Tuesday, April 13, 2010

Perempuan berkulit ular.

Gua balik kerja petang ni dengan kadar kelaparan melampau. Entah apa gila perut gua hari ni pun gua tak tahu. Padahal tengahari tadi gua dah bantai Nasi Beriyani kantin kilang, buah tembikai susu sepotong, dengan kuih wajik yang menyamar sebagai cokelat moist.

Dengan tak buang masa, gua terus siap siap lepas Maghrib. Member gua memekik mekik melalui Facebook chat pun gua buat tak hirau. Perut kena isi dulu apa apa hal.

Dalam kepala gua hanya satu. Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit kedai Abe Lembut yang cuma beberapa blok kedai dari hotel gua.

Bila gua lalu dekat lif 'gore', gua nampak lif menunjukkan nombor 14. Tingkat 14. Atas satu tingkat dari tingkat gua. Sepantas kilat, gua tekan anak panah bawah.

Pintu lif terbuka. Dalam lif tu ada seorang perempuan berbangsa Cina. Umur lebih kurang awal 30-an. Kategori MILF. Body sedap sedap.

Gua masuk, sandar dinding paling belakang. Perempuan itu depan sikit dari gua. Gua usha. Gaya memang orang ada ada. Sandang beg Loius Vuitton. Macam original. Baju kemeja petak petak. Mungkin Burberry. Pakai legging yang gua tak tahu jenama apa. Pakai heels pun gua tak tahu jenama apa. Mungkin Jimmy Choo. Tangan pegang Ipod Touch. Bergaya.

"Bukan orang Penang ni." bisik Tyler Durden dengan gua. Gua angguk kecil sambil buat muka mencebik.

Display tingkat demi tingkat menunjukkan nombor 10. Perlahan. Tiba tiba gua terdengar bunyi retak. Kecil dan halus. Gua toleh belakang. Kot kot gua terpecahkan cermin pada dinding yang gua sandar.

Tak ada.

Gua sambung sandar sambil terbayang gaya gua makan Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit dengan gaya lapar macam tak makan 12 hari.

Retak kecil berbunyi lagi. Perlahan. Gua toleh perempuan LV.

Gua terperasan, kulit lengan perempuan LV mula merekah. Perlahan lahan terkopek kulitnya. Macam cat rumah yang dah mengelupas. Di sebalik kulit perempuan LV gua perasan macam kulit ular. Hitam hitam perang.

Gua angkat muka, perempuan LV senyum gaya seram. Gua telan air liur cepat cepat. Rasa macam nak melekat kat dinding lif 'gore'. Jadi dinding lagi baik dari orang itu jam gua fikir.

Tinnngggg!

Bunyi lif sampai ke basement. Sekaligus menyedarkan gua dari lamunan.

"Cilakak! Berangan rupanya gua." bisik hati kecil gua. Tyler Durden tersengih sengih.

Gua tengok tangan gua, kulit dah mula kering. Hujung hujung jari gua pun sama. Gua periksa lagi anggota badan gua. Ibu jari kaki gua pun ada tompok hitam. Kering. Kesan daripada manjang aircond agaknya.

Lantas, gua terus pergi Watson belakang hotel gua beli losyen Johnson & Johnson warna purple untuk mengelakkan kulit gua kering lalu merekah dan berganti kulit ular.

Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit Abe Lembut, gua taruk nombor dua.

3 comments:

dewajiwa said...

keh keh keh.
best gilak. feeling betul gua layan entri nih. detail dan logik. best best.

wajik tu menyamar supaya laku dijual atau lu yang bikin wajik tu menyamar (nampak elit makan choc moist)? hehe. bagus plan lu nih. bleh tiru.

frH said...

"kuih wajik yang menyamar sebagai cokelat moist"
mcm harammm!!! haha

pehh sejak dah pandai berkasih sayang ni kan, kulit pon kene jaga .. 2 thumbs up la!

Rembo said...

dewa - warna dia cokelat gelap dowh. wajik johor mana ada warna cokelat gelap. semua keemasan.

frh - gua seram. masa gua kat jepun dulu, merekah macam tanah tandus kau tau kulit gua.