Friday, September 28, 2007

Kosong adalah kehidupan aku.

Aku ketepikan segala keutamaan aku. Aku dahulukan menulis. Atas sebab yang aku sendiri tidak pasti.

Cancerian. Itulah aku. Sekarang aku berada pada tahap emosi yang bergolak. Lagi-lagi bergolak. Tadi enjoy je berbuka bersama rakan serumah. Beberapa minit kemudian terdiam sendiri. Fikir apa pun aku tidak pasti. Yang pasti ianya satu perasaan yang kurang seronok.

Mandi dan kemudian menghadap-Nya.
Tetap sama. Tiada perubahan.

Duduk sambil membaca penulisan orang lain di ruang tamu sambil mendengar berita.
Tetap sama. Tiada perubahan.

Beralih ke kedudukan berbaring sambil menonton Goals!. Sambil mendengar sayu suara imam membaca surah-surah suci kitab kebesaran-Nya.
Sayu. Bertambah sayu.

Keluar ke kopitiam untuk menghantar laporan kepada bos, customer, higher management.

Perkara pertama dalam hati aku ketika sampai.

"Huh, tiada amoi comel berseluar ketat hari ini."

Klik pada ikon outlook express, perkara pertama aku buat. Aku biarkan beberapa email spam dan beberapa email dari higher management yang berunsurkan nasihat atau support kepada kerja aku menerjah masuk. Seperti terjahan-terjahan peminat Kedah menerjah masuk stadium Darul Aman. Bosan.

Klik pada ikon Mozila Firefox. Aku taipkan "www.rhbbank.com.my." Laman pertama terpapar. Klik pada online banking. Masukkan nama pengguna dan kata laluan.

2 days floating:RM 1,***.90.

"Itu sahaja? Mungkin dah tolak advance aritu? " "aduh!! kalau tiada bonus raya ni mampos aku."

Kemurungan bertambah. Bertambah muncung. Memek muka berubah kepada memek muka yang semakin membuatkan aku kelihatan tua beberapa tahun .
Mungkin inilah kesan-kesan daripada sifat commited terhadap pekerjaan. Atau hati aku meruntun ingin pergi dari Bandar Maharani ini buat seketika.

Tapi aku masih terperangkap disini. Bandar Maharani. Huh!! Maharanilah sangat.

Berpaling kearah meja sebelah.

Ahh!! Ada pula muka kamu disini. I.E di syarikat aku membua setup sedang menikmati minuman. Muka kamu lagi. Malang buat aku malam ini.

Yang pasti sekarang aku bukan berseorangan di kopitiam ini. Dahulu ia. Semua mata yang memandang hanyalah pandangan-pandangan sinis. Sekarang, aku tidak lagi dipandang begitu kerana kamu semua.

Ya! Terima kasih kerana membuatkan aku tidak lagi rasa begitu. Terima kasih kerana membuatkan aku terasa seperti aku seorang founder disini. Tiba-tiba sahaja bayangan Christopher Columbus dengan kapalnya terbayang difikiran aku. Perintis anak muda berbangsa melayu melepak dan menikmati hidangan di kopitiam. Haha!!

Tidak lama lagi aku pasti akan bertemu jodoh disini. Mungkin. Maybe. Perhaps.

Apabila kamu semua (rakyat jelata Bandar Maharani) merasakan keseronokkan melepak dan chill disini.
Apabila kamu semua (rakyat jelata Bandar Maharani) berfikiran sedikit terbuka seperti aku. Apabila kamu semua (rakyat jelata Bandar Maharani) berfikiran pergi mampos dengan fikiran-fikiran sinis dan typical malays kamu semua.
Apabila kamu semua (rakyat jelata Bandar Maharani) berfikiran kopi dan teh disini lebih sedap daripada kopi dan teh di rumah kamu.
Apabila kamu semua (rakyat jelata Bandar Maharani) berfikir untuk berhenti berada ditakuk yang lama.

Mungkin. Maybe.Perhaps. Aku akan ketemu kamu. Si-A yang selanjutnya. Mungkin A untuk Azeni, A untuk Aisyah, A untuk Adilla, A untuk Adriana, A untuk Ah Mei, A untuk Apaapasahaja nama kamu. Mungkin ia menjadi kenyataan ataupun terus menjadi khayalan peringkat tinggi aku sendiri.

Siapa tahu?

Thursday, September 27, 2007

Huh! perempuan.

Dek kebosanan aku, aku menulis lagi.

