Semalam. Selepas waktu Maghrib. Sedang gua memandu pulang daripada pekena Teh Ais dan Roti Telur banjir di mamak Persint 9, Putrajaya, tiba-tiba N95 gua menyala diusuli petikan tone Jackass The Movie.
1 new message.
“Ini mesti MFG.” Bisik hati gua.
As I thought so.
“Awk.” Ringkas teksnya.
MFG.My Favourite Girl. Gadis pasca-moden. Minda liberal. Fair complexion. Pemakai All-Star. Peminat MGMT dan Jason Mraz. Owh, Nidji juga. Pembenci gadis pakai seluar Levi’s ‘love’ kecik bawah serta T-shirt Guess ber’bling-bling’. Ok, ini agak kasar.
But, I am writing a fact.
Bila ada masalah, dia akan datang cari gua. Tempat mengadu. Her life aid kit and savior. Oh, healer juga agaknya.
Dan gua. OK. Tiada masalah tentang itu.
Biasalah, budak sweet. Selalu sahaja terima pujian bebunyi,“You are a good listener.” dari ramai gadis. Kadang-kadang Megan Fox pun cakap macam itu bila gua bagi penyelesaian masalah yang diadukan kepada gua.
MFG. Mengadu tentang itu dan ini. Tentang hidup dan karier. Gua. As her savior, healer and life aid kit. Dengar dengan tenang. Bagi ayat-ayat penenang. Lepas MFG tenang, gua buat lawak sikit.
N95 gua berbunyi lagi. Dengan tone Jackass the movie.
1 new message.
Gua buka teks mesej.
“He3. It’s all bcoz of u, my BFF.”
“Stop calling me BFF. It’s sound like Liyana Jasmay-Aizat relationship.”
“Ha ha ha.” Ringkas teks dari MFG.
Tengok. Budak sweet sudah bagi gembira.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pe kena mengena c Billy tu dgn ntri ko nih? ke ko leh wat mulut ko senget cam dia ek?
metafora. he he he
Post a Comment