Thursday, April 29, 2010

Paradise.

*salah satu syurga ciptaan gua.

Dalam hidup gua, gua pernah ciptakan beberapa syurga gua sendiri. Sekarang, dah beberapa bulan gua kat pulau ni, bilik gua ni gua dah anggap macam syurga gua. Salah satu syurga gua.

Penat, lelah, seronok, sedih, ketawa ketawa kecil dalam telefon, kagum tengok DVD, bersemangat nak pergi kerja, down time balik kerja, horny, depress, semua gua kongsi dengan syurga gua kat pulau ni.

Esok, gua akan pulang ke Kelumpo. Untuk 4 hari. Cukup lah kot nak buat buat reset kepala. Mungkin gua akan pulang ke King of Parit. Kalau gua rajin dan keadaan kereta hitam gua mengizinkan.

Rasa macam tak sabar sabar nak packing baju!

*Eh, gua rasa macam dah pernah post gambo ni dulu. Deja vu?

Tuesday, April 27, 2010

Zippo oh Zippo.

Beberapa tahun lepas. Time time gua baru habis SPM. Ada seorang kutu ajak gua turun JB. Kutu ni kawan baik gua dulu. Masteng namanya. Duduk depan Taman Maju. Ke JB untuk cari kasut raya katanya.

Itu jam, budak budak Parit Raja kemaruk pakai Red Wings. Sana sini pakai 501 dengan Red Wings. Red Wings 'karipap' la, Red Wings Irish Setter la, Red Wings 'Terminator' la. Macam macam.

Sorang sorang gaya dah macam koboi. Nasib tak ada kuda dengan rumput rumput kering berguling guling atas jalan. Kalau tak, mesti budak budak Texas keliru.

Sampai sampai JB, gua dengan Masteng terus turun Plaza Angsana. Dengar cerita, itu jam, ada satu kedai jual kasut cap Police. Design memang saling tak tumpah macam Red Wings Irish Setter. Sebijik.

Sambil sambil Masteng tengah cuba kasut Police, gua ke kaunter. Bosan. Kedai tu memang ramai orang. Nak nak time tu time nak raya. Semua pelayan sibuk layan orang orang macam Masteng cari kasut raya.

Biasanya, kedai kedai kasut itu jam, kaunter dia dekat dengan kabinet kaca. Dalam kabinet kaca itu tersusun banyak lighter stail Zippo, tapi bukan Zippo.

Gua pulak berdiri sambil sambil tengok lighter stail Zippo, tapi bukan Zippo. Pintu kabinet kaca sebelah gua. Gua kuak sikit, terbuka. Ngam ngam lepas tangan gua ambil lighter stail Zippo, tapi bukan Zippo.

Gua ambil satu. Tak ada pelayan yang nampak.

Tiba tiba, gua rasa macam ada orang telefon gua. Gua pun keluar kedai. Sebelah pegang telefon Sony Ericsson besar dan berat, sebelah lagi pegang lighter stail Zippo, tapi bukan Zippo gambar burung helang. Konon konon gua cakap dengan adik gua.

Selesai Masteng bayar kasut cap Police, gua jalan jalan sambil main lighter stail Zippo, tapi bukan Zippo.

Sana sini bunyi 'ting'. Tapi tak kuat sangat. Bila Masteng tanya mana gua dapat, gua jawap sambil angkat kening gaya Ziana Zain.

[,]

Sekarang, gua manjang buka Youtube bila balik kerja. Double snap-lah, bar slide-lah, twilight zone-lah, flick-spin-flick lah. Macam macam.

Bukan apa, Penang punya angin lain macam. Susah gua nak light Dunhill Light gua time smoking break kat kilang customer gua.

Kali bukan kedai kasut jual kasut cap Police yang 'bagi', gua beli kat Kompleks Bukit Jambul.

Baru Band of Brothers light Dunhill Light guna Zippo!

Monday, April 26, 2010

Senarai hajat.

