Saturday, August 25, 2007

Muar-Melaka-Bangi-Parit Raja

25/8/2007 – 4:29

‘Ahh, it’s good to be here’

Lega rasanya bila aku berada diatas kerusi yang sepan-nya sudah separuh *kerewak. Berhadapan dengan meja kayu yang separuh dekad umurnya aku rasa. Walaupun berselerak di atasnya, tetap memberi suatu ketenangan buat aku.

Di satu sudut lain pula terletak hamparan yang sedia membawa aku ke alam ‘tanpa hujung’ sebentar saja lagi.

Berada di bilik bujang aku yang dipenuhi dengan sawang dan juga kekemasan yang tidak teratur merupakan satu keselesaan yang tiada tandingan. Aku umpama berada di dunia aku sediri.

Lega. Aku lupa pada hiruk-pikuk Bandaraya Maharani. Lupa pada sikap – sikap pelupa manusia yang membawa kekusutan. Lupa pada barisan mesin ataupun Servo Amp MR 9300 yang sentiasa membawa masalah pada aku dan juga merupakan sumber rezeki aku. Haha!!

Lupa aku pada masalah yang terjadi. Lupa pada kejadian yang aku sesat. Lupa pada Internal meeting. Lupa semuanya…Haha!!

‘Tunggu ko kat situ, sekejap lagi aku landing”

(*Sila rujuk kamus Jawa-Melayu atau rujuk rakan anda berketurunan Jawa)

24/8/2007 – 23:45

‘Ok Pek, thanks a lot.’ Aku berterima kasih.

No prob bro

‘Aku gerak dulu, pepehal jumpe next week ya!’

‘OK. Kirim salam orang kampong.’

24/8/2007 – 23:30

‘Dah bawa kereta baik-baik. Malam dah ni’ Abah aku pesan kat Along.

24/8/2007 – 23:25

‘Bo, ko kat mana? Balik kampong tak?’ Ju tanya.

‘Aku kat Bangi. Balik’

‘Apa projek Bangi? Jumpe Apek ke?’

Ada projek sikit. Besok petang jumpe baru cerita. Ok chow’

24/8/2007 – 21:36

‘Pek! Lu kat mana?’

‘MFI aa…baru abeh talent night. Lu kat mana?’

‘Aku kat Bangi la. Sesat. HAHAHA…’

‘Hahaha…buat apa kat Bangi?’

Ada nak ambil Chenta jap. Tolong hantar aku pergi Pusat Latihan Maybank. Aku nak jumpa Abah aku.’

‘Tunggu aku kat Billion

24/8/2007 – 18:00

Lokasi: *Venice a.k.a ADAHAM.

Status: Minum petang bersama Bi.

Menu: Nescafe ‘o’ ais & Nescafe ais.

(*Rujuk penulisan aku sebelum ini)

24/8/2007 – 15:30

Lokasi: Pizza Hut Batu Berendam.

Status: Lunch + Internal Meeting.

we are going to be so busy by the end of the Sept..bla..bla..bla..’

bos aku membebel menerangkan jadual kerja yang akan aku hadapi. Setakat itu yang aku ingat. Selebihnya aku melayang.

*ting*

Tiba-tiba sahaja aku berada dimeja lain. Aku rasakan waktu dan segala pergerakan terhenti. Cuma aku dah dia sahaja sedang menyulam cinta dan romantis bersama waitress yang memiliki wajah seakan Fasha Sanda. Haha!

Khairul! Are you still with us?

‘Err..yes Boss!’ hehehe….

24/8/2007 – 15:00

Aku terima panggilan dari Along.

‘Lu kat mana? Kita gerak Bangi ini malam. Wa dah gerak ke Klang. Ada projek sikit. Abih projek kita jumpa Abah. Ok?’

‘Batu Berendam. Meeting kejap lagi. Cantik. Nanti gerak wa roger.’

24/8/2007 – 11:00

‘Ok bang, pepehal kalo ade problem, call aku ye. Aku kene pergi Melaka. Jumpa minggu depan.’

‘Ok.’ Ringkas jawapan Na’em.

Paham?

Aku nak sambung makan dengan Fasha Sanda kat Batu Berendam. Haha!

No comments: