Kebanyakan orang mula dah cuti. Yang selamat sampai kampung tengah meriah buat ketupat la, cari lemang la, daun pisang la, perah santan la, kupas kentang, potong tempe, cuci daging, cabut bulu ayam, perah santan.
Ada juga yang tengah cat rumah, basuh lantai rumah, cuci tingkap, buang sawang, bersihkan kipas, lap mentol lampu, lap kerusi meja, menyapu lantai, mop lantai, tukar air akuarium, susun kasut, tukar sarung sofa, tukar lap kaki, tukar langsir baju, macam-macam kerja nak kena setelkan.
Ini jam biasanya kat dapur dah tersusun air Sarsi, Marinda pelbagai warna, 7-Up, Coke perbagai perisa, Aiskrim Soda, F&N, Root Beer, oren bodoh, macam-macam.
Kuih pula macam-macam dalam balang. Mama Carrie, Almond London, Tempeyek, Tumpi, kerepek ubi perisa kari, kuih sepit, bahulu gulung, tat nenas, sarang semut, Cornflake Madu, batang buruk, dah la. Malas gua nak senaraikan.
Pagi tadi gua macam tak percaya Tol Sunway tak ada orang. Gua ambil masa 5 mint sahaja untuk lepas dari kawasan ngeri itu.
Sekarang, gua rasa macam rugi pula tak cuti esok. Bedebah!
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Cheers!

14 comments:
keh keh keh.
leks beb. kita sama layan kerja. apa ada hal kan? tapi sedikit sebanyak terasa gak mood cuti dah kontrol fikiran. rasa nak letup 1 mercun bom je kat opis. dem.
ah balik awal pun nanti duit cepat susut kalau kat kampung.
haha..mmg clear gila..selalu cam hampeh tol tu kn..nway..selamat hari raya..:)
haha..aku xmo komen yg len..
aku nak komen psl oren bodoh itu sj..
ade lagik ek?hikhik..
Selamat hari raya... bergumbira la di bulan syawal.. jgn main mercun nanti ilang jari.. :)
dah start cuti eh esk ..?
selamat hari raya bo .. jemput dtg rumah nnt .. dah tau umah aku kannn ...
selamat hari raya geng!
dewa - ha ha ha. kepala gua dah kat kampung ni....bedebah!
insan - oran dah start cuti ini hari. SHRA.
ita - ada beb. eh, tau ke oren bodoh ni?
has - betul gak. main mercun = hilang jari = tak boleh menaip.
farah - belum la beb. tu yg sayu tu.
ji - SHRA boss! mcm biasa, dtg bp roger, gua bwk minum cendol. Pergh...3 tahun berturut-turut cakap benda sama.
da lepak kg seminggu da ^.^ selamat raya, bro =)
peh. tak agak!
slmt ari raye... asal xupdate blog ari ni.. suke gle bce 'isu2 semase' life awk niy...
em, kne tgu 1 week ler..
Skang tengah sibuk hafal lagu raya. Tak samapai seminggu kot. gatal tangan.
rem. selamat beraya.
uit. selamat hari raye.
lina - selamat.
nas - SHRA, MZdB
Post a Comment