jawa-Melayu atau sesiapa sahaja yang boleh bertutur bahasa Jawa.)

Lastly, si Rambo. Me, Myself and A. Haha!! Ni yang nak review best-best ni. Haha!!

Pahlawan yang paling tua. Biasanya segala pandangan dan keputusannya dihormati oleh pahlawan-pahlawan yang lain. Mampu mengawal keadaan dengan tenang ketika bersidang, libur, atau apa sahaja aktiviti bersama. Selalu juga kena tinggal ketika Pahlawan-pahlawan lain berlibur di Kuala Lumpur atau mana-mana aktiviti sosial melampau. Haha!!

Serba sedikit mengenai Pahlawan-pahlawan Meja Batu Bulat. Kemudian nanti, tidak perlu untuk aku kenalkan dalam penulisan aku yang akan datang.

Bila Si Apek dan Si Kunak serta Si Dodol bersama pasti sesuatu pergaduhan akan tercetus dan diakhiri dengan kesimpulan yang mencuit hati. Kalau korang ada sama bersidang baru korang paham. Haha!!

Ok, that all for now. Aku nk tengok pasukan belasahan yang menduduki tangga ke 19 dalam table Barclays Premier League beraksi. Haha!!