Wednesday, July 29, 2009

Gua tengah top form.

Sekarang hari-hari gua keluar kilang customer gua pukul 10 malam. Sebagai menepati kepercayaan bos gua, nekad gua install mesin sebesar lori ais kiub seberat 7 tan. Walaupun tak pernah gua buat. Kira ini solo projek gua. Berdua.

Setiap kali balik, kalau tak ada nasi, gua rasa macam nak mengamuk satu taman. Ikut hati, mahu saja gua bagi bazooka seorang-seorang budak rumah gua. Penat-penat kerja, balik rumah ingat boleh makan nasi, tapi yang ada, nasi semalam semalam dalam periuk.

Tadi, gua keluar kilang customer, terus gua telefon budak rumah gua merangkap tukang masak.

"Ada lauk kat umah?"

"Tak ada." simple jawapannya.

"Nasi?"

"Tak ada juga."

Itu jam gua dah tumbuk stereng kereta hitam gua.

Memandu pulang dalam keadaan letih yang amat, tambahan, ada kereta berlanggar dekat Pandan Indah. Jalan paling bodoh dalam dunia. Jalan jammed macam celaka. Kemarahan gua meluap-luap, kelaparan gua tahap merah.

Lepas jammed, gua pecut 220 kilometer per jam. Maintain lane paling kanan. Habis kereta-kereta lembab semua masuk lane kedua. Mana yang agak sengal, gua bagi high beam. Sikit lagi gua nak bagi double signal.

Masuk jalan besar depan rumah gua, lampu trafik kedua sebelum rumah gua, gua bagi signal sebelah kanan.

Sekarang, gua tengah menaip sambil kunyah Big Mag. Ada sikit sos dekat huruf D.

Fuh, lega sikit hati gua.

12 comments:

laki cikgu kimia said...

gua plaing geram part yang sos kat huruf D tuh! mengidam agaknya gua ni..

Basuh Baju said...

sabar2..jgn geram2..haha

Snow Man Is Doing Some Hommage said...

kalau aku pun stress bro. mana tak letih2 balik tak ada makanan..perghh

semangat2 trotsky said...

hah hah..! macam gampang

|| a - j . E . E || said...

aku nak gak makan mcD.. huhu
belanja aku bo..

balqissy said...

eh? sila hire maid sahaja kala begitu. ataupun berkahwin. lagi afdhal

Dewajiwa said...

pasnih dah boleh keluar iklan "mencari rakan serumah (yang rajin masak)".

my world said...

cibeng lu bo...
agaknya kalo kes mcm ni, blh jadi wajib kawin x? hahaha...

Rajuna said...

bo dulu budak2 hatko batu pahat hampir kena pelempang sebab sebar flyer anti mc-d.

saje je nak cakap

Rembo said...

nas - Ausie tadak Big Mag ke?

Basuh Baju - Apsal nama kau basuh baju? he he he

Pelangi - Sabar. hahaha

Ajee - mintak bi kau belanja la!

Bean - memang gampang pun. Heh heh heh.

Balkis - Owh nnti i hntr rombongan meminang. Nak?

dewa - salah tu. Yang rajin saja cukup.

maria - cibeng? bukan biasa cinabeng ke?

Juna - eleh. 2nd Combat pun da keluar ROTTW ngn XFM.

Saja nak bgtau.

Anonymous said...

ok..biar aku je la jadik housemet ko.. tiap2 ari aku masak kan nasik.. hehhee..

balqissy said...

oh. meminang? *blush* tapi, saya budak sekolah lagi. *double blush*