Ying dan Yang. Satu logo keseimbangan. Yang mana dalam Ying terdapat sedikit Yang dan dalam Yang terdapat sedikit Ying. Saling memerlukan untuk mencapai keseimbangan. Anda faham?
Ok. Sekarang aku cuba untuk melihat beberapa perkara yang berlaku di dunia ini atau apa sahaja yang berlaku dalam hidup aku dengan keseimbangan. Konsep Ying dan Yang ini.
Ceritanya bermula begini. Setelah balik daripada kerja, aku berehat dengan membaca majalah M. Agak sukar aku membaca majalah ini sebenarnya. Maklumlah sekarang ini dalam dunia dalam kehidupan semuanya telah dikawal oleh WANG. Agak sukar aku untuk mempercayai seratus peratus ceritanya. Begitu juga dengan media elektronik mahupun media cetak.
Ada beberapa artikel yang menarik perhatian aku dalam majalah M keluaran bulan September. Antara yang paling menarik perhatian aku adalah kisah seorang budak lelaki berusia 6 atau 5 tahun. Aku lupa.
Budak ini telah diliwat oleh seorang jejaka berusia 17 tahun bernama H. H merupakan anak kepada pengasuh kepada A ( budak 6 atau 5 tahun). Bapa kepada H pula merupakan seorang yang berkedudukan tinggi dan kaya. Dia juga berpengaruh dalam kehidupannya.
Kedua orang tua A telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Namun setelah beberapa tahun kes perbicaraan dan siasatan ini bagaikan terhenti begitu sahaja. Senang cakap tutup kes.
Apa yang menarik ialah, bagaimana kes ini boleh ditutup sedangkan tiada perincian dalam penyiasatan? Adakah bapa kepada Htelah menggunakan kedudukannya yang berpengaruh atau kewangan untuk menutup kes ini?
Bagaimana pula dengan nasib A?
Bagaimana pula dengan kedua orang tua A?
Adakah H terlepas begitu sahaja?
Aku melihat kes ini sebagai salah satu penganiyaan terhadap kanak-kanak dan juga salah guna kuasa dan wang. Tetapi adakah cerita ini benar atau sekadar untuk melariskan jualan? Aku sendiri tidak mempunyai jawapan.
Berbalik ke konsep Ying dan Yang. Percaya pada artikel dalam masa yang sama meraguinya.
Sifat baik dalam diri aku kata percaya dan sifat jahat dalam diri aku kata wang. Mudah.
Banyak lagi yang boleh diaplikasikan dengan konsep Ying dan Yang ini. Contoh; kawan aku dating dari tadi tak balik-balik lagi. Kebaikan; dia gembira, aku gembira. Keburukan; aku pulak kene tunggu sebab dia takde kunci rumah. Cibai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment