Tahun 1999, itu jam gua tingkatan 5. Tahap brader-brader dah dalam sekolah asrama penuh gua. Lagipun, sekolah gua cuma ada tingkatan 4 dengan 5 sahaja. Itu jam, budak-budak kecik belum ada lagi.
Tambahan, gua salah seorang pelajar tingkatan 5 yang ada geng lebih kurang dalam 18 orang. Geng yang nakal. Kalau ada masalah sahaja, mesti kita orang.
Contohnya, bising dalam perpustakaan, main-main loceng kecemasan time prep, conteng muka junior waktu prep, panggil junior nyanyi lagu Dikir Rambung dalam bilik, merompak biskut dewan makan, menyamar jadi orang lain untuk dapat burger kali kedua time supper, hisap rokok dalam tandas adalah kewajiban! Lagi, cabut tiang lampu taman, curi sekotak kek lapis Apollo dalam koperasi, pecah masuk bilik guru untuk tukar jawapan peperiksaan percubaan peringkat negeri paper Sejarah, gaduh dengan cikgu kaunseling. Feh laa...banyak lagi kerja-kerja amal yang kita orang buat. Tak larat gua nak listkan.
Satu hari itu, hujung minggu. Gua lepak bilik 'port' sambil tunggu waktu buka puasa. Sambil-sambil baca majalah hiburan apa gua tak ingat. Tiba-tiba, datang si Tahah, bawak mercun roket sebungkus. Ini mercun roket yang bunyi time dia pergi tak berapa kuat tapi time meletup boleh tahan.
"Pergh, mana lu dapat?!" gua terus campak majalah bawah katil ZM, terus melompat gaya pesilat-pesilat dari kedudukan baring ke berdiri. Macam dalam TV!
"Adala!" Tahah bangga.
"Jom. Attack aspuri! Bagi gegar sikit." gua bagi cadangan baik punya.
"Ok gak tu." Tahah setuju.
Mercun dah setting dalam botol, darjah kedudukan dah tepat ke salah satu bilik kat aspuri. Lighter tak jadi masalah, perokok true mesti ada lighter!
Swiiiiitttttt....boom!
Dari jauh gua dengan Tahah nampak ada budak perempuan selak langsir. Lantas, gua dengan Tahah buat gaya Mr Universe pose untuk keluarkan otot masing-masing. Lepas tu, gelak macam orang gila. Konon-konon enjoy gila. Dua tiga kali juga kita orang bakar, lepas dia orang selak langsir, kita orang pose.
Sampai ke hari ini gua tak tahu bilik siapa yang kena attack dengan gua dan Tahah. Nanti la gua riki-riki balik. Gua tanya kat Facebook ke. Gua tengok budak-budak perempuan yang baik-baik time sekolah dulu ni pun dah pandai main Farmville!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
ceh nak attack aspuri je.
attack rmh pengetua la baru gegar!
peh. ada burger ke korang punya supper?
advance. kami cuma ada biskut mayat dilenyek stimroll. (T_T)
ah..takkan lah tak kenal budak Aspuri walaupun dari jauh. mustahil lah. hehe.
kau pose pakai spender eh? ye laa gaya mr universe kan ..
mana sampai weh!
ada! menarik kan? mana kenal. diaorang save!
pakai short. tapi berlengging. siap minyak. ha ha ha
mana sampai weh!
ada! menarik kan? mana kenal. diaorang save!
pakai short. tapi berlengging. siap minyak. ha ha ha
apa barang panggil aspuri :p
bajet2 kalau ko masuk mr universe tuh boleh menang ke bo? mwahahahah
Post a Comment