Thursday, September 20, 2007

Tap...tap...tap...tap...sreeekk. bunyi ini berulang untuk beberapa kali. Bunyi mesin taip atau typwriter. Itulah yang aku dengar di lobby Townviev Hotel ini sebelum aku naik lif menuju ke bilik.

Classic. Hati aku berdetik. Rupanya dalam dunia yang serba moden dan berteknologi ini masih ada lagi perorangan yang menggunakan mesin-mesin klasik. Mungkin ramai diluar sama yang masih menggunakan barangan seperti ini yang aku sendiri tidak sedar.

Mungkin ada di kalangan penoreh getah menggunakan mesin gelek getah. Mungkin ada dikalangan suri rumah menggunakan kukur kelapa. Mungin ada dikalangan pekerja di pejabat menggunakan liquid paper yang botolnya 2 dalam satu pakej. (satu pemadam dan satu lagi thinner).

Persoalannya: adakah golongan ini merupakan golongan yang menolak segala kemajuan demi kepuasan sendiri? Atau barangan tersebut mempunyai nilai-nilai sentimental yang tinggi?

Terpulang...


*******************


Aku disebelah kanan anda.

Aku seng kananmu.

I am on your left side.


Cube perhatikan gambar aku betul-betul. Ada Chinese look ke? Ini bukan pertanyaan perasan ok. Ini adalah satu pertanyaan serius!

"eh orang melayu rupanya kamu?"

"la ingatkan budak cina mana tadi?"

"kamu ni orang melayu?"

"khairul? ingatkan Ah Seng ke, Ah Boon ke?"

Itulah soalan yang sering aku hadapi tiap kali aku mendaftar untuk masuk ke mana- mana kilang yang aku lawat. Bukan setakat itu, anak sepupu member aku yang kat sebelah tu pun tanya dia bila tengok gambar ni.

" ni kau gambar dengan budak cina mana pulak?" pertanyaan anak sepupu member aku tu.

Confuse. Bingung. Keliru. Ruet endas ku.

Tak faham aku. Dari sudut mana aku menampakkan ke-chinese-look-kan aku. Mata ke? Pipi ke? Sudut muka 45 darjah dari atas ke? Rambut barangkali. Itu pun bukan 100%.

Aku memang tiada darah Cina. Jawa adalah. Emak ku seorang Jawa Ponorogo. Yang mana emak kepada arwah nenek aku berasal daripada Jawa Timur. Ayah aku pula berasal dari Negeri Sembilan. Mungkin berketurunan Minang.

Jadi, dari manakah wujudnya ke-chinese-look-kan aku? Aku sendiri tiada jawapan untuk itu.

Ini kelebihan untuk mengurat amoi-amoi comel berseluar ketat. Atau makan di kedai makan pada esok hari. Haha!!

No comments: