Monday, April 12, 2010

Tyler Durden

Dalam kerja seharian gua sekarang ni, circle of friends gua tak berapa besar. Luar kerja pun sama. Bila circle of friends gua tak besar, gua banyak bercakap dengan diri sendiri.

[,]

Bila waktu kerja, biasanya gua hanya akan berbual dengan orang yang gua selalu berurusan. Macam, process engineer, preventive maintenance punya leader, production line punya technician dan juga beberapa operator indo yang hot.

Mereka ini semua, gua boleh berbual tanpa segan silu. Pasal makan ke, nasi kandar ke, mee udang ke, Char Kue Tiaw longkang ke, bola sepak ke, makwe kilang ke, port port massage ke, Bak Kut Teh ke, kelab dangdut ke, muzik ke, ‘bendera merah’ ke, kereta turbo ke, pasal anak bini ke. Semua. Semua macam masuk kepala.

Tapi, ada juga beberapa orang yang gua tak berurusan tapi selalu jumpa. Mungkin kat surau atau smoking area atau time makan tengah hari Jumaat kat tepi laut atau cleaner yang selalu perhatikan gua time gua tengah set up mesin.

Orang orang ini gua jarang berbual. Sebab, gua tak tahu nak bual pasal apa. Dan juga gua jarang ada urusan kerja dengan dia orang.

Jadinya, bila gua selisih atau terjumpa dalam kawasan kilang, gua hanya angkat kepala atau angkat kening sikit dengan muka separa serius dan juga renungan separa tajam sebagai tanda ‘hai’.

Dan mereka akan balas perkara yang sama atau tunduk sikit sambil mata bertentangan dengan mata gua.

Isyarat membalas tanda ‘hai’ gua.

Tak kiralah, dalam tandas ke, dalam laluan nak ke toilet ke, dalam laluan nak ke pejabat ke, dalam mini market ke, dalam production line ke, dalam production line sebelah ke.

Tak kira masa, tak kira tempat. Setiap kali gua terselisih benda yang sama akan berlaku.

Lantas ini jam, gua rasa gua sebenarnya adalah Tyler Durden dalam filem Fight Club yang tengah pakai jaket kulit fit body warna maroon dengan cermin mata besar macam Amy Search.

4 comments:

FARYN said...

pas say hai...sila salam2..hahaha

Rembo said...

hai.

jo said...

banyak sangat pengaruh tv lu ni..

Rembo said...

pengaruh tv takpe, jgn pengaruh dadah.