Tuesday, September 01, 2009

Haih...sekali lagi?

Pagi. Dekat-dekat nak ke Subuh. Dalam pukul 4.30 pagi macam itu. Telefon gua berbunyi. Naik nombor Johor. Gua dah berdebar-debar.

"Hello!" ceria bunyinya.

"Err...hello. Cari siapa?" gua tanya dalam nada paling lemah sekali.

"Kenal tak ni?"

Again? hati gua berkata.

"Siapa?" mulut gua buat-buat tanya.

Ternyata gua memang kenal sangat suara dari hujung talian. Budak Comel Dari Kampung Melayu!

"Kenal ke tak ni?" dia ulang soalan lagi.

"Kenal." suara gua terus buat-buat semakin lemah. Semakin lemah gua dengar ada suara lelaki ramai-ramai kat belakang.

"Ada apa eh?" gua cuba buat-buat steady. Padahal peristiwa-peristiwa manis bermula Aidilfitri tahun lepas berulang kembali.

"Simpan nombor ni eh. Lain-lain tu tak pakai dah." ujarnya sambil giggle.

"Ok. Lagi?"

"Apa yang lagi? Owwhh...jumpa Adek tadi, kat Singgah Selalu ni. Baru dapat u punya nombor, then terus call." terang BCDKM.

U? Ber I-U pula dengan gua?

"Owh ok. Nanti I simpan nombor ni." gua cakap. Macam mengolok pun ada gua rasa.

"Ok lah. Later. Daa..."

"Ok. Bye bye." terus gua tekan butang warna merah cepat-cepat.

Lantas gua pandang kipas siling gua. Tenung dalam-dalam. Setiap kali Ramadhan, mesti lu muncul semula. Jangan nanti time raya ketiga, tahu-tahu lu dah ada depan BP Mall dah.

Ishh....budak ni. Bikin jiwa kacau. Gua sedut lidah tu sekali kang baru tahu!

Lantas esok malamnya, gua layan Kami The Movie. Coincidence?

10 comments:

Dewajiwa said...
This comment has been removed by the author.
Dewajiwa said...

peh.
Kg Melayu area mana? kasi up tengok. hehe. dah masuk berkali-kali ni maknanya dia ada simpan harapan lah tu.

menaip ayat sedut lidah tu sangat berpotensi menjadikan pahala puasa ciput beb.

*pos 2 kali tarak hal kan?

ainkinz said...

kenapa lemah bile dengar suara lelaki ramai-ramai kt belakang?
anda jeles ye?
hehe.

go go brader~

Paan Ovrtd said...

Hahahahaha! KLMJ! Hahahahahaha!

Anonymous said...

ceh...lelaki jalan*...
bak kata apek, jumaat dan sinchan....

frh tau kisah BCDKM said...

aik. nombor kau mana pernah tukar kan ... (saje up)

dia mmg layak kene butang merah dpd kau (up lg)

sedut lidah batal pose dowh.

tahniah sbb hati dah mula tegar. ;)

Rembo said...

Dewa - Jalan..err...rahsia. ha ha ha.

ain - no more. gua dah padam rasa itu.

Paan - babi. KLMJ ni idealogi Din Akar ni!

Anon - bodoh! Sepak nak?

Frh - err...sedut malam-malam la. jangan siang2.

iyan tiram said...

pandai pulak lu jawap talipon elok2...
knp x menyamar jadik indon mcm lu buat kat gua itu hari?
haram!

balqissy said...

singgah selalu memang tempat lepak best... (komen tiada kena mengena) ahaha

Rembo said...

iyan - dia bukan penyokong man united. he he he. lu lain la. kalis kena kuat!

bal - owh yeke?