Tiba-tibaaku saja terasa rindu pada Si-A. Kedua-dua Si-A. Atau ketiga-tiga Si-A.

Si-A pertama= perempuan. Kelas pertengahan. Seperti yang aku war-warkan dalam entri sebelum ini.

Si-A kedua=perempuan. Muncul dalam kehidupan pertama aku. Mempengaruhi seluruh hidup aku satu masa dahulu. Juga ada dalam entri aku sebelum ini. Tahun lepas punya penulisan.

Si-A ketiga=perempuan. Muncul ketika bekerja. Lebih dalam alam fantasi. Akan ku kejar kamu jika sekali lagi kita bertemu.

Lihat sahaja diatas. Perempuan, Perempuan, Perempuan.
manusia yang paling berpengaruh dalam kehiidupan lelaki.

Tipu kalau kamu kata tidak!

Tidak kira kamu free-thinker, rebelious, anarki, punk, indie, skaters, pelajar, mat belia, orang dewasa, kanak-kanak sekolah rendah, kanak-kanak berbasikal tengah malam, brader-brader Kereta Honda, Wira, Saga dan sebagainya, Ahli Parlimen mahupun ADUN, Ahli Jemaah Perdana Menteri, Perdana Menteri, golongan peniaga, pemborong, peruncit, pekedai, pewarung, ahli korporat, pekerja kilang, engineer, supervisor, department manager, Managing Director, penganggur dan mat rempit tidak ketinggalan.

Betapa besarnya impak perempuan dalam hidup kamu?

Bagaimana kalau perempuan yang kamu paling sayang hilang sekelip mata?

Aku tidak mahu jawap.

Bagi cancerian seperti aku dan kamu ada jawapan yang tersendiri.

Psstt...psstt...ya, kamu!!!

Kalau dah baca tinggalakan komen ya!

*giggles*

barulah aku rasa tak cakap dengan cermin.

*giggles again*

Wednesday, September 26, 2007

Fuck!!

Kali ini aku akan menggunakan bahasa Inggeris bagi melahirkan perasaan aku. Pergi mampos kalau korang kata aku The Malays. Mudah untuk aku mencarut bagi kelihatan cool!!!

Lately im so down and depress regarding to my work. Shit!! Is it so hard to satisfy everyone. Especially fucking customers and their fucking BIG Boss!!. this is the hardest part of my life for doing my fucking job.

Everyone is pushing me to done my job. So they can run the production. As soon as they can run the production, sooner they can get the Fucking MONEY!

Shit!!! is this all the fucking people all over the fucking world chasing for. MONEY!! Fucking money has controlled us right nowadays. Rich is getting fucking rich and poor is getting fucking poor. Hate this fucking sentence.

Im so tired and sad and down and all over those fucking emo feeling when i thought of this term. Victim? Us. Moderate people.

When this will be fucking over?

Friday, September 21, 2007

Ying dan Yang

Ying dan Yang. Satu logo keseimbangan. Yang mana dalam Ying terdapat sedikit Yang dan dalam Yang terdapat sedikit Ying. Saling memerlukan untuk mencapai keseimbangan. Anda faham?

Ok. Sekarang aku cuba untuk melihat beberapa perkara yang berlaku di dunia ini atau apa sahaja yang berlaku dalam hidup aku dengan keseimbangan. Konsep Ying dan Yang ini.

Ceritanya bermula begini. Setelah balik daripada kerja, aku berehat dengan membaca majalah M. Agak sukar aku membaca majalah ini sebenarnya. Maklumlah sekarang ini dalam dunia dalam kehidupan semuanya telah dikawal oleh WANG. Agak sukar aku untuk mempercayai seratus peratus ceritanya. Begitu juga dengan media elektronik mahupun media cetak.

Ada beberapa artikel yang menarik perhatian aku dalam majalah M keluaran bulan September. Antara yang paling menarik perhatian aku adalah kisah seorang budak lelaki berusia 6 atau 5 tahun. Aku lupa.

Budak ini telah diliwat oleh seorang jejaka berusia 17 tahun bernama H. H merupakan anak kepada pengasuh kepada A ( budak 6 atau 5 tahun). Bapa kepada H pula merupakan seorang yang berkedudukan tinggi dan kaya. Dia juga berpengaruh dalam kehidupannya.

Kedua orang tua A telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Namun setelah beberapa tahun kes perbicaraan dan siasatan ini bagaikan terhenti begitu sahaja. Senang cakap tutup kes.