Walaupun dah nak masuk bulan Mei, gua tetap ada senarai hajat.

Gua harap dengan adanya senarai hajat ini, gua akan betulkan mind set gua terhadap kerja gua dan mampu menggerakkan gua supaya bertambah rajin dah bersungguh sungguh.

1. Zippo lighter. - DONE
2. Oakley shade. Hijinx or Gascan.
3. NB shoe or Asics or Adidas. Working purpose.
4. Vans or All Star high cut. Melaram purpose.
5. External hard disk. Buffalo or WD.
6. Crocs sandle (?).
7. Billabong or QS beach bermuda.
8. Bearing for my Alfa’s engine.
9. Variator for my Alfa’s engine.
10. Giant or Specialized or GT or Orbea or Cinelli (?) bicycle.
11. Nike messenger (?) bag or Deuter Hydrapack.
12. Ring. Ring...??

Amin.

Saturday, April 24, 2010

The Best Part.

The Best Part dalam kerja gua adalah bila masa operator operator dari segenap negeri contohnya, Wana dari Perak yang punya mata yang cantik, Shaulie dari Sabah yang jalan macam model, Ainon dari Indonesia yang ada iras iras Agnes Monica dan juga yang lain main main mata atau mula riki riki gua, gosip gosip gua, kacau kacau gua, ajak gua sembang bila gua tengah buat kerja atau main kirim salam melalui line technician time gua minum pagi walaupun duduk meja sebelah yang buatkan gua rasa didewa-dewakan macam gua ni bukan vendor tapi artis sefamous Robert Pattinson atau Cesc Fabregas.

Heh heh heh...

Thursday, April 22, 2010

The Hardest Part.

The hardest part dalam kerja gua adalah bila gua kena paksa diri gua untuk suka kepada customer gua yang berpangkat bos bos yang selalu jadi pain in the ass walaupun hati gua tak ada sekelumit rasa suka secara peribadi lantas gua selalu tekan button mode hikmat bermuka muka sebabnya, kalau gua terus tunjuk gua tak suka pada dia, akan mendatangkan masalah besar dalam reputasi kerja gua dan juga company gua susah nak jual mesin lagi, lalu gua akan selalu tersenyum sambil berkata "Yes, of course!" padahal hati gua cakap "Fuck you!"

Gua nak buat macam mana?!

Tuesday, April 20, 2010

Fragile.

Saat paling fragile dalam hidup gua adalah when I try my best but I dont succeed.



"Lights will guide you home, and ignite your bones, and I will try to fix you." Kata Chris Martin.

Mungkin betul katanya, gua perlukan home dan jauh dari Penang untuk sementara waktu lalu ada manusia yang akan fix gua.

That's all I need for time being.

Saturday, April 17, 2010

Belajar hidup susah.

Petang tu, cuaca mendung mendung panas. Awan kelabu nipis berlabuh menutup ruang angkasa Bayan Lepas. Redup. Remang remang senja.

Lepas rasa benci menghadap paparan Galacticos, Rembo light satu batang Dunhill Light.

Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap bilik. Betul betul depan Rembo, dalam berpuluh kilometer, tersergam hutan hijau Pulau Jerjak. Dari jauh, ada bintik bintik cahaya lampu Jerjak Resort agaknya. Macam kunang kunang

Sedut asap Dunhill Light. Hembus. Sekali dengan nafas. Berat rasanya.

Rembo alihkan pula pandangannya ke arah Barat. Blok blok bangunan kilang dalam Free Industrial Zone fasa 4 tersergam. Macam blok blok mainan Lego. Kebanyakkan putih. Lubuk duit untuk manusia marhean. Kerja tak ingat anak bini kat rumah.

Belakang sikit Free Industrial Zone ini terbentang luas laut. Saujana memandang. Ada dua tiga kapal yang tak pasti kapal apa. Mungkin kapal bawak minyak atau kapal bawa pasir untuk projek jambatan Pulau Pinang kedua.

