Thursday, August 30, 2007

Merdeka dan bunga api.

Tidak sampai 12 jam sahaja lagi kita akan menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 50.

Terima kasih kepada golongan veteran yang telah berusaha dan bermati-matian untuk memerdekakan negara ini daripada jajahan pihak kolonial.

Persoalan: Adakah anda semua merdeka?

Pada dasarnya, ya! Merdeka daripada jajahan pihak kolonial 50 tahun yang lampau. Dimana segala-galanya dilakukan atau ditadbir oleh kita sendiri. Itu 50 tahun yang lampau.

Ramai yang mentafsirkan kemerdekaan ini dengan pengertian mereka sendiri. bak iklan Digi. Korang tengok atau tidak?

Aku merdeka dengan cara yang sederhana.
Aku merdeka bila pulang kerja awal.
Aku merdeka dengan generasi baru.

Ingat iklan ini?

Tak ingat? Anda lemah. Haha!!

Tetapi bagi aku, aku belum cukup merdeka dalam persekitaran aku sendiri. Dalam menjalankan hidup seharian aku terpaksa bergelut untuk parking kereta, melayan karenah manusia yang mempunyai pelekat di belakang kereta dan mempunyai cara bersalaman rahsia di jalan raya, melayan perbualan 'budak' yang singkat akalnya. Banyak lagi contoh-contoh.

Merdeka ke aku?

Adakah merdeka ini sekadar menunggu detik 12 malam dan melihat pancaran bunga api. Kemudian pulang dengan berlumba sesama sendiri?

Atau merdeka dengan melihat konsert-konsert artis kesayangan masing-masing anjuran mana-mana pihak?

Atau bangun pada pagi 31 hb Ogos, bukak TV, channel RTM, tengok perbarisan. Habis perbarisan sambung tidur?

Apa pun cara atau tafsiran untuk menyambut kemerdekaan ini terpulang pada masing-masing.

Yang pasti aku belum cukup merdeka.

Pasti ada antara kamu semua sefahaman dengan aku.


Ready to go home! Merdeka!! Haha!!

Dia dan Satria Neo-nya

Semakin hari akal manusia semakin pendek.

Dengan erti kata lain manusia semakin Bodoh. Sengal. Bangang. Goblok. Bungulikam.

Perasan?

Itulah yang aku rasa dunia hari ini. Sifat tolak ansur dan sefahaman semakin berkurangan akibat kebodohan manusia sendiri.

Bukan aku cakap aku bagus, bijak, cerdas, elit, fatanah dan sebagainya. Tapi itulah hakikatnya.

Tak percaya, tengok keadaan sekeliling kamu semua.

Dalam pemerhatian aku, aku masih lagi tidak tahu apakah sebab utamanya.

Adakah disebabkan pengambilan makanan segera yang semakin banyak?

Atau, dalam kepala masing-masing hanya fikirkan duit?

Atau, suhu dunia yang semakin panas akibat pemanasan global?

Kadang-kadang perasaan bebas untuk melakukan apa sahaja yang aku suka tebal dalam diri aku. Tapi kala itulah aku rasa aku terperangkap dalam dunia yang dicemari dengan kejahilan dan juga kesempitan akal manusia berfikir.

Aku tidak ambil peduli apa yang kamu semua ingin buat. Bukan untuk menyekat kebebasan kamu semua atau menghalangnya. Aku bukanlah Godfather mahupun Al Capone sekalipun Evan Almighty untuk buat semua itu.

Tetapi bila dah tahap menyusahkan aku, itu aku ambil peduli. Aku kisah.

Bila hak-hak kebebasan aku tercabar, aku mula memberontak. Rebel. Hang Jebat pun memberontak dek ketidakpuashatiannya apabila dapat berita Hang Tuah dijalankan hukuman mati. Sejarah Melayu ini!

Ini juga sebahagian daripada pemberontakkan dalaman aku terhadap rakan serumah. ‘Budak’ yang boleh aku kategorikan sebagai manusia yang tergolong dalam manusia semakin Bodoh. Sengal. Bangang. Goblok. Bungulikam.

