Tuesday, July 07, 2009

Bandar Sunway Is The Reason.

Biasanya lagu macam sumber tenaga gua. Macam nasi. Tak kira la nasi putih ke, nasi lemak ke, nasi beriyani gam ke tak, nasi kandar ke. Semua. Semua yang 'in' dengan hati gua.

Sama macam musik atau lagu. Biasanya, mana-mana yang akan menetap dalam hati gua, yang 'in' dalam hati gua, itu yang akan bagi gua tenaga. Tenaga untuk terus hidup. Terus bekerja. Stay in focus.

Tapi, sejak malam semalam, perjalanan pulang ke Kelumpo, semua musik tidak lagi bagi gua tenaga. Dari yang ke arah metal, sampai la ke post rock. Post punk ke, post hardcore ke, post pop ke, pop rock ke, glam rock ke, tak ada.

Mereka semua macam menyanyikan nada bisu. Musik mereka kaku.

Pagi ini pun sama. Gua dah mula rasa apa-apa perjalanan yang melibatkan ke pejabat umpama perjalanan seorang banduan yang akan dihukum mati berjalan melalui green mile. Di hujung sana ada kerusi elektrik sabar menunggu untuk menerkam atau mungkin Sang Algojo yang bersedia dengan kapak untuk memenggal kepala gua.

Hidup. Memang macam ni.

8 comments:

Bean Jinai said...

maybe muzik ni belum tahap sebati dengan jiwa lu lagi kot bro.

Rambo said...

bukan. maksud gua, walaupun gua obses dengan muzik, dek kerana tahap jaded gua terhadap hidup, muzik pun tak mampu nak tenangkan gua.

miss J said...

cuba lu mandi.

DIK AN said...

Lu dah ke arah nasyid. Lu dah tua. Tu point dia.

Kot.

:))

Rambo said...

min - dah min. yang wajib pun dah.

Dikan - babi lu!!

laki cikgu kimia said...

mandi lu lupe niat tak?

l.i.f.e said...

cuba try ikut cara sultan kamu. dengar lagu keroncong pulak :D

Rambo said...

nas - ah lu mandi saje ingatnya? pernah sambil mandi hot tub eh? eh? ha ha ha

life - eh lama tak nampak!! pekabo?