Monday, June 14, 2010

Denim is dead.

Malam Khamis tu, lepas main futsal seround, Rembo terus bergegas ke Shell berdekatan. Hajatnya untuk isi minyak kereta hitamnya full tank.

Malam Khamis tu, lepas isi minyak kereta hitamnya full tank, Rembo bergegas kemas kemas baju. Mana yang nak bawa balik ke ibukota dilipat elok elok. Masuk dalam backpack.Yang nak ditinggal dalam luggage, pun dilipat cantik cantik. Biar muat luggagenya.

Niatnya, lepas solat Jumaat esok mahu pulang ke ibukota. Hari Ahad, ada jemputan perkahwinan. Seorang rakannya dari universiti dahulu.

[,]

Dalam perjalanan merentas negeri Perak, kepala Rembo sedang ligat mengatur rancangan dan aktiviti sepanjang minggu. Sambil sambil ditemankan dengan musik hingar bingar screamo. Yang tak habis habis menjerit dengan gitar yang laju laju kemudian perlahan. Rembo suka.

Ada juga Rembo rasa teruja untuk ke jemputan perkahwinan tersebut. Selain daripada jumpa kawan kawan sambil bergelak ketawa, sambil bertukar tukar berita, makan sedap sedap, usha usha makwe, kutuk member member lama, tengok seri pengantin, Rembo fikir dapat juga dia melaram.

Bila masa lagi nak melaram selain daripada pergi kenduri kahwin. Takkan pergi masuk kilang nak melaram. Mana ngam!

Sesekali sambil layan selekoh sebelum terowong di Ipoh, Rembo terfikirkan baju yang akan dipakai, seluar yang akan dikenakan, kasut yang akan disarung.

"Baju petak petak cutting western dengan seluar cutting drain pipe sudah. 'Uniform' kenduri kahwin." bisik hati kecil Rembo sambil tersenyum senyum seorang diri sambil membayangkan dressingnya pada hari Ahad nanti.

[,]

Bila tiba hari Ahad, Rembo steady keluarkan seluar cutting drain pipe dari gerobok purplenya. Yakin. Dengan tanpa was was, disarungkan seluar cutting drain pipenya.

Dengan penuh rasa marah dalam hatinya, Rembo berazam untuk kumpul duit. Paling lewat, paling tidak, hujung bukan Julai dia mesti ada basikal.

"Mana boleh jadi macam ini. Semua seluar gua dah jadi kecik!" bentak hati Rembo yang panas membara sebab seluar kegemarannya sudah tak muat lagi.

8 comments:

laki cikgu kimia said...

masalah seluar mengecut ini antara masalah yang paling menular sakarang ini selepas global warming..

jo said...

pakai ketat-ketatlah bo. baru boleh nampak macam body builder...

frh said...

perghh dah mcm pempuan plak, wedding hari ahad hari jumaat dah pikir nak pakai baju apa :P wan aku letak jek baju apa, tu laa yg dia pakai haha.

perghhhh smlm wan ada tambah racun beli beskal ke? haha.

Rembo said...

nas - itu la. setara dengan masalah polution, WC dan juga serangan terhadap bantuan kemanusiaan Gaza.

Jo - mmg cutting drain pipe tu ketat pun. tapi...

Farah - gua memang mementingkan penampilan di hadapan kawan kawan.

Tak juga. Dia tanya je. he he he

.Gha A. said...

nasib gua sama macam lu. isk ;(

Linglung said...

lu makin gemuk ke seluar lu yg makin kurus??

Rembo said...

jiha - lu lain. hati senang.

lung - semestinya jeans gua yang makin kurus he he he he

Unknown said...

gua punya baju sekarang banyak dah tukar pesen.. sape yg alter ntah, ade elf kut..

dari pesen biasa kepada pesen ketat di perut. tensen betul..

2 choice je skg ni, beli pakaian baru xpon bersenam