Apa yang menarik ialah, bagaimana kes ini boleh ditutup sedangkan tiada perincian dalam penyiasatan? Adakah bapa kepada Htelah menggunakan kedudukannya yang berpengaruh atau kewangan untuk menutup kes ini?

Bagaimana pula dengan nasib A?

Bagaimana pula dengan kedua orang tua A?

Adakah H terlepas begitu sahaja?

Aku melihat kes ini sebagai salah satu penganiyaan terhadap kanak-kanak dan juga salah guna kuasa dan wang. Tetapi adakah cerita ini benar atau sekadar untuk melariskan jualan? Aku sendiri tidak mempunyai jawapan.

Berbalik ke konsep Ying dan Yang. Percaya pada artikel dalam masa yang sama meraguinya.
Sifat baik dalam diri aku kata percaya dan sifat jahat dalam diri aku kata wang. Mudah.

Banyak lagi yang boleh diaplikasikan dengan konsep Ying dan Yang ini. Contoh; kawan aku dating dari tadi tak balik-balik lagi. Kebaikan; dia gembira, aku gembira. Keburukan; aku pulak kene tunggu sebab dia takde kunci rumah. Cibai.

Thursday, September 20, 2007

Tap...tap...tap...tap...sreeekk. bunyi ini berulang untuk beberapa kali. Bunyi mesin taip atau typwriter. Itulah yang aku dengar di lobby Townviev Hotel ini sebelum aku naik lif menuju ke bilik.

Classic. Hati aku berdetik. Rupanya dalam dunia yang serba moden dan berteknologi ini masih ada lagi perorangan yang menggunakan mesin-mesin klasik. Mungkin ramai diluar sama yang masih menggunakan barangan seperti ini yang aku sendiri tidak sedar.

Mungkin ada di kalangan penoreh getah menggunakan mesin gelek getah. Mungkin ada dikalangan suri rumah menggunakan kukur kelapa. Mungin ada dikalangan pekerja di pejabat menggunakan liquid paper yang botolnya 2 dalam satu pakej. (satu pemadam dan satu lagi thinner).

Persoalannya: adakah golongan ini merupakan golongan yang menolak segala kemajuan demi kepuasan sendiri? Atau barangan tersebut mempunyai nilai-nilai sentimental yang tinggi?

Terpulang...


*******************


Aku disebelah kanan anda.

Aku seng kananmu.

I am on your left side.


Cube perhatikan gambar aku betul-betul. Ada Chinese look ke? Ini bukan pertanyaan perasan ok. Ini adalah satu pertanyaan serius!

"eh orang melayu rupanya kamu?"

"la ingatkan budak cina mana tadi?"

"kamu ni orang melayu?"

"khairul? ingatkan Ah Seng ke, Ah Boon ke?"

Itulah soalan yang sering aku hadapi tiap kali aku mendaftar untuk masuk ke mana- mana kilang yang aku lawat. Bukan setakat itu, anak sepupu member aku yang kat sebelah tu pun tanya dia bila tengok gambar ni.

" ni kau gambar dengan budak cina mana pulak?" pertanyaan anak sepupu member aku tu.

Confuse. Bingung. Keliru. Ruet endas ku.

Tak faham aku. Dari sudut mana aku menampakkan ke-chinese-look-kan aku. Mata ke? Pipi ke? Sudut muka 45 darjah dari atas ke? Rambut barangkali. Itu pun bukan 100%.

Aku memang tiada darah Cina. Jawa adalah. Emak ku seorang Jawa Ponorogo. Yang mana emak kepada arwah nenek aku berasal daripada Jawa Timur. Ayah aku pula berasal dari Negeri Sembilan. Mungkin berketurunan Minang.

Jadi, dari manakah wujudnya ke-chinese-look-kan aku? Aku sendiri tiada jawapan untuk itu.

Ini kelebihan untuk mengurat amoi-amoi comel berseluar ketat. Atau makan di kedai makan pada esok hari. Haha!!

Wednesday, September 19, 2007

Diari seorang lelaki hari ini

Peh!! letih gile arini. Setting mesin dalam bangunan yang berkeadaan belum siap sepenuhnya.
ST Muar memang agak kedekut bosnya. Hampir-hampir aku melepaskan sesuatu yang berharga hari ini gara-gara kepenatan aku ini tadi.

Biar aku describe bangunan yang berkeadaan belum siap sepenuhnya.

