Tuesday, September 15, 2009

Dimensi penukar watak.

Tahun lepas. Waktu balik raya, gua dengan Tom bangun tidur, siap-siap, warm-up kereta, pulang. Settle. Dengan tak service keretanya, selamba balik. Hasilnya, kereta hitam gua kuat meragam tahun ini.

Tahun ini tidak lagi. Awal -awal lagi gua dah settle service kereta. Tukar minyak enjin, oil filter, air filter, diagnos sikit. Baru terangkat! Semalam pula, gua hantar buat alignment. Bagi ketat sikit time masuk selekoh.

Sepanjang penglibatan gua dalam arena lepak ke workshop atau kedai tayar, gua dapati identiti gua yang lain akan muncul. Identiti yang tak tentu. Kadang-kadang sopan, kadang-kadang ego, kadang-kadang cold heart. Secara automatik untuk menyesuaikan keadaan.

Time gua pergi workshop Sabtu lepas. Gua berbual dengan seorang brader-brader kaki golf. Gua tau dia kaki main golf sebab, bila boring, dia buat-buat gaya swing kayu golf. Budaya pemain golf.

Dah, secara tiba-tiba, gua berbual pasal birdie, O.B, bunker, Templer park la, Kinrara punya padang golf la. Padahal haram gua tak pernah turun course. Ada sebatang kayu tu pun letak dalam kereta sebagai alat mempertahankan diri.

Semalam, brader brader business man bahagian advertisement lepak dengan gua time gua hantar kereta buat alignment. Semena-mena gua cakap gua suka dengan kereta BMW 7 series dia. Semuanya baik baik belaka.

Dengan ini gua isytiharkan bengkel atau kedai tayar sebenarnya adalah sebuah dimensi untuk penukar perwatakan diri.

*Satu masa dulu AKAB ada tulis pasal mesin penukar watak.

5 comments:

Rajuna said...

satu hari nanti, gua harap lu dapat bertukar menjadi kekasih yang romantis di batu pahat mall, atau welward!

CosmicMalaysia said...

Hello fellow joyriders! We have superb news for you! Cosmic will be joining the ├╝ber cool Bijou Bazaar's Wednesday Berbuka Rendezvous this Wednesday, 16th September @ Capsquare.
Come, let's all have our iftar together! ... and of course last... minute raya shopping with us...we have great bargain too!
Check out http://bijoubazaar.blogspot.com/ for more information.

balqissy said...

talam dua muka macam kuih talam...

dewajiwa said...

sikit macam citer Doraemon daa. ada hahaha.

tapi memang biasa macam tu kan? asal tempat tu kita tak singgah selalu atau lama-lama mesti watak ikut suasana. kedai gunting rambut, tempat basuh keta. semua watak ciptaan. itu tandanya boleh bawak diri beb. semua bleh in.

macam gecko yang berubah kulit mengikut persekitaran.

Rambo said...

juna - itu memang la. mmg ada. he he he

cosmic - ok.

balkis - kuih talam tu macam mana eh?

dewa - ha itu la. gua baru nak mengaku mcm sumpah-sumpah.