Penat orang tua kau hantar sekolah tinggi-tinggi sampai UIA, dapat jadi Pharmacist. Tapi ada akal tidak tahu nak guna. Letak kat lutut atau bontot.

Teruskanlah usaha anda untuk menjadi golongan manusia yang semakin Bodoh. Sengal. Bangang. Goblok. Bungulikam.

Teruskanlah usaha anda untuk menjadi golongan manusia yang tidak menggunakan akal dan fikiran. Teruskan hidup anda dengan berfikiran singkat. Terusakan hidup anda dengan berfikiran anda sahaja yang hidup dalam dunia ini. Teruskan pentingkan diri sendiri! Go selfish go!!

Tahniah!! Nama anda telah tersenarai dalam golongan manusia yang semakin Bodoh, Sengal, Bangang, Goblok, Bungulikam dalam diri aku. Bukan calang-calang orang aku hendak bagi peluang ini.

Takpe aku sabar. Aku percaya dunia ini bulat dan bergerak diatas paksinya sendiri. Tidak semestinya kita selalu di bawah dan tidak semestinya kita di atas.

‘What goes around comes around and what goes up must come down’

Karma.

Aku tidak perlu untuk melakukan ‘aksi terus’. Hanya tunggu dan lihat. Bila kau dah di bawah aku akan ketawa dengan kuat serta penuh kegirangan. Masanya akan tiba. Bukan susah sangat untuk mendiamkan diri. Betul?

Ok. Dah tiba masa untuk menonton perlawanan Arsenal vs Sparta Prague.

Go Gunners!!

Wednesday, August 29, 2007

Edisi minum petang.

Aku lama tidak menulis atas dasar kepenatan bekerja dan malas.
Haha!!

Korang percaya ke aku dah ada chenta??!! Haha!!

Tak percaya?

Tanya Si Dodol. Haha!!

Sunday, August 26, 2007

Pahlawan Meja Batu Bulat

Cerita aku kali akan bukanlah mengisarkan pahlawan-pahlawan dahulu kala yang berperang menggunakan pedang dan juga sheild menentang Orcs ataupun apa-apa sahaja musuh yang jahat.

Tetapi kali ini aku nak ceritakan Pahlawan-pahlawan Meja Batu Bulat aku. Biasanya tempat persidangan di warung Badot*.

(*rujuk penulisan aku sebelum ini.)

Pahlawan-pahlawan Meja Batu Bulat ini terdiri daripada 8 orang jejaka yang datang daripada pelbagai latar belakang. Cuma satu perkara yang yang menyatukan kami. Kami Jawa!!

Ok, orang pertama yang akan aku review ialah Si Kunak.
Beliau antara founder meja persidangan ini. Mempunyai sifat kelakar semulajadi yang mampu mengegarkan Meja Batu Bulat. Beliau juga sedang menganggotai salah satu kugiran yang sedang melonjak naik di arena dunia buat-sendiri. Untuk makluman korang, beliau juga mempunyai akal yang singkat dan agak senget. Haha!! sori Nak.

Orang kedua ialah si Apek. Bekas pekerja bundle tersohor di Parit Raja, memiliki motosikal berkuasa kuat dan juga satu sifat yang sangat kelakar. Maklumat korang, tahap kelakar si Apek ini mampu mengalahkan tahap kelakar pelawak no. 1 negara. Bagi kami, beliau adalah pelawak satu nombor dibelakang satu. Antara no. 0 dan juga 1. Paham?!!

Orang ketiga adalah si Dodol. Beliau ini mempunyai sifat yang agak kelakar. Tetapi kurang daripada mereka yang aku listkan diatas. Bersemagat tinggi, rilek-rilek aje serta bermulut cabul. Itulah sifat si Dodol.