Sesekali Rembo terfikir, apa jadi pada ikan atau kupang atau segala jenis siput dalam laut area belakang Free Industrial Zone ni? Dah mula bermutasi agaknya. Akibat menelan semua segala sisa dari kilang kilang.

Pandangan Rembo dialihkan kearah timur. Lampu Queensbay Mall menyala dengan galak. Tempat manusia bersuka ria. Menghabiskan duit dan juga mencari keperluan atau info. Di sebalik bangunan Queensbay Mall, terletaknya satu dataran atau walk. Tempat untuk orang berehat sambil pandang Pulau Jerjak.

Malam mula merangkak. Round about di bawah mula tersusun dengan lampu lampu berwarna kuning dan merah. Kereta kereta yang bersusun dan mencari laluan destinasi masing masing. Kadang kadang terdengar 'bersin' kereta Kancil Turbo.

Sedut asap Dunhill Light. Hembus. Sekali dengan nafas. Berat rasanya.

Sesekali Rembo terfikir, alangkah indahnya kalau petang petang remang macam ni diisi dengan aktiviti mengeteh di Badut contohnya. Bergelak ketawa dengan rakan rakan atau melayan keletah Adam makan ABC.

Alangkah baiknya kalau dia menghabiskan masanya di Komtar atau Plaza Gurney. Sambil sambil mengisi masa lapang dengan memenuhi wishlist-nya atau mencuci mata dengan melihat gelagat orang Pulau Pinang atau amoi Penang untuk lebih tepat.

Alangkah indahnya kalau petang petang remang begini dihabiskan masa dengan berenang bebas di Pantai batu Feringghi atau Pantai Miami.

Alangkah indahnya kalau dia tidak terperap dalam bilik hotelnya.

Tetapi, apakan dayanya. Not dalam dompetnya hanya tinggal beberapa keping not berwarna merah dan juga ungu yang ada gambar sebatang pokok kelapa sawit. Ehsan daripada blood brother nya.

Claim-nya masih belum masuk. Nak haram!

Sesekali belajar hidup susah, apa salahnya.

Demmit!!

Wednesday, April 14, 2010

Dada Derek Vinyard.

Semalam. Lepas gua pekena Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit Abe Lembut, gua naik bilik dengan hati yang girang. Perut kenyang, hati girang-la, apa lagi.

Sambil sambil gua dengar cerita Hotel Mania kat TV3, sambil sambil gua telusuri internet. Sambil sambil main Galacticos, sambil sambil baca blog. Sambil sambil baca blog, gua kunjung blog baju bundle member gua.

Gua terperasan satu baju Norma Jean. Perghh...sentap hati gua tengok baju ni. Macam perasaan jatuh cinta pandang pertama.

Lantas gua teks member gua.

[Der, tolong simpan baju Norma Jean untuk gua boleh?]

Gua tunggu. 5 minit. 10 minit. Diam. Sempat juga gua kalahkan team team lauk kat Galacticos.

[Boleh. Tapi lu muat ke saiz S US ni?] dia tanya gua.

Gua fikir. Sambil sambil ingat baju saiz S US yang gua ada.

[Muat memang muat kot. Tapi fit sikit.] Gua balas.

[Gua baru ukur baju tu. Lebar dia 18 inci. Muat?]

Lantas gua ambik pembaris besi bersaiz mini yang selalu gua guna untuk ukur jarak UV tape yang melekat dekat frame wafer customer gua.

Perlahan lahan gua ukur lebar baju kerja cap Renoma yang gua pakai siang-nya. Dalam hati, sambil sambil gua ukur, gua berdoa.

[Cis, tak muat la. Baju yang gua ukur dalam 24 inci. Melepas gua. Cilakak!] gua balas.

[Itu la. Lu biasanya pakai saiz sama macam gua.]

[Kira, lu nak cakap gua kurus kan ni?]

[Tak la kurus. Sedap sedap.] Member gua balas.

[Bile lu cakap camtu, automatik gua rasa badan gua sedap sedap macam badan Edward Norton dalam American History X.] Gua cuba meninggi diri.

