Monday, August 17, 2009

Update secara combo.

1.

Beberapa bulan lepas. Tengah-tengah bulan May kalau tak silap gua. Gua dihadiri dengan satu surat. Nama penuh gua tertera kemas. Macam surat-surat dari menteri mana-mana pun ada kalau sekali tengok.

Suspens.

Pusing sampul surat ke belakang...la...Jusco Equine Park bagi gua surat. Sebagai ahli, Jusco memang selalu hantar surat. Cuma gua macam ragu-ragu nak balas ke tak. Tapi kali ini, gua sedikit terharu. Sempena harijadi gua, dia orang bagi gua macam hadiah.

Dalam surat itu ada beberapa kupon. Dan juga satu penanda buku. Atas penanda buku itu tercetak beberapa character gua. Gua baca, gua senyum. Tulis macam dah kenal gua dari zaman mandi parit dulu. Semua betul. Bedebah!

Tapi, mula-mula gua tak puas hati bila salah satu character gua adalah day dreamer. Kalau The Dreamer tu boleh la juga. Cerita lain.

Gua dah sangsi. Bila masa gua ada character sebagai day dreamer. Lama juga gua fikir. Tapi, ini buktinya.

Tiba-tiba, di satu sudut kecil nota kerja gua, terselit lirik lagu Fantasia Bulan Madu. Betul la tu gua day dreamer.

***

2.

Minggu lepas.

Department yang gua tengah deal hari-hari kerja gua sekarang ini memang gua jaki sikit. Orang atas dia semua style berlagak. Tak ingat punya berlagak.

Bila time dia orang berlagak tu rasa macam nak bagi terajang bukan guna tapak, tapi bahagian tepi kaki sebelah luar. Orang taman gua cakap, outstep.

Masa gua baca Kungfu Boy dulu, kalau buat terajang ni sambil ditujukan ke arah tekak yakni salah satu anggota vital, boleh menyebabkan maut. Serius!

Satu petang tu, gua baru lepas hisap rokok kat smoking area. Lepas lelah kata orang. Gua masuk semula ke dalam kilang gaya rambut kusut lepas kena tiup angin. Gua nampak satu manager department yang gua deal hari-hari.

Dengan niat yang suci murni, gua tegur.

"Hi boss."

Mula-mula dia pandang. Tapi, bila gua tegur, dia buat tengok tempat lain. Itu jam gua rasa memang nak terajang gaya diatas juga pada anggota yang diatas.

Panas beb. Memang pantang gua bila gua tegur, terus pandang lain. Bukan tak kenal. Beberapa kali gua deal dengan dia. Babi!

Tapi petang itu, nasib manager itu baik. Gua tegur kat checkpoint pak guard. Ada dalam 5 orang pak guard tengah bertugas. Kalau gua buat perangai, buat gaya tendangan di atas, di anggota seperti di atas, masak la gua.

Sudahnya, bila gua melepasi manager itu, di sebalik dinding, gua bagi isyarat FUCK berganda. Tepat kat muka dia. Gua ulang, di sebalik dinding. Siap timbul urat-urat geram kat tangan gua. Urat dahi sekali. Sekali dengan ketap gigi. Mengigil-gigil sikit. Perghh..!

Sekali, gua tersedar. Perbuatan gua ini, menunjukkan FUCK berganda kepada orang yang di benci, dari balik dinding yang lain, kalau di rakamkan, adalah sesuatu yang kelakar. Lantas gua terus sembahyang Asar petang itu.

Settle.

6 comments:

Ahmad Belia said...

kalau gua gua terajang jugak..

iyan said...

hahaha...
lu mmg kuat berfantasi...
martubasi pun kuat jugak...

Dewajiwa said...

hahaha~
buat saja apa-apa, kasi luah semua ketidakpuashatian. kasi hati bebas nanah.

lain kali buat dang je kalau deal dengan orang pesen nie..

ainkinz said...

kelakar.
sudah buat saya ketawa.
terima kasih.

:)

Rembo said...

amosham - bahaya beb. kedudukan belum betul-betul kuat ni.

iyan - normal la, bujang. lu tak kan tak pernah kahwin dengan tangan?

dewa - itula. gua ni jenis peramah sikit.

ainkinz - sama-sama.

Anonymous said...

hahahhaa..kelakar