Friday, July 24, 2009

Good old days.

Tahun 1999. Masih di Bandar Baru Serting.

Itu jam, sebelah blok asrama gua, ada satu blok asrama yang dalam pembinaan. Tapi, pembinaannya sudah 70 peratus siap. Tinggal elektrik, air dan cat sikit-sikit. Plaster lantai sikit, pintu dengan tingkap sikit. Lain-lain, settle.

Dek kerana blok asrama baru ini hampir sempurna, kita orang jadikan dia 'port' hisap rokok. Line memang clear. Jauh dari bilik warden, apatah lagi rumah pengetua yang nun jauh di depan pintu masuk utama sana.

Tambahan pula, yang memisahkan blok asrama baru dengan blok asrama sedia ada adalah partition zink. Antara kepingan zink ini ada sedikit celah yang sedikit terkuak. Inilah 'pintu masuk' ke syurga dunia yang memisahkan daripada neraka kita orang.

Secara tak langsung, pintu masuk kita orang ini juga merupakan alarm. Maklumlah, zink, bila bergerak mesti bising.

Petang itu. Lepas main bola petang-petang. Lepas makan malam. Sebelum sembahyang maghrib dan terus ke kelas prep malam. Gua dan juga 5 orang geng yang lain menyusup masuk ke 'port'.

Bunyi bising 'pintu masuk' bersilih ganti. Tanpa buang masa, Marlboro dinyalakan. Suasana dalam tandas belum siap sedikit kelam cahaya sedikit terhalang dengan asap rokok masing-masing. Masing-masing layan feel. Maklumlah, baru lepas pekena nasi putih lauk ayam kurma.

Seorang demi seorang selesai melanggar peraturan manusia. Tinggal gua dengan...err...gua tak ingat siapa. Berdua. Habis sebatang, gua buang ke lantai, tenyeh pakai hujung selipar Tat Sing. Bersedia untuk masuk ke neraka dunia.

Bila sampai ke muka 'pintu masuk', gua ternampak seorang Pak Guard tengah meronda sebelah pagar dekat dengan 'pintu masuk'. Itu jam, cuak nak mati. Kalau toreh muka ini pun, belum tentu darah keluar.

Gua tarik nafas dalam-dalam, angkat kain pelikat gua, berjalan undur dua tiga tapak ke belakang. Jauhkan diri dari partition zink. Gua mulakan langkah perlahan-lahan dengan gaya pencuri masuk rumah.

Mula-mula perlahan, makin lama makin laju. Lari ke arah pintu utama tapak pembinaan. Gua nekad keluar ikut pintu utama tapak pembinaan. Ini risiko kantoi paling besar. Kantoi dengan pekerja tapak pembinaan, kantoi dengan budak-budak perempuan yang asrama dia orang bertentangan dengan blok asrama baru ini, kantoi dengan mat report. Semua.

Member gua yang gua tak ingat siapa, gua dah tinggal jauh. Bergema bunyi bising tapak kaki hentak ke lantai memecah kesunyian senja.

1minit lepas itu, gua dah berada dalam kawanan manusia menuju ke arah surau dengan kaki penuh dengan lumpur tapak pembinaan dan dalam keadaan termengah-mengah. Gua toleh ke arah pintu masuk tapak pembinaan, gua nampak Pak Guard tengah toleh kiri kanan.

Macam The Flash!

7 comments:

.Gha A. said...

kah kah kah

The Flash abis lu! sape nama pak guard tu, lu ingat? :p

Jorji said...

cepat cemas la lu! guard tu lu jolok sebatang, mesti dia ok.


last gua betul2 enjoy makan kurma ayam,masa sekolah la..lepas sekolah tk selera dah.

StingRay said...

Kain ko ada tak lagi masa tu?


ha ha ha

Dewajiwa said...

keh keh keh

apa citer kutu lagi sorang tu?
mana celah dia redah? atau buat magic jadi dinding? huhuhu



notakaki: Word Verification untuk post nih best. "clahbideh". ngam.

semangat2 trotsky said...

isap rokok lepas pekena gulai kurma, pewghh..!! memang piigg..

Paan Ovrtd said...

Selalu turun Bahau tak dulu? Alaa...kamon la Rambo...tak hardcore ar x kenal Bahau...

CikGie said...

ceh dgn pakgad pun nak gelabah.

tak theflash langsung!