Seterusnya ialah si Mat IT. Kelayakkan dan juga pengalaman yang luas dalam bidang IT sehingga mampu untuk mencipta topi keledar maya dengan menggunakan arahan 10011100011000011111101110011111. Dek ke-IT-annya kami telah menamakan perisian-perisian terkenal sempena namanya. Contoh: YouBu-Libe (youtube), Adolib (Adobe) dan Microlib (Microsoft). --Siblak!!

Si Katek. Berjiwa keras kadang-kala tetapi jauh didalamnya mempunyai ciri-ciri yang mudah tersentuh. Pemain rugby yang mempunyai pandangan jauh. Senang berkecil hati terhadap rakan-rakan sekeliling.

Si Baba. Bukan berasal daripada Kampung Parit Baba Hitam, Muar. Pelajar tahun akhir di institusi pengajian tinggi. Merupakan Pahlawan yang paling junior di antara kami. Kebolehan: cepat belajar.

Si Kemeng. Pahlawan yang jarang-jarang muncul dalam persidangan mingguan dek kesibukannya sebagai Eksekutif Muda di salah satu syarikat robot terkemuka tanahair Johor Bahru. Pendiam, berkata pada masa-masa tertentu. Jarang mengeluarkan idea-idea atau lawak hebat. Kira tukang ketawa lawak-lawak kami dan juga tukang *enggeh.
(*sila rujuk kamus Jawa-Melayu atau sesiapa sahaja yang boleh bertutur bahasa Jawa.)

Lastly, si Rambo. Me, Myself and A. Haha!! Ni yang nak review best-best ni. Haha!!

Pahlawan yang paling tua. Biasanya segala pandangan dan keputusannya dihormati oleh pahlawan-pahlawan yang lain. Mampu mengawal keadaan dengan tenang ketika bersidang, libur, atau apa sahaja aktiviti bersama. Selalu juga kena tinggal ketika Pahlawan-pahlawan lain berlibur di Kuala Lumpur atau mana-mana aktiviti sosial melampau. Haha!!

Serba sedikit mengenai Pahlawan-pahlawan Meja Batu Bulat. Kemudian nanti, tidak perlu untuk aku kenalkan dalam penulisan aku yang akan datang.

Bila Si Apek dan Si Kunak serta Si Dodol bersama pasti sesuatu pergaduhan akan tercetus dan diakhiri dengan kesimpulan yang mencuit hati. Kalau korang ada sama bersidang baru korang paham. Haha!!

Ok, that all for now. Aku nk tengok pasukan belasahan yang menduduki tangga ke 19 dalam table Barclays Premier League beraksi. Haha!!

Saturday, August 25, 2007

Love is everywhere

‘Love is in the air.’

Seperti motto kereta mahal berjenama Mini Cooper. Itulah yang boleh aku katakan sebagai status aku sekarang.

Biarkan aku kenalkan korang semua dengan nama A. Agar tiada kekeliruan pada masa depan.

Kali pertama aku melihat, sekitar tahun 2006. Di Bandar Batu Pahat. Dia bersama lelaki yang mempunyai paras rupa fizikal yang boleh aku katakan handsome. Pada tika itulah aku terpaksa merendahkan ego aku untuk menyatakan aku telah jatuh cinta. Ya! Cinta pandangan pertama.

Sekarang, kau ku miliki.

Gadis kelahiran Perak. Yang aku sendiri belum pasti tempat lahirnya. Nanti ade peluang aku tengok Mykad dia ya! Lahir pada 8/2/1982. Rupa paras yang menawan walaupun ukuran badan yang agak straight. Berkulit hitam manis dan mempunyai sedikit manufacturing defect pada belakang badan. Oppsss!!

Aku mula berkenalan rapat dengannya baru kurang lebih 3 bulan yang lepas. Abang aku yang kenalkan. Kawan-kawan dia juga.

Dek kesan daripada sejarah-sejarah aku sebelum ini, tanpa melengahkan masa, lantas aku melamarnya bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan anasir-anasir jahat.

