Monday, February 02, 2009

Oh My! Oh My! Oh My! Please dont deja vu. Please...please...please. I beg to you Lord! Please...

Malam semalam. Hati gua berat untuk pergi kerja. Mengenangkan Isnin selepas musim perayaan. Pasti jalan gua pergi kerja akan mengalami kesesakan yang teruk. Sifat ingin cepat sampai semua orang, mewujudkan satu keadaan Hukum Rimba. Siapa lemah kena makan dengan yang kuat.

Bangun pagi tadi, gua gagahkan diri untuk terus cekal, bersemangat. Gua mulakan perjalanan gua dengan bersahaja. Bila gua tiba kawasan yang sepatutnya mengalami kesesakan lalulintas yang teruk, ia tidak terjadi seperti yang gua bayangkan malam semalam.

Nak kata cuti umum, itu hanya terjadi kepada mereka yang bekerja di Putrajaya dan juga Kuala Lumpur. Padahal kawasan jalan yang gua akan tempuh ni adalah menuju ke Selangor.

Gua rasa satu macam. Pelik. Inferior. Curious.

Bila gua sampai pejabat, tingkat atas, service department. Tutup. Semua service engineer di kehendaki duduk di bilik meeting tingkat bawah.

Gua rasa satu macam. Pelik. Inferior. Curious.

Tika mesyuarat mingguan. Bos-bos kecil berteka-teki. Tentang bos besar akan adakan announcement.

Gua rasa satu macam. Pelik. Inferior. Curious.

Sekarang bos-bos kecil dan juga bos-bos besar sedang bermesyuarat. Gua pasti, membincangkan hal announcement.

Gua rasa satu macam. Pelik. Inferior. Curious.

Orang taman gua ada bidalan, katanya curiousity kill the cat. Sambil gua tunggu, sambil gua berfikir. Adakah sifat curious gua ini akan membunuh gua.

Oh my! Oh my! Oh my! Oh my! Oh my! Oh my!

Kalau curious gua ni membunuh gua. Dengan karier-karier gua sekali. Gua cuma boleh cakap satu benda.

Deja vu!!!

Lantas beratus-ratus soalan menjelma dalam kepala otak gua. Dan yang pasti, gua sangat risau.

Oh ya, jika economy downturn itu adalah satu objek hidup, pasti gua akan tangkap dan letak dalam tahanan sambil gua bagi seksaan paling kejam. Macam ISA.

8 comments:

hegira said...

ah.

harapnya bukan.

Huzai Mansor said...

Merisaukan. Corporate downsizing la pulak lepas ni. Harapnya lepas ni tak ada yang datang approach kau offer VSS.

Ha ha ha.

laki cikgu kimia said...

macam ISA?

apek terror said...

sbb ramai org kerja kt wilayah...

tom said...

kalau cmpny lu buang lu..gua sanggup teman lu pegi gegar itu cmpny..kita baling molotov satu kali..hehe

Anonymous said...

Lebih banyak dugaan yang datang, lebih banyak rahmat kita perolehi -aku pinjam ayat dalam istri untuk suamiku... huhuhu

Anonymous said...

wey apa cer? camne nasib kau nih?

Rembo said...

hegira - nasib baik bukan.

huzai- retrench, VSS bukan. Cuma benda lain.

nas - ye ISA. Kat kampung kome tu. Tak tahu? tsk tsk tsk

Apek terror - wilayah bergolak?

tom - ku dah tau cerita kan?

misz lola - urggh terkena aku. hehehe

farah - ok. gua ok. jgn risau sangat. agak tidak ok sikit je.