Friday, September 11, 2009

1 friend request.

Jumaat. Sememangnya hari ini dah macam pre-weekend. Buat kerja pun lemau. Walaupun tak ada kerja sangat. Jadinya, pagi-pagi lagi gua dah buat 'kerja' lazim gua. Check email, buka Facebook, merayap dalam bloghospera, blog hopping, dan banyak lagi.

Biasanya, bila sekali gua dah buka Facebook atau blogspot, gua akan tinggal dia. Biarkan minimize. Duduk diam-diam dalam taskbar. Dalam 5 minit sekali, gua akan refresh.

Biasanya, akan ada kawan-kawan yang murah hati bagi hadiah untuk Mafia Wars la, bagi beer la, bunga la, bagi kuih raya la, kad raya la, komen kat status la, update status guna lirik lagu la, cabar main bola la, upload profile picture la, semua tu kena layankan. Kalau tak orang akan cakap sombong.

10 minit yang lalu, macam biasa, gua klik button refresh. Ada 1 friend request. Gua pun klik.

Hah, nama Mohd Khairi Zainal yang request nak jadi kawan gua! Apa dah jadi abang gua ni? Tak pernah umur ada akaun sosial network, tetiba ada akaun Facebook.

Maka, akan kantoi la segala kegiatan urban gua di kota ini. Ini mendatangkan bahaya.

Jadinya, otak ligat gua sudah ada idea baik untuk tak bagi abang gua berkecimpung dalam arena Facebook secara serius. Gua nak cakap Facebook ni yang create mamat dari Israel pagi hari raya pertama nanti.

Kalau tak jadi juga, menjelang Hari Raya Haji, gua buat akaun lain.

Settle.

8 comments:

mynncinonet said...

ow ye. cini pun ade request.

datang uma raye 4, kak orang tawen.hehhee..

Dewajiwa said...

kah kah kah. dilema siot. abang sendiri ada memang serba-serbi dah tak leh nak hembus dah. kena kontrol kalau tak manjang kena bahan.

ignore je. cakap masa tekan button accept tu, tetiba account error.

|| a - j . E . E || said...

lek r bo.. ape takut pada bayang2 sendiri nih... x lelaki parit raja r gitu :)
ngeh ngeh ngeh

Alina said...

ha ha. setuju! setuju! kakak aku pun dah mula bergiat secara aktif dalam facebook. siap ada bagi komen dlam foto. heh kantoi lah lama lama macam ni.

haha.

Jorji said...

pergerakan anda dipantau!
big brother is watching.

Anonymous said...

best bace blog u yg merepek meraban niy...huhu

Rembo said...

min - owh bg address la. nti tite tatang umah awak.

dewa - takpe. wa nekad bukak baru. skang ni pun mcm dah mess up.

ajee - bukan takut. tapi....

lina - macam perasan. Amy ke apa nama dia kan?

ji - itu la. susah juga ada dunia tanpa sempadan ni.

anon - mana ada merepek. baca sekali lagi. masalah besar ni!

|| a - j . E . E || said...

tapi? hahahaha