Tuesday, July 14, 2009

Waktu-waktu gini memang A kalau tidur.

Tahun 1997. Lokasi, dewan makan Asrama Putera Sekolah Tinggi Batu Pahat. Sesi prep. Hari itu gua memang penat macam lepas angkat sawit 3 tan dalam hujan. Mungkin pagi itu waktu P.J, gua pulun bantai main bola macam Alaistar Edward. Score tak pula banyak. Lagi banyak ambik bola dari score goal. Bebudak skema kelas gua entah mana pergi. Langsung tak boleh pakai suruh jadi ball picker.

Jadinya, lepas makan tengah hari, gua dah mengantuk. Gua tahan. Buat-buat sibuk basuh baju dalam bilik mandi. Agak-agak line clear, gua curi-curi hisap Marlboro belakang bilik mandi. Segar sikit. Selesai semua, gua bersiap nak masuk dewan makan yang merangkap bilik prep asrama gua.

Sejam pertama, gua steady lagi. Selamba je, buat kerja rumah matematik sambil dengar lagu KRU. Tangan kanan tulis rumus, tangan kiri pusing-pusing buku teks Bahasa Inggeris. Gaya pusing tak tengok buku punya. Itu jam, famous betul sub-culture pusing buku teks di kalangan budak High School.

Masuk jam kedua, gua dah tak boleh tahan. Soalan matematik gua dah settle, lagu KRU pun dah habis. Gua ganti dengan Metallica. Album Ride The Lightning. Pun sama. Tak jalan. Tak tertahan mengantuk gua.

Gua nekad. Bulatkan hati. Gua bangun buat-buat gaya nak minum air water cooler. Gaya mengaburi mata senior. Dia orang lalai je, gua lincah keluar dewan. Warden gua tak ada itu hari. Kereta tak ada dalam parking. Line clear. Sedar-sedar, gua dah ada atas katil gua sambil kipas pusing laju. Nyaman. Dia punya syok, kalah makan Kentucky.

Sayup-sayup gua dengar bunyi pintu dorm gua terkuak. Gua suspect warden Ah Kong dah balik. Nak lari, dah tak sempat. Gua buat-buat keras badan. Tak nak ada bunyi katil bergerak.

Tiba-tiba,

Plap! Plap! Plap!

Tiga das batang penyapu besi yang panjang hinggap atas bontot gua. Macam tak ada rasa apa. Melompat gua dari atas katil.

"Tidur kau ye? Orang lain study kau tidur!"

"Err..cikgu, relax la. Baru 5 minit. Tak tahan sangat mengantuk."

"Banyak cakap! Balik dewan sana!!"

Sebelum masuk dewan makan, gua singgah bilik air. Sambil posisi mencangkung, gua raba bekas batang penyapu besi yang panjang kat bontot gua. Peh, siap ada alur-alur kecik besi tu sekali dia punya bekas!

Sampai ke habis prep gua dengar lagu Metallica sambil pusing buku sambil belajar Bahasa Inggeris bersandar kat dinding. Duduk je pedih, duduk je pedih. Entah kat mana warden Ah Kong tu sekarang.

10 comments:

dewajiwa said...

dewan makan a.k.a. bilik prep korang tak campur ke laki pompuan bro? kalau campur, biasanya takdelah layu sangat ek. hehe.

ainfazrin said...

ingat lagi junior aku ponteng prep. prep malam. sekali tu dia pi kejut benda lain, bukan kawan dia. tak macam histeria pulak malam tu satu aspuri.

dan katil yang benda tu tumpang, opposite katil aku je.

cuak tu.(aku kan penakut) hehe.

DIK AN said...

Hambik lu ubat.

eamy said...

ponteng prep
cara!

Bean Jinai said...

KRU..? uwweekk...!

Anonymous said...

haha lucu..gaya pusing buku...gaya pusing pen..gaya pusing bola itu jam...sgt kool di pandangan mata dak pompuann..cool..as cool as coolant..sekool ponteng prep.. hahaha harap bekas itu sudah hilang..

i'm the girL said...

high skul bp sume jantan (bahasa sopannye lelaki) kan... tuh pasal la mata ko layu je :p

j or ji said...

ponteng prep selamba tidur atas katil?

belakang loker la..selamat skit!

Rambo said...

dewa jiwa - highschool bp = sekolah lelaki.

ain - itu biasa. Kejar pocong ramai2 adalah acara malam yang sangat menarik.

dik - itu je yang kantoi.

eamy - cara kan? ha ha ha

bean - itu jam KRU cool mcm Muse, MCR, Manson time skang ni. ha ha ha

anon - dah ilang dah pun.

ajee - itu la. ada pompuan pun form 6.

jorji - selamba! loker asrama gua style build in kt dinding. tu yg susah tu.

azman | athena said...

haha..gua ingat lagi musim pusing buku tu..tapi memang tak bleh blah prep kat dewan makan tu, kelam je. nak tidur kat bilik prep je tu plak, nanti ada la senior dengki dtg tabur garam dalam mulut