Dalam dua-tiga hari ini aku agak sibuk mengemas. Kemas barang-barang, baju, buku-buku. Kira semua barang-lah. Mana satu yang aku hendak bawa ke Lestari Putra, mana yang aku hendak bawa ke rumah baru.
Ok, aku sekeluarga telah memutuskan untuk tinggalkan kampung. Berpindah ke rumah sendiri di taman perumahan. Ini semua adalah kerana kami sudah bosan dengan mentaliti sempit masyarakat kampung. Kedua, atas sebab marah dengan pihak tertentu yang sibuk dengan harta pusaka, tanah pusaka.
Pinjam kata En Kamal. Kau nak ambik, aaaammmmmbbiiiiiiiik! Bodoh!
Rumah di taman sudah siap sepenuhnya. Tinggal tunggu masa untuk angkat barang-barang sedikit demi sedikit.
Dalam aku sibuk mengemas, aku terjumpa album lama. Ya! album gambar. Kembali ke beberapa tahun malahan beberapa belas tahun yang lampau.
Waktu perjalanan hidup masih baru bermula. Memori dari sekolah rendah. Nampak gambar budak yang aku minat. Senyum. Nampak gambar budak-budak sedarjah yang masih comel yang sekarang ini sudah ada anak bini sendiri. Ketawa. Funny!
Memori sekolah menengah. Waktu aku berada di asrama. Rakan-rakan penghisap rokok dan pemberontak. Senyum sendiri aku melihat aksi dan pose masing-masing ketika itu.
Priceless stupid box, aku benci kau!
***
Tiga hari lepas, aku teringat kan kamu. Sangat kuat. Tiba-tiba. Segalanya bagaikan ditayangkan semula. Happy hour. Pasukan bola jaring dan bola baling kamu. Pasukan ragbi aku. Seketariat Rakan Muda kamu. Semua.
Terkebil-kebil aku merenung siling bilik aku.
Dua hari lepas aku dikejutkan dengan satu teks daripada seseorang yang pernah aku cinta...err..maksud aku suka, kot. Entahlah. Soal hati. Malas hendak layan sangat.
[Cha] : Awak...
Ringkas.
Berdebar hati aku. Apa pasal tiba-tiba teks aku macam ini? Ok ke? Dalam masalah ke?
Aku balas. Senyap.
Satu minit. Senyap. Dua minit. Senyap.
Aku call.
Sekadar hendak menyatakan yang dia akan ke Batu Pahat hujung minggu ini. Malangnya, aku pula sudah bergerak ke Lestari Putra.
Oh, Tuhan. Dugaan-Mu sungguh hebat.
Semalam, aku terlayan Amazing Race Asia musim pertama. Ya. Muka kamu seropa dengan juara itu.
Aku akui. Aku rindu kamu. Rindu dengan lesung pipit kamu. Semua tentang kamu!
Priceless stupid box, aku benci kau!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
menyesal aku ada lesung pipit.
makwe macam amazing race asia le, amazing race islamabad le..sekali gua tumit dahi satu kali kang..
ko rindu kat lesung pipit kat pipi or kat mulut
"aku rase lesung pipit chan bkn kat pipi la"
mulut kot baik cek blk...
chan - booo!
pipi - berani letak phone number la kt ms aku. Boleh tumit dahi aku kalau jumpa kehkehkeh
saiful - pipi pek. komferm!!
aik!
kotak ajaib
sy juge ada
tp biar jek berhabuk kat almari tu
satu hari nnt
akan cuba selongkar
pasti
*sengeh
saye pun ade kotak ajaib.
penuh dengan segale kenangan si cinta pertama.
haha.
dah 6 tahun tak di belek2 isi kandungan nye.
takot emosi.
:p
eamy - oh. bagus. biarkan sahaja dalam almari itu dulu ye. jangan bukak for at least 5 years? amacam?
ciki - ada jugak? good. cukupl\kan tujuh tahun la. heheheh
Post a Comment