[Bab dada je kot.] Member gua balas. Tak tau la layankan gua ke apa.

Sejak malam semalam, sampai sekarang. Setiap kali gua masuk bilik air tanpa baju, gua nampak dada gua memang macam dada Derek Vinyard.

Tuesday, April 13, 2010

Perempuan berkulit ular.

Gua balik kerja petang ni dengan kadar kelaparan melampau. Entah apa gila perut gua hari ni pun gua tak tahu. Padahal tengahari tadi gua dah bantai Nasi Beriyani kantin kilang, buah tembikai susu sepotong, dengan kuih wajik yang menyamar sebagai cokelat moist.

Dengan tak buang masa, gua terus siap siap lepas Maghrib. Member gua memekik mekik melalui Facebook chat pun gua buat tak hirau. Perut kena isi dulu apa apa hal.

Dalam kepala gua hanya satu. Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit kedai Abe Lembut yang cuma beberapa blok kedai dari hotel gua.

Bila gua lalu dekat lif 'gore', gua nampak lif menunjukkan nombor 14. Tingkat 14. Atas satu tingkat dari tingkat gua. Sepantas kilat, gua tekan anak panah bawah.

Pintu lif terbuka. Dalam lif tu ada seorang perempuan berbangsa Cina. Umur lebih kurang awal 30-an. Kategori MILF. Body sedap sedap.

Gua masuk, sandar dinding paling belakang. Perempuan itu depan sikit dari gua. Gua usha. Gaya memang orang ada ada. Sandang beg Loius Vuitton. Macam original. Baju kemeja petak petak. Mungkin Burberry. Pakai legging yang gua tak tahu jenama apa. Pakai heels pun gua tak tahu jenama apa. Mungkin Jimmy Choo. Tangan pegang Ipod Touch. Bergaya.

"Bukan orang Penang ni." bisik Tyler Durden dengan gua. Gua angguk kecil sambil buat muka mencebik.

Display tingkat demi tingkat menunjukkan nombor 10. Perlahan. Tiba tiba gua terdengar bunyi retak. Kecil dan halus. Gua toleh belakang. Kot kot gua terpecahkan cermin pada dinding yang gua sandar.

Tak ada.

Gua sambung sandar sambil terbayang gaya gua makan Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit dengan gaya lapar macam tak makan 12 hari.

Retak kecil berbunyi lagi. Perlahan. Gua toleh perempuan LV.

Gua terperasan, kulit lengan perempuan LV mula merekah. Perlahan lahan terkopek kulitnya. Macam cat rumah yang dah mengelupas. Di sebalik kulit perempuan LV gua perasan macam kulit ular. Hitam hitam perang.

Gua angkat muka, perempuan LV senyum gaya seram. Gua telan air liur cepat cepat. Rasa macam nak melekat kat dinding lif 'gore'. Jadi dinding lagi baik dari orang itu jam gua fikir.

Tinnngggg!

Bunyi lif sampai ke basement. Sekaligus menyedarkan gua dari lamunan.

"Cilakak! Berangan rupanya gua." bisik hati kecil gua. Tyler Durden tersengih sengih.

Gua tengok tangan gua, kulit dah mula kering. Hujung hujung jari gua pun sama. Gua periksa lagi anggota badan gua. Ibu jari kaki gua pun ada tompok hitam. Kering. Kesan daripada manjang aircond agaknya.

Lantas, gua terus pergi Watson belakang hotel gua beli losyen Johnson & Johnson warna purple untuk mengelakkan kulit gua kering lalu merekah dan berganti kulit ular.

Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit Abe Lembut, gua taruk nombor dua.

Monday, April 12, 2010

Tyler Durden

Dalam kerja seharian gua sekarang ni, circle of friends gua tak berapa besar. Luar kerja pun sama. Bila circle of friends gua tak besar, gua banyak bercakap dengan diri sendiri.

