Tidak sampai 12 jam sahaja lagi kita akan menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 50.
Terima kasih kepada golongan veteran yang telah berusaha dan bermati-matian untuk memerdekakan negara ini daripada jajahan pihak kolonial.
Persoalan: Adakah anda semua merdeka?
Pada dasarnya, ya! Merdeka daripada jajahan pihak kolonial 50 tahun yang lampau. Dimana segala-galanya dilakukan atau ditadbir oleh kita sendiri. Itu 50 tahun yang lampau.
Ramai yang mentafsirkan kemerdekaan ini dengan pengertian mereka sendiri. bak iklan Digi. Korang tengok atau tidak?
Aku merdeka dengan cara yang sederhana.
Aku merdeka bila pulang kerja awal.
Aku merdeka dengan generasi baru.
Ingat iklan ini?
Tak ingat? Anda lemah. Haha!!
Tetapi bagi aku, aku belum cukup merdeka dalam persekitaran aku sendiri. Dalam menjalankan hidup seharian aku terpaksa bergelut untuk parking kereta, melayan karenah manusia yang mempunyai pelekat di belakang kereta dan mempunyai cara bersalaman rahsia di jalan raya, melayan perbualan 'budak' yang singkat akalnya. Banyak lagi contoh-contoh.
Merdeka ke aku?
Adakah merdeka ini sekadar menunggu detik 12 malam dan melihat pancaran bunga api. Kemudian pulang dengan berlumba sesama sendiri?
Atau merdeka dengan melihat konsert-konsert artis kesayangan masing-masing anjuran mana-mana pihak?
Atau bangun pada pagi 31 hb Ogos, bukak TV, channel RTM, tengok perbarisan. Habis perbarisan sambung tidur?
Apa pun cara atau tafsiran untuk menyambut kemerdekaan ini terpulang pada masing-masing.
Yang pasti aku belum cukup merdeka.
Pasti ada antara kamu semua sefahaman dengan aku.
Ready to go home! Merdeka!! Haha!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment