Petang tu, cuaca mendung mendung panas. Awan kelabu nipis berlabuh menutup ruang angkasa Bayan Lepas. Redup. Remang remang senja.
Lepas rasa benci menghadap paparan Galacticos, Rembo light satu batang Dunhill Light.
Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap bilik. Betul betul depan Rembo, dalam berpuluh kilometer, tersergam hutan hijau Pulau Jerjak. Dari jauh, ada bintik bintik cahaya lampu Jerjak Resort agaknya. Macam kunang kunang
Sedut asap Dunhill Light. Hembus. Sekali dengan nafas. Berat rasanya.
Rembo alihkan pula pandangannya ke arah Barat. Blok blok bangunan kilang dalam Free Industrial Zone fasa 4 tersergam. Macam blok blok mainan Lego. Kebanyakkan putih. Lubuk duit untuk manusia marhean. Kerja tak ingat anak bini kat rumah.
Belakang sikit Free Industrial Zone ini terbentang luas laut. Saujana memandang. Ada dua tiga kapal yang tak pasti kapal apa. Mungkin kapal bawak minyak atau kapal bawa pasir untuk projek jambatan Pulau Pinang kedua.
Sesekali Rembo terfikir, apa jadi pada ikan atau kupang atau segala jenis siput dalam laut area belakang Free Industrial Zone ni? Dah mula bermutasi agaknya. Akibat menelan semua segala sisa dari kilang kilang.
Pandangan Rembo dialihkan kearah timur. Lampu Queensbay Mall menyala dengan galak. Tempat manusia bersuka ria. Menghabiskan duit dan juga mencari keperluan atau info. Di sebalik bangunan Queensbay Mall, terletaknya satu dataran atau walk. Tempat untuk orang berehat sambil pandang Pulau Jerjak.
Malam mula merangkak. Round about di bawah mula tersusun dengan lampu lampu berwarna kuning dan merah. Kereta kereta yang bersusun dan mencari laluan destinasi masing masing. Kadang kadang terdengar 'bersin' kereta Kancil Turbo.
Sedut asap Dunhill Light. Hembus. Sekali dengan nafas. Berat rasanya.
Sesekali Rembo terfikir, alangkah indahnya kalau petang petang remang macam ni diisi dengan aktiviti mengeteh di Badut contohnya. Bergelak ketawa dengan rakan rakan atau melayan keletah Adam makan ABC.
Alangkah baiknya kalau dia menghabiskan masanya di Komtar atau Plaza Gurney. Sambil sambil mengisi masa lapang dengan memenuhi wishlist-nya atau mencuci mata dengan melihat gelagat orang Pulau Pinang atau amoi Penang untuk lebih tepat.
Alangkah indahnya kalau petang petang remang begini dihabiskan masa dengan berenang bebas di Pantai batu Feringghi atau Pantai Miami.
Alangkah indahnya kalau dia tidak terperap dalam bilik hotelnya.
Tetapi, apakan dayanya. Not dalam dompetnya hanya tinggal beberapa keping not berwarna merah dan juga ungu yang ada gambar sebatang pokok kelapa sawit. Ehsan daripada blood brother nya.
Claim-nya masih belum masuk. Nak haram!
Sesekali belajar hidup susah, apa salahnya.
Demmit!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
waktuwaktu macam ni, orang salah sikit pun boleh rasa nak terajang time tu jugakkan?
belajar bo belajar. dunhill lu kasi kurang sikit ah.
belajar hidup dengan rokok daun bro
ok la tu, ehsan dpd bllod brother .. bukan dari pemilik kenari .. ;)
bistu, xreti-reti lg ke nak katakan tak nak ..?
jo - tu la. sifat Rebel semakin tebal.
gha - er...kurang?
apex - rokok daun gua tak boleh blah, teringat arwah nenek gua.
farah - pemilik kenari? awak salah orang ni.
Post a Comment