Sebelum ini, jika aku berkenan dengan seseorang, aku cuma memberikan masa yang terlalu lama untuk aku miliki. Barangkali dalam setahun atau lebih. Barulah aku melamarnya untuk menjadi kekasih. Dalam masa setahun inilah aku cuba untuk mengenali seseorang.

Biasanya konsep yang aku cuba jalankan ialah ‘kenal dahulu baru bercinta’. Tapi sekarang aku cuba untuk sebaliknya. Aku rasakan konsep atau fahaman aku yang lepas sudah tidak berkesan. Barangkali cara pemikiran mereka tidak sama dengan aku. Atau dunia ini sudah huru-hara. Haha!!

Tetapi kali ini, aku nekad. Nekad untuk melanggar segala konsep mahupun fahaman aku sebagai seorang Cancerian. Yang mana biasanya dalam soal hati aku akan berpandukan olahan daripada horoskop-horoskop yang telah dilajalankan survey keatasnya.

Ya! Aku memang agak obsess mengikut kata-kata horoskop. Mungkin aku rasa itu agak bertentangan dengan orang lain. Tapi itu adalah aku. Cara aku. Bak kata Duta dalam nyanyiannya ‘Hey! Itu aku! Hey!

So, sekarang, ‘Goodbye lonely world.’ Haha!!

Muar-Melaka-Bangi-Parit Raja

25/8/2007 – 4:29

‘Ahh, it’s good to be here’

Lega rasanya bila aku berada diatas kerusi yang sepan-nya sudah separuh *kerewak. Berhadapan dengan meja kayu yang separuh dekad umurnya aku rasa. Walaupun berselerak di atasnya, tetap memberi suatu ketenangan buat aku.

Di satu sudut lain pula terletak hamparan yang sedia membawa aku ke alam ‘tanpa hujung’ sebentar saja lagi.

Berada di bilik bujang aku yang dipenuhi dengan sawang dan juga kekemasan yang tidak teratur merupakan satu keselesaan yang tiada tandingan. Aku umpama berada di dunia aku sediri.

Lega. Aku lupa pada hiruk-pikuk Bandaraya Maharani. Lupa pada sikap – sikap pelupa manusia yang membawa kekusutan. Lupa pada barisan mesin ataupun Servo Amp MR 9300 yang sentiasa membawa masalah pada aku dan juga merupakan sumber rezeki aku. Haha!!

Lupa aku pada masalah yang terjadi. Lupa pada kejadian yang aku sesat. Lupa pada Internal meeting. Lupa semuanya…Haha!!

‘Tunggu ko kat situ, sekejap lagi aku landing”

(*Sila rujuk kamus Jawa-Melayu atau rujuk rakan anda berketurunan Jawa)

24/8/2007 – 23:45

‘Ok Pek, thanks a lot.’ Aku berterima kasih.

No prob bro

‘Aku gerak dulu, pepehal jumpe next week ya!’

‘OK. Kirim salam orang kampong.’

24/8/2007 – 23:30

‘Dah bawa kereta baik-baik. Malam dah ni’ Abah aku pesan kat Along.

24/8/2007 – 23:25

‘Bo, ko kat mana? Balik kampong tak?’ Ju tanya.

‘Aku kat Bangi. Balik’

‘Apa projek Bangi? Jumpe Apek ke?’

Ada projek sikit. Besok petang jumpe baru cerita. Ok chow’

24/8/2007 – 21:36

‘Pek! Lu kat mana?’

‘MFI aa…baru abeh talent night. Lu kat mana?’

‘Aku kat Bangi la. Sesat. HAHAHA…’

‘Hahaha…buat apa kat Bangi?’

Ada nak ambil Chenta jap. Tolong hantar aku pergi Pusat Latihan Maybank. Aku nak jumpa Abah aku.’

‘Tunggu aku kat Billion

24/8/2007 – 18:00

Lokasi: *Venice a.k.a ADAHAM.

Status: Minum petang bersama Bi.

Menu: Nescafe ‘o’ ais & Nescafe ais.

(*Rujuk penulisan aku sebelum ini)

24/8/2007 – 15:30

Lokasi: Pizza Hut Batu Berendam.