1. Penuh dengan raja segala habuk.
2. Penuh dengan bau daripada peluh segenap manusia yang bertungkus-lumus.
3. Penuh dengan orang asing yang mana aku berdua sahaja sebangsa (bukan racist. Ingat!)
4. Penuh dengan bakteria jahat. (badan aku jadi gatal-gatal)
5. Penuh dengan air mineral (penting!)
6. Penuh dengan asap rokok (penting juga!)
7. Bau gam Dunlop disana-sini.
8. Ducting air-cond bersepah
9. Cable wire sana sini.
10. Tools berada dimana-mana.

Mess kan? Pening kepala aku.

Sekitar jam 1725 satu kebakaran kecil berlaku. Gam Dunlop yang digunakan oleh kontraktor air-cond terbakar. berasap satu bangunan. Kami sesak nafas dan pening kepala.

Sepanjang hari aku bekerja hanya mampu membayangkan tea 'o' ais yang bakal aku teguk beberapa jam sahaja. Itu jam baru pukul 11 a.m. Bayangkan tekanan yang aku hadapi. haha!!

Sekarang aku nak lepaskan 'tekanan'

Sunday, September 16, 2007

ADAHAM.


Korang ingat lagi aku bercerita pasal ADAHAM bukan? inilah dia sedikit gambaran tentang ADAHAM.

Itu adalah beberapa otai Melaka sedang berjuang dalam permainan dam haji. Classic bukan?

Seingat aku takde lagi aku jumpe warung yang mengekalkan nilai-nilai oldskool seperti ini lagi.

Nanti aku ambil lagi gambar-gambar lain.

Saturday, September 15, 2007

Si-A akan muncul kelak

nantikan world primiere expose Si-A. Chenta hatiku.

Tungguuu...

Friday, September 14, 2007

Tauke Bundle, Sikap-nya dan BMW dan Mercedesnya.

Malam ini tadi aku berhadapan dengan manusia yang telah aku describe dalam penulisan aku sebelum ni. Manusia tersebut adalah tauke bundle tersohor kononnya di Parit Raja. Aku kategorikan dia ini dalam manusia yang sungguh tamak dan haloba dalam alam semesta Parit Raja. Babi!!

Ceritanya begini, kelmarin punya malam dia ada bukak satu bundle kasut. Baik punya la. Aku akuila mmg ngam. Aku ngan abang aku pon sudah kenan sama beberapa kasut tu. Kalau ikutkan tak payah deposit pon takpe. Tapi dek keTAMAK-HALOBAANnya sebok nak deposit.

Aku punya hangin bukan apa, kasut yang aku save tu dia boleh jual. Dek aku tidak letak deposit. Cibai kan!!! Manusia ini adalah tidak berguna disisi masyarakat yang mempunyai IQ yang tinggi seperti Pahlawan-Pahlawan Meja Batu Bulat aku.


'Takkan pasal kasut pon nak gadoh?'

Masalahnya bukan pasal kasut, pasal mentaliti 'orang aku' yang berniaga. Aku fahamlah maju perniagaan kau tetapi aku rasa tertindas dengan sikap yang begitu. Pentingkan duit dan diri sendiri masuk ke dalam perut dia yang dah semakin besar melebihi benda lain.

Bosan aku!! Kimak. Babi. Cibai.

Bodoh punya tauke.

Takpe, macam yang aku cakap. Aku cuma perlu duduk tunggu dan lihat. Bila sampai masa aku akan ajak Pahlawan-pahlawan aku berdekah guling-guling depan kedai kau!

'What goes around come around, what goes up must come down'

Karma. Ingat tu.

Anda tunggu sahaja masanya!

Kekeringan idea

Aku tak ada idea sebab aku blur.Aku blur sebab;

1. lapar

2. haus

3. takde rokok

4. ngantuk

haha!!

Monday, September 10, 2007

Huh!! Dunia oh dunia.

Au dah bosan hidup dengan dunia hari ini.

Bosan.Bosan.Bosan.Bosan.Bosan.Bosan.

Semuanya sama. Cetek pemikiran. Akal singkat. Pentingkan diri. Kepuraan sana sini.

Tertekan aku. Tapi apa yang boleh aku buat? Selain daripada melahirkan keidakpuasan hati aku melalui penulisan yang entah berapa ramai pembacanya. Mungkin 1, mungkin 2 atau tiada pembaca langsung.

Aku terasa kecil dalam dunia yang semakin besar. Semakin besar dan ramai. Semakin ramai semakin banyak manusia-manusia yang seperti di atas.

Tapi apa yang boleh aku buat?

Rebel?

Bagaimana?