[,]

Bila waktu kerja, biasanya gua hanya akan berbual dengan orang yang gua selalu berurusan. Macam, process engineer, preventive maintenance punya leader, production line punya technician dan juga beberapa operator indo yang hot.

Mereka ini semua, gua boleh berbual tanpa segan silu. Pasal makan ke, nasi kandar ke, mee udang ke, Char Kue Tiaw longkang ke, bola sepak ke, makwe kilang ke, port port massage ke, Bak Kut Teh ke, kelab dangdut ke, muzik ke, ‘bendera merah’ ke, kereta turbo ke, pasal anak bini ke. Semua. Semua macam masuk kepala.

Tapi, ada juga beberapa orang yang gua tak berurusan tapi selalu jumpa. Mungkin kat surau atau smoking area atau time makan tengah hari Jumaat kat tepi laut atau cleaner yang selalu perhatikan gua time gua tengah set up mesin.

Orang orang ini gua jarang berbual. Sebab, gua tak tahu nak bual pasal apa. Dan juga gua jarang ada urusan kerja dengan dia orang.

Jadinya, bila gua selisih atau terjumpa dalam kawasan kilang, gua hanya angkat kepala atau angkat kening sikit dengan muka separa serius dan juga renungan separa tajam sebagai tanda ‘hai’.

Dan mereka akan balas perkara yang sama atau tunduk sikit sambil mata bertentangan dengan mata gua.

Isyarat membalas tanda ‘hai’ gua.

Tak kiralah, dalam tandas ke, dalam laluan nak ke toilet ke, dalam laluan nak ke pejabat ke, dalam mini market ke, dalam production line ke, dalam production line sebelah ke.

Tak kira masa, tak kira tempat. Setiap kali gua terselisih benda yang sama akan berlaku.

Lantas ini jam, gua rasa gua sebenarnya adalah Tyler Durden dalam filem Fight Club yang tengah pakai jaket kulit fit body warna maroon dengan cermin mata besar macam Amy Search.

Thursday, April 08, 2010

Adamaya.

Setiap kali gua balik kerja, semenjak dua menjak ni, gua kena layan cerita Adamaya. Ada dua sebab.

Satu, Lisa Surihani. Dua, kereta mini warna merah.

Dua kombinasi yang comel pada gua. Sein Ruffedge tak termasuk.

Dan setiap kali gua lepas tengok cerita ni sebagai penghilang penat, gua akan ke Youtube, cari dan dengar lagu ni sambil sambil main Galacticos sampai gua nak pergi mandi dalam repeat mode.

Sedap betul bunyi gitar lagu ni...err...lirik dia dia pun sama.

Sambil sambil tu, fikiran gua melayang ke King of Parit.

Friday, April 02, 2010

Dua buah cinta.


Apa lagi yang gua nak cakap?

Thursday, April 01, 2010

Hidup tanpa mesin basuh.

Awal minggu hari itu, gua nekad. Start kereta hitam, jalan perlahan lahan depan Kompleks Bukit Jambul. Niat di hati gua nak cari makwe indo..err...maksud gua kedai dobi.

Baju gua dah berlonggok depan closet. Bau pun hangit sikit sikit.

Semua baju gua yang pelbagai warna gua campur sekali. Putih, hitam, kelabu, turquoise, kuning. Semua gua sekalikan. Dalam bilik ni mana ada banyak banyak beg plastik macam kat tepi peti sejuk rumah atas bukit gua.

Sampai sampai dobi, gua terus lincah hempas baju baju dalam plastik atas timbang. 3 kilo lebih. Dekat dekat 4 kilo.

Settle bayar, ambik resit, gua balik bilik, Malas lepak lama lama depan dobi. Bahaya. Nanti gua terkeluar ayat ayat manis.

[,]

Hari ini, gua pungut dobi, baju putih gua semua ada calit warna turqouise. SEMUA. Belang belang dah jadi semua baju putih gua.

Lantas gua berteriak sambil mendongak langit menandakan gua sangat marah.