After lunch break aku ditinggalkan seorang diri dalam office sebelah atas. Office aku terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian bawah adalah untuk sales team dengan management team. Bos-bos besar kira kat bahagian bawah.
Manakala di tingkat satu adalah technical atau service team. Di sini lah letaknya meja aku dan juga beberapa rakan seperjuangan yang lain. Biasanya mereka semua akan tiada di office. Keluar ke customer site masing-masing.
Keadaan sunyi. Terasa semasa ambil SPM dulu pulak.Dalam pada aku keseorangan, aku termenung. Memandangkan tiada kerja langsung yang perlu diselesaikan. Aku terus termenung.
Banyak perkara tentang hidup berlegar dalam kepala. Segala segi aspek kehidupan. Faktor-faktor untuk terus hidup. Haihh....
Ini semua mungkin aku sedikit emosi setelah membaca entri En Fakap pagi tadi yang tajuk Mak. Tersentuh rasa hati.Aku terfikir, aku tak pernah merasa kehilangan. Belum pernah. Pastinya satu hari nanti aku akan merasakannya juga. Waktu, tidak tahu. takkan pernah tahu. Lambat, cepat. Tidak tahu.
Masa depan. Sumber kewangan. Kehidupan sosial. Soal hati. Itu, ini...blah...blah...blah
Naik sakit kepala.
Sudah. Malas mahu fikir. Cari orang untuk di ganggu.
*futnut ; aku akan tiada sampai hujung minggu depan.
6 comments:
futnut : batam best woo!
eh, dah dapat kerja dah. congratz, selamat bekerja
gua selalu rasa kehilangan.
asyik-asyik hilang je.
sengal.
broken lu loser ar...
u ar rembo tu yea yg gurl2 slalu ckp kn...
rambo!
mane rambo?
*intai sane sini gune teropong
oh!tgh berjimba kat batam yer
hahahahaha
jorji - tu lah! berpeluh daripada hari tu ni.
athena - owh tq brow!
broken nigina - dah hilang. nak wat camne ye tak?
eamy - ada lagi. jap lagi la bertolak! ready!!
Post a Comment