Status: Lunch + Internal Meeting.

we are going to be so busy by the end of the Sept..bla..bla..bla..’

bos aku membebel menerangkan jadual kerja yang akan aku hadapi. Setakat itu yang aku ingat. Selebihnya aku melayang.

*ting*

Tiba-tiba sahaja aku berada dimeja lain. Aku rasakan waktu dan segala pergerakan terhenti. Cuma aku dah dia sahaja sedang menyulam cinta dan romantis bersama waitress yang memiliki wajah seakan Fasha Sanda. Haha!

Khairul! Are you still with us?

‘Err..yes Boss!’ hehehe….

24/8/2007 – 15:00

Aku terima panggilan dari Along.

‘Lu kat mana? Kita gerak Bangi ini malam. Wa dah gerak ke Klang. Ada projek sikit. Abih projek kita jumpa Abah. Ok?’

‘Batu Berendam. Meeting kejap lagi. Cantik. Nanti gerak wa roger.’

24/8/2007 – 11:00

‘Ok bang, pepehal kalo ade problem, call aku ye. Aku kene pergi Melaka. Jumpa minggu depan.’

‘Ok.’ Ringkas jawapan Na’em.

Paham?

Aku nak sambung makan dengan Fasha Sanda kat Batu Berendam. Haha!

Thursday, August 23, 2007

OLDSTREET Kopitiam, ADAHAM, Badot dan Pahlawan-Pahlawan Meja Batu Bulatnya.

Rajin betul aku menulis akhir-akhir ini. Akibat terpengaruh dengan hasil penulisan En. AKAB dan aku terpaksa tanggung akibatnya.

Banyak benda boleh mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian.
Banyakl la...Macam negara kita gak.

Dulu cerita ular sawa, merata tempat ade je kisah ular sawa tak kira tempat. Bandar, kampung, Urban, Sub-urban....semua nak cerita ular.

Ni tgh sibuk cerita pasal bas terbalik. Merata nak ada bas terbalik.

Dulu time sibuk-sibuk ayam golek, sana-sini ayam golek.

Dulu time sibuk-sibuk NOSTALGIA, sana-sini NOSTALGIA.

Dulu time sibuk-sibuk Wave 100, semua Wave 100.

Dulu time sibuk-sibuk Black Metal, sana sini Black Metal.

Dulu time sibuk-sibuk Emo, sana sini Emo.

Dulu time sibuk-sibuk buat blog, semua ada blog. Termasuk la aku..terjebak...hahahah

Bukan apa, zaman dah berubah la kot...(kata-kata typical)
Iyelah mana taknya, dulu abah-abah nak deposit duit kene beratur panjang. Sekarang tidak lagi. Transer account je...senang jimat masa.

Atas dasar itulah aku terus menulis dan membaca blog sebagai riadah harian aku setiap malam. Mudah, mesra, cepat dan betul hahaha...

Sebenarnya seperti yang aku cakap, aku agak kebosanan duduk kat Bandar Maharani ni. Takde teman tuk bersosial. Memang sejak azali lagi kerja melepak di kedai kopi adalah pekerjaan sambilan aku dan rakan-rakannya. Masalah kat sini aku takda rakan-rakan yang begitu. Nasiblah kat kampung tu ada Pahlawan-Pahlawan Meja Batu Bulat.

Rakan-rakan, tunggu kebalikkanku malam esok. Kite Libur!! (Ril pinjam ayat.)

Aku rasa setakat ni, kat OLDSTREET ni la tempat paling best untuk dilepakkan setiap malam kalau aku kat Muar ni.

Kalau di Melaka aku ada juga satu warung yang aku beri nama Venice. Sebab ia bersebelahan dengan Sungai Melaka....kot. Eh, Melaka ada sungai ke??

Warung ni juga aku beri jolokan nama Akademi Dam Haji Melaka, ADAHAM. Ada 4 papan dam haji yang sedia menunggu. Tapi korang yang tidak berdaftar, lupakan sahaja niat asalmu itu. Ramai dah permenant old timer yang dah ukir nama diorang kat kerusi tu.

