Monday, July 13, 2009

Siri bercakap dengan kawan imaginari.

Petang tu. Gua tengah mengeteh di Azwath. Seorang diri. Bertemankan dua makhluk imaginari. Ego dan Alter Ego. Tiga-tiga tengah minum teh. Tapi lain-lain. Gua kena teh tarik, Ego kena teh ais, Alter Ego kena teh 3 lapisan yang kadang-kadang rasa macam cendol.

Tiba-tiba;

Ego: Lu rasa lu nak makwe yang macam mana Ter?

Alter Ego: Gua? Hmmm...mencabar soalan lu ni. Gua rasa la kan, gua nak yang baik la Go. Senang sikit masa depan gua.

Ego: Baik banyak jenis. Baik yang macam mana? Berhati mulia?

AE: Itu memang la. It's a must. Kalau boleh la, gua nak yang latar belakang agama dia ngam. Yang kira ok la kata orang. Tak la main redaaaah je. Ada ingat-ingat sikit. He he he.

E: Tu je? Lain lain takde?

AE: Ada. Banyak beb! Kang kalau gua listkan satu-satu, sampai ke Isyak ni kang!

E: Takpe. Rileks-rileks sudah. Rem ni pun bukan ada kerja pun petang-petang gini. Habis tidak pun balik main PS2. Kan Rem?

Gua: Ha ha. Macam sial!

AE: Ala...lu tau la perangai yang elok-elok. Lu faham kan? kan?

E: Ok. Got it. Macam gadis-gadis ayu agak kampung la eh? Jom balik. Nak senja dah ni.

AE: Hmm..boleh la...Amboi! Dah tanya gua macam-macam, terus nak blah? Banyak cantik bontot lu!

E: Dah tu, nak buat mende lagi?

AE: Sekarang turn gua pulak la tanya lu. Amacam?

E: Celaka. Terperangkap gua!

Gua yang duduk diam, tengok orang sana sini, tersenyum sendiri. Ego yang nak blah dah tadi, duduk semula.

AE: Gua ulang balik soalan lu. Lu rasa lu nak makwe yang macam mana Go?

E: Haram. Mengolok ni nama dia.

AE: Laaa...betul la soalan gua tu!

E: Ok ok. Hmmm...gua biasalakan. Mesti yang rock rock sikit. Pakai jeans stail ngam-ngam.
Kasut All Star ke. Baju pun cara. Tak traditional sangat, tak up to date sangat. Amacam? Dah jom balik!

AE: Perghh...boleh tahan taste lu ni! Agak kebandaran! Takkan itu je, lain takkan takde?

E: Banyak. Yang membaca buku, tengok suka House, tak tengok cerita Prof Razak Mohideen, boleh gua ajak layan Arsenal kat mamak, kagum dengan Yasmin Ahmad ngan Khabir Bahktiar, bijak, pandai ambik hati. Hah, puas hati lu??!

AE: Ha ha ha. Gila urban punya taste! Kampung la best beb.

E: Apa hal pulak! Urban la baru cara!

AE: Susah sikit la urban ni. Kampung la best.

E: Urban. Kampung sangat traditional ok.

AE: Taaak, traditional la best! Senang jadi bini nanti!

E: Urban!

AE: Traditional!

E:Urban!

AE: Traditional!

Sudahnya, gua keluarkan dompet, keluarkan duit 5 ringgit. Letak atas meja, selit bawah cawan teh tarik, gua blah. Tinggalkan dua makhluk imaginari tu duk tengah urban! traditonal! urban! traditonal! urban! traditonal! tak sudah-sudah.

Sampai ke hari ini, Ego dengan Alter Ego tak sudah sudah bergaduh. Gua malas nak layan dua-dua. Nanti-nanti la gua layan. Lepas gua dah jadi kaya nak mampos!

Settle.

14 comments:

DIK AN said...

Tak habis2 dengan khayalan masa depan.

Kill To Dress said...

Relax la Rem. Usha baju-baju gua dulu. Kot-kot ada yang kenan.

laki cikgu kimia said...

pasang dua la. fair kan? *cakap sedap mulut

Rambo said...

dikan - dah tu, lu tak de masa depan?

KTD - kenan wak lu!

nas - ........

Anonymous said...

sy rase better amik combination.. urban n traditional...mesti best :)

Rambo said...

awak leh jd urban?? bleh kan? he he

eamy said...

ada borang kosong lg x? :P

iyan said...

hahaha...
lenkali lepak azwath roger gua...
nak tgk jugak AE dgn E lu bertekak...

i'm the girL said...

ko kawen 2 je la rembo.. 1 stock kg 1 stock bandar... kompem setel :p

Anonymous said...

i am urban..yet still traditional.. hheehhe..amacam? ada peluang?

Cik-Gie said...

bila nak jadi kaya nak mampos tu?

Rambo said...

eamy - borang kosong. nanti tanya encik hati. he he he

iyan - btol gak. gua asyik lupa je lu ada kat area rumah gua. Sori bro.

ajee - salah satu dengan kau. Nak? gua janjikan kebahagiaan mutlak.

anon - he he he.

cik gie - sabar. tengah berusaha ni.

dewajiwa said...

rasanya gabungan dua-dua elemen (taste dan sifat-sifat) nie dah ada sekarang bro. cuma kena tau 'petik suis' masa berbual tu. biasa diorang low profile sebab tu bleh blend-in dua-dua dunia

i'm the girL said...

alamak bo... bukan la aku nak tolak tp aku memang kene tolak pinangan ko... hahahaha