Peh!! letih gile arini. Setting mesin dalam bangunan yang berkeadaan belum siap sepenuhnya.
ST Muar memang agak kedekut bosnya. Hampir-hampir aku melepaskan sesuatu yang berharga hari ini gara-gara kepenatan aku ini tadi.
Biar aku describe bangunan yang berkeadaan belum siap sepenuhnya.
1. Penuh dengan raja segala habuk.
2. Penuh dengan bau daripada peluh segenap manusia yang bertungkus-lumus.
3. Penuh dengan orang asing yang mana aku berdua sahaja sebangsa (bukan racist. Ingat!)
4. Penuh dengan bakteria jahat. (badan aku jadi gatal-gatal)
5. Penuh dengan air mineral (penting!)
6. Penuh dengan asap rokok (penting juga!)
7. Bau gam Dunlop disana-sini.
8. Ducting air-cond bersepah
9. Cable wire sana sini.
10. Tools berada dimana-mana.
Mess kan? Pening kepala aku.
Sekitar jam 1725 satu kebakaran kecil berlaku. Gam Dunlop yang digunakan oleh kontraktor air-cond terbakar. berasap satu bangunan. Kami sesak nafas dan pening kepala.
Sepanjang hari aku bekerja hanya mampu membayangkan tea 'o' ais yang bakal aku teguk beberapa jam sahaja. Itu jam baru pukul 11 a.m. Bayangkan tekanan yang aku hadapi. haha!!
Sekarang aku nak lepaskan 'tekanan'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment