Friday, May 29, 2009

Mengembara melintasi masa.

Gua baru habis baca Laskar Pelangi awal minggu ini. Dan juga Sang Pemimpi semalam. Andrea Hirata itu bukan manusia biasa. Tapi manusia yang ada kenderaan merentas masa. Mungkin dia kat dalam gerobok bajunya.

[,]

Sejak akhir-akhir ini, fikiran gua melayang ke zaman kanak-kanak gua. Zaman dimana gua mula bersekolah. Tadika Kemas. Atau sekolah-makan-minum. Cikgu gua nama Cikgu Salmah dan pembantu dia nama Cikgu...errr....Saleha kot. Gua lupa. Maklumlah, 20 tahun lepas.

Dalam tadika Kemas ini lah gua berjumpa dengan bermacam jenis perangai dan manusia dari pelbagai jenis latar belakang keluarga. Dari anak pekebun, anak kerja pejabat, dan juga anak cikgu sekolah. Masa ini, kerja-kerja besar gua tak dengar lagi. Paling besar gua dengar pun Guru Besar. Tak ada gua dengar jurutera ke, peguam ke, managing director ke. Tak ada.

Pada masa yang sama, abang gua, satu-satunya abang gua dah mula dengar lagu-lagu rock. Masa ini Wings dengan Search memang tengah naik. Macam Hujan dengan Bunkface sekarang ini. Meletup-letup. Taman Rashidah Utama adalah lagu yang paling berhantu itu jam.

Dan masa inilah gua mula belajar untuk mengambil perhatian budak perempuan. Dan pada masa ini gua terkenan dengan seorang anak cikgu. Cikgu bahasa Malaysia sekolah rendah yang dalam pagar yang sama dengan Tadika Kemas gua. Nama budak ini Fareda. Fareda anak Cikgu Fatimah Ali. Cikgu Bahasa Malaysia Sekolah Seri Sabak Uni.

Bila gua pertama kali tahu namanya adalah Fareda, gua semacam pelik. Nama yang pelik dan sangat masa hadapan dan agak ke arah bandar-bandar sikit. Moden. Gua budak kampung. Mandi sungai, redah ladang kelapa sawit punya budak. Mana biasa dengan benda-benda bandar ni.

Satu hari, dalam senyap-senyap. Tanpa pengetahuan mak dan ayah gua, dan juga abang gua, gua koyak satu helai kertas buku latihan abang gua. Sebelum tidur, dalam kelam-kelam cahaya rembulan, gua tuliskan rangkap pertama lagu Taman Rashidah Utama. Gua koyak perlahan-lahan, lipat baik-baik, simpan dalam poket tepi beg sekolah gua.

Esoknya, time rehat, gua panggil Fareda ini senyap-senyap ke belakang bangunan tadika. Lari dari segala riuh orang ramai. Gua pass cebisan kertas yang gua tulis. Gua pesan, baca sorang-sorag dalam bilik bila dah sampai rumah nanti.

Tapi, nampak gayanya, skill gua tu tak menjadi. Habuk pun tak ada. Pegang tangan pun tak dapat. Apatah lagi nak dapat mee rebus free dekat kantin Mak Esah.

Sekarang ini, Fareda dah pun berkahwin. Mungkin dah berbadan dua. Takkan gua nak bagi lirik lagu Fantasia Bulan Madu pulak! Mampos gua kena parang nanti.

7 comments:

j or ji said...

dah nama lu rembo..mesti la layan semak dan belukar dan sawah dan sungai dan sawit.

:)

alina said...

wow!

tontonlah filemnya pula!

frH said...

fareda - short form farah waheeda ke..? dia skrg mmg berbadan 2 ..
ghaghaghagha ;)

Rambo said...

ji - btol gak tu. Gua lupa sekejap nama gua rembo.

alina - itu pasti! nanti.

frh - mana ade! boooo! ha ha ha. anak kau emo nanti baru tau.

Penari Malam said...

hehehe...aku tak sabar nak tengok filem laskar pelangi nih

Rambo said...

Penari malam - eh, dah keluar la last year. Tapi xde orang nak bawak masuk malaysia kot.

Penulis Kami said...

dulu lu kat high school tak citer pun kat gua....beta lah!

-neo@obey