Di Parit Raja pula aku namakan warung tu warung Badot. Bukan aku pon yang bagi nama. Cuma nama tu memang dah sinonim dengan tuannya yang selamba dan juga mempunyai pengalaman berniaga selama 20 tahun ditepi jalan. haha!! Takde apa pon yang menarik seperti ADAHAM cuma ianya terletak diantara dua multinational company. Court Mammoth dan juga Wellward. Haha!!

Kat warung badot ni lah tempat para Pahlawan Meja Batu Bulat bersidang sambil memerhatikan awek membeli nenas dimalam hari. Nak buat pencuci mulut lepas makan kat kedai Badot ni kot. Haha!!

No words to type anymore. Roomate aku a.k.a pengacau idea-idea bernas aku dah duduk depan mata. Haha!!

Weehuu!!...
Ade amoi dah jeling2 aku dah. Balak dia terasa ancaman. Haha!! Mission accomplished.

OK chow..








Wednesday, August 22, 2007

Oldstreet Kopitiam Jalan Abdullah, Muar dan juga warga bandaraya Maharani serta aku.

Pada awalnya aku takde niat pon nk online dan menulis blog untuk malam ini...cume tetiba je aku rasa bosan nk gila duk umah td. dala bukak HBO tp cite zaman tuk Kaduk...Police Academy 6. adoi la...

Tu pasal aku amik keputsan tuk online. Benonya online tu bukanlah alasan aku untuk hilangkan boring cume bile aku nk online, aku kene lepak kat OLDSTREET kopitiam kat Jalan Abdullah Muar.

Kat kopitiam ni aku leh online sebab die provide wifi. Aku nk masuk stremyx kat umah malas..gaji blom cukup. Sebab aku suke online kat kopitiam ni ialah:

1. Sambil aku online boleh la aku cuci mata tgk amoi-amoi yang datang kopitiam ni. Peh...layan beb. Walaupon kadang-kadang nasib aku tak baik. Yang datang hanyalah ah soo - ah soo yang berpakaian seperti amoi-amoi cantik. Tu ajelah yang aku leh wat hiburan kat Muar ni.

2. Saja nk tgk orang-orang kite yang akan melirik kat aku. Mungkin dalam hati die berkata "huh!! budget kaya la tu duduk ngadap komputer riba sambil minum kopi berharga RM 2.35 secawan" best woo tgk dieorang nih...cube bayangkan kalo ade 40 orang akan cakap gtu...mau jadi kaya btol aku..hahahaha bleh aku online slalu..

3. Oldstreet Milk Tea die sedap.

4. Aku akan berasa sangat cool bile ade amoi datang ngan balak die tapi duk asyik-asyik tgk aku sebab aku ade Notebook...hahahahah...

5. Aku seolah-olah berada dalam dunia aku sendiri bile kat sini...hahahahah

6. Aku bleh tgk mcmmana kerja kerasnya pelayan kat sini. Buat iktibar muhasabah diri la kire.

7. Org yang lalu kat kete akan pikir aku juga sebahagian daripada "mereka" (org-org kat table lain yang keluar minum dengan baju Calvin Klien, berseluar sleek siap bertali leher serta telefon bimbit yang mampu tgk tv di dalamnya diatas meja). Bukan senang kat orang pandang aku gitu...hahahahahah (perasan)

Cukup!!

Cakap serius plak....

Serius!!

hahahah...biol da aku...

Tapi yang pasti orang-orang kat Muar ni makin cool. Sebab depan aku nih ade orang tgh serono bercinta sambil melakukan adegan-adegan romantis...hahahahah ade potensi bleh jadi macam Ibu Negara satu hari nanti.

Aku nk duduk lama kat Muar!!! HAHAHAHAHAH.....

Dah la...pelayan ni dah mula kemas-kemas meja dah. Direct action without saying a words!!

ye ye aku paham...ayat last nih...