Lelaki. Mana-mana yang gua kenal. Mana-mana yang gua tahu. Biasanya ada dua sebab UTAMA mereka bersedih. Mereka berduka. Mereka masam mencuka. Mereka agak marah.
Satu, duit. Dua, perempuan.
Dua, perempuan. Tak kira siapa. Janji yang rapat. Makwe, bakal makwe, MFG, YFG, makwe yang tengah nak riki-riki, makwe sepejabat, makwe sepasukan, makwe sekelas, emak, ibu, isteri, bakal isteri semua.
Sekali mereka buat salah. Buat slack. Merajuk. Menjengkelkan. Ini akan buat lelaki sedih. Emo bagai. Kusut. Kecik hati. Makan nasi lauk ikan kembung lawan dengan sayur pucuk manis masak lemak dengan kicap pun tak lalu nak telan.
Satu, duit. Ya, duit! Bagi gua sekarang, duit yang memutarkan bumi ini. Tak ada duit, bumi tak berputar. Statik. Pegun. Diam. Tak ada siang. Tak ada siang malam.
Sekarang, gua sedang bermuram. Kusut. Kecik hati. Atas sebab satu.
Atas desakan kemerosotan ekonomi yang semakin meruncing. Gua. Dan rakan-rakan sepejabat. Kena tolak dari gaji pokok lebih kurang 10%. Dengan cara cuti paksa. Forced leave. Selama dua hari dalam sebulan. Kira tolak gaji cara halus. Tak nampak sangat.
Gua tak salahkan syarikat gua. Gua tak salahkan bos-bos gua. Bagi gua ini satu langkah bijak. Dari gua tak pasal-pasal kena VSS.
Gua akur. Cekal. Tabah. Pasrah.
Sekarang. Gua akal licik gua habis gua perah. Mana gua tak top-up balik 10% gua yang kena tolak tu.
Jangan sesekali ajak gua lepak-lepak membuang masa. Kalau lepak-lepak, ada duit masuk, gua laju. Rokok pun gua takut-takut nak hisap sekarang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
owh, sile berhenti rokok cam ciki.
jimat oke?
;)
rambo...
sori ye pasal blog ciki.
:(
Lelaki. Mana-mana yang gua kenal. Mana-mana yang gua tahu. Biasanya ada dua sebab UTAMA mereka bersedih. Mereka berduka. Mereka masam mencuka. Mereka agak marah.
Satu, duit. Dua, perempuan.
same goes to girls, tapi...
satu, lelaki. dua, duit.
and the reason for me to private my blog is... SATU!
:(
MLM ok x? hehe..
lu kalau xde dwet nk mkn dtg ar umah gua...
belakang pasar borong tuh jek...
tak jauh...
owh. lega aku baca. kalau xde update gak mmg aku sms jek kau.
dr smlm aku pn tengah sedih dgr cite kawan2 kat kompeni lama kene retrench. ni pn tgh blog psl ni.
bersyukurlah sbb at least kau kene retrench. aku harap cara kau bersyukur tu diiringi dgn langkah - berhenti merokok. maybe it can helps. :)
lucky u.
weh.. part time kat tempat aku.. sejam Rm100.. tapi.... ko suke ke mengajar??????
pasrah..
ekonomi dah merundum..
yg kena tempias org yg mkn gaji...
on the +ve side, mana tau anda leh stop smoking.
=)
kau bagi muka sangat kat apek tu. orang tgh banyak masalah lagi nak buat kelakar. tu lah, manjakan dia sangat.
byk2 bersabor dik wehh. kurg2nyer ko ada lagi keja. dan.. bwk2 la benti trus isap rokok yg mmg nyata membazirkan duit sajork. hehe..
ciki - it's ok. manusia makhluk yang complicated. Kot...
apek - Malam? ha ha ha
iyan - lu masak sedap tak? hehehe
frh - thanks 4 ur concern beb. tu la gua igt pun macam tu gak. Mak gua kat umah dah mula perang saraf. Tampal gambar lung cancer depan meja makan.
misz lola - hah! menarik tu. hehehe
dewa - tu la dia. pasrah gua.
kem - yup. always look at bright side heh? heheh
sailor chan - dah tu lu ilang2 je. hehehe
ilazz - tu la terfikir gitu gak. at least i still got a job.
selamat berjimat cermat
tabah ya!
bila nak kawin?
haha
wah...no 1 tuh gua pn tgh rasa perit gk skg nih!
life - tq :)
juna - pendrive dapat balik? lari dr soalan.
jeff - normal for this kind of market situation.
Post a Comment