Thursday, September 27, 2007

Huh! perempuan.

Dek kebosanan aku, aku menulis lagi.

Tiba-tibaaku saja terasa rindu pada Si-A. Kedua-dua Si-A. Atau ketiga-tiga Si-A.

Si-A pertama= perempuan. Kelas pertengahan. Seperti yang aku war-warkan dalam entri sebelum ini.

Si-A kedua=perempuan. Muncul dalam kehidupan pertama aku. Mempengaruhi seluruh hidup aku satu masa dahulu. Juga ada dalam entri aku sebelum ini. Tahun lepas punya penulisan.

Si-A ketiga=perempuan. Muncul ketika bekerja. Lebih dalam alam fantasi. Akan ku kejar kamu jika sekali lagi kita bertemu.

Lihat sahaja diatas. Perempuan, Perempuan, Perempuan.
manusia yang paling berpengaruh dalam kehiidupan lelaki.

Tipu kalau kamu kata tidak!

Tidak kira kamu free-thinker, rebelious, anarki, punk, indie, skaters, pelajar, mat belia, orang dewasa, kanak-kanak sekolah rendah, kanak-kanak berbasikal tengah malam, brader-brader Kereta Honda, Wira, Saga dan sebagainya, Ahli Parlimen mahupun ADUN, Ahli Jemaah Perdana Menteri, Perdana Menteri, golongan peniaga, pemborong, peruncit, pekedai, pewarung, ahli korporat, pekerja kilang, engineer, supervisor, department manager, Managing Director, penganggur dan mat rempit tidak ketinggalan.

Betapa besarnya impak perempuan dalam hidup kamu?

Bagaimana kalau perempuan yang kamu paling sayang hilang sekelip mata?

Aku tidak mahu jawap.

Bagi cancerian seperti aku dan kamu ada jawapan yang tersendiri.

3 comments:

zaidi said...

jom tinjau http://kelabkembaraserdang.blogspot.com

Anonymous said...

peh sayu aku dengar keluhan hati seorang lelaki yang telah berumur dan tak kawin lagi ne...

ala calon dah ade, kawin je la...
jangan la malu2...

minbachok said...

haha.

rase bangge jd perempuan. =)