Melalui pemakaian? Atau percakapan? Atau cara hidup?

Kalau aku rebel dengan cara demikian, dia orang faham ke?

Atau perlu aku cetak 'KAMU SEMUA BODOH' diatas baju-T hitam aku yang di'beri' oleh peniaga bundle tersohor di Parit Raja?

Kalau begini, pasti mereka semua kata aku sorang yang pandai, cerdik, cerdas, elit dan fatanah.
Malulah aku padahal ada betulnya kata-kata mereka. Aku ni bukan jenis suka mendabik dada orangnya.

Atau menulis lirik lagu kemudian bagi pada Mawi atau Siti. Sampai juga mesej aku nanti. Tapi susah la pulak nak jumpa mereka. Kalau jiran sekampung ok juga. Pasti hari raya nanti dia orang akan pulang ke kampung. Tapi nak ke diaorang nyanyi lirik aku. Kalau meletup lagu tu, mati aku. Tidak pasal-pasal glamour aku.

Adoi la...aku pon x faham dah dunia sekarang.

Friday, September 07, 2007

M420 buat hal lagi. Mr Rambo merana lagi. Cibai!!

*maaf penulisan kali ini dipenuhi kata-kata kesat!! Kepada sesiapa yang bersih hatinya dilarang meneruskan pembacaan.

Aku keluar kilang jam 8.30 mlm. Bosan. Setelah kena 'tiau' dengan boss diaorang.
Mesin punya problem, aku yang kena 'tiau'. Cibai! Hangin lak aku. Mesin tu pun satu. Tinggal test beberapa ratus device je pun buat hal. Shit!!

Hangin aku la. Kalau nak problem pun biarla da abeh buat test kat device tu. Dah la semalam due date, arini patut boleh settle. Ini tidak, time-time crucial ni la kau nak buat hal. Cibai!

Aku boleh buat apa?

Dah aku cuba habis baik. Then tak boleh gak jalan, nak suruh aku stayback watpa? Jadi penunggu atau puaka kat mesin tu? Cibai punya bos kilang. Salah orang kome jugak. Berapa kali dah aku cakap mesin ni kene buat preventive maintenance. Ada korang buat? Takde rasa aku.

Sekarang dah jadi macam ini baru menggelabah blame orang sana-sini. Yang tanggung, aku jugak. Cibai!!

Nasib baik nasib aku terbela dengan bos sendiri. Yang Korea ni pun satu, dah aku dalam kesusahan, tolong la aku. Ini tidak. Delay lagi. Yang ngadap kat customer sapa? Ni ha! (sambil tunjuk kat batang hidung)

Aku bukan nak mintak kasihan. Cuma luahan perasaan daripada hati orang bawahan. Cibai!

Alamak awek cun lalu. Siap dua kali toleh. haha! Pengubat lara sekejap.

Sekejap lagi nak balik kampung. Bosan duduk sini. Sok pagi-pagi aku datang lagi ke kilang jahanam tu. kalau takde feedback dari Korea, mampos aku.

Agi idop agi ngelaban


Thursday, September 06, 2007

Si-A lagi. Lagi-lagi Si-A.

Kebelakangan ini fikiran aku hanya teringatkan Si-A. Entahkan sihat atau semakin teruk keadaannya. Aku nak SMS nombor telefon pun dia takda. Dia ni jenis anti-teknologi sikit.

Kenapa?

Mungkin aku persekitaran aku sekarang, pada peringkat umur aku sudah ramai yang berumahtangga ataupun mengikat talian pertunangan.

Aku..?

Hahaha...cuma gelak ini yang mampu aku berikan terhadap soalan-soalan sebegitu.

Kenapa?

Entahlah...tidak mampu aku nak menjawap soalan tu.
Mungkin aku belum bersedia.

Atau, belum puas membujang.

Atau belum ada jodoh. hahahah (typical answer)

Itulah hakikatnya. Kepada kawan-kawan, jangan berharap aku akan kahwin dalam jangkamasa terdekat. Kepada awek-awek, jangan paksa aku kawen cepat dengan korang. Haha!

Berbalik kepada Si-A.

Aku betul-betul jatuh chenta sama ini gadis. Tapi masih banyak perkara yang perlu aku tahu tentang kamu. Tiba masanya nanti, aku akan kahwinkan kamu dengan diri aku atau mungkin tidak. Haha! Jodoh, kematian itu kerja Maha Esa. Kita hanya mampu merancang. haha! Gelak lagi.

Gilo!