Rajin betul aku menulis akhir-akhir ini. Akibat terpengaruh dengan hasil penulisan En. AKAB dan aku terpaksa tanggung akibatnya.
Banyak benda boleh mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian.
Banyakl la...Macam negara kita gak.
Dulu cerita ular sawa, merata tempat ade je kisah ular sawa tak kira tempat. Bandar, kampung, Urban, Sub-urban....semua nak cerita ular.
Ni tgh sibuk cerita pasal bas terbalik. Merata nak ada bas terbalik.
Dulu time sibuk-sibuk ayam golek, sana-sini ayam golek.
Dulu time sibuk-sibuk NOSTALGIA, sana-sini NOSTALGIA.
Dulu time sibuk-sibuk Wave 100, semua Wave 100.
Dulu time sibuk-sibuk Black Metal, sana sini Black Metal.
Dulu time sibuk-sibuk Emo, sana sini Emo.
Dulu time sibuk-sibuk buat blog, semua ada blog. Termasuk la aku..terjebak...hahahah
Bukan apa, zaman dah berubah la kot...(kata-kata typical)
Iyelah mana taknya, dulu abah-abah nak deposit duit kene beratur panjang. Sekarang tidak lagi. Transer account je...senang jimat masa.
Atas dasar itulah aku terus menulis dan membaca blog sebagai riadah harian aku setiap malam. Mudah, mesra, cepat dan betul hahaha...
Sebenarnya seperti yang aku cakap, aku agak kebosanan duduk kat Bandar Maharani ni. Takde teman tuk bersosial. Memang sejak azali lagi kerja melepak di kedai kopi adalah pekerjaan sambilan aku dan rakan-rakannya. Masalah kat sini aku takda rakan-rakan yang begitu. Nasiblah kat kampung tu ada Pahlawan-Pahlawan Meja Batu Bulat.
Rakan-rakan, tunggu kebalikkanku malam esok. Kite Libur!! (Ril pinjam ayat.)
Aku rasa setakat ni, kat OLDSTREET ni la tempat paling best untuk dilepakkan setiap malam kalau aku kat Muar ni.
Kalau di Melaka aku ada juga satu warung yang aku beri nama Venice. Sebab ia bersebelahan dengan Sungai Melaka....kot. Eh, Melaka ada sungai ke??
Warung ni juga aku beri jolokan nama Akademi Dam Haji Melaka, ADAHAM. Ada 4 papan dam haji yang sedia menunggu. Tapi korang yang tidak berdaftar, lupakan sahaja niat asalmu itu. Ramai dah permenant old timer yang dah ukir nama diorang kat kerusi tu.
Di Parit Raja pula aku namakan warung tu warung Badot. Bukan aku pon yang bagi nama. Cuma nama tu memang dah sinonim dengan tuannya yang selamba dan juga mempunyai pengalaman berniaga selama 20 tahun ditepi jalan. haha!! Takde apa pon yang menarik seperti ADAHAM cuma ianya terletak diantara dua multinational company. Court Mammoth dan juga Wellward. Haha!!
Kat warung badot ni lah tempat para Pahlawan Meja Batu Bulat bersidang sambil memerhatikan awek membeli nenas dimalam hari. Nak buat pencuci mulut lepas makan kat kedai Badot ni kot. Haha!!
No words to type anymore. Roomate aku a.k.a pengacau idea-idea bernas aku dah duduk depan mata. Haha!!
Weehuu!!...
Ade amoi dah jeling2 aku dah. Balak dia terasa ancaman. Haha!! Mission accomplished.
OK chow..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment