Thursday, February 26, 2009

There is something wrong with me. Maybe.

Semalam. Gua cuti. Macam biasa. Forced leave la. Apalagi. Mula-mula, awal-awal bangun tidur. Tengah hari. Memang seronok. Tak payah redah traffic jammed bagai. Tak payah keluar duit sangat. Relax kat rumah sudah.

Dunia gua aman. Damai. Sesekali terdengar bunyi tangisan bayi dari rumah sebelah. Macam kat kampung perasaan gua itu jam.

Jam pertama. Gua cuma duduk atas sofa. Pandang TV. Layan MTV. Cari mood untuk teruskan kehidupan. Cuaca pula, mendung-mendung panas. Kiranya, panas tak panas sangat. Angin sepoi. Halus je gua rasa.

Masuk jam kedua. Perut gua mula cari pasal. Mintak macam-macam. Bunyi macam ada kugiran Recover perform dalam perut gua.

Selesai buatkan makanan untuk perut gua, gua mula gatal - gatal tangan. Badan tak sedap. Tak boleh duduk diam. Gua rajinkan diri berkemas, mop lantai, sapu habuk, kemas buku-buku gua, lap rak TV gua, bersihkan sampah depan rumah. Semua gua buat.

Berkilat rumah gua. Selipar dan kasut tersusun rapi depan pintu.

Bila tiba jam keempat dari gua bangun tidur. Selesai segala. Gua mula rasa satu macam. Ada satu perasaan bosan yang gila babi timbul dalam diri gua. Perasaan lonely macam bangsat. Gua nak call kawan-kawan, semua kerja. Internet gua masih down. Bil tak berbayar lagi. Celaka!

I felt like so fucking ISA. And alone. And quiet.

Lama-lama, perasaan ini menebal. Sehingga timbul rasa rebel. Semua benda salah, semua benda tak betul.

Bila petang, gua pergi pasar malam. Cari barang sehelai dua. Sampaikan uncle susun kasut dekat stall sebelah bersiul pun gua rasa macam nak sebat. Bukan sebab dia bangsa lain. Tapi, siulan itu buat gua rasa jengkel.

Sampai ke hari ini. Pagi tadi, gua pergi kerja pun marah-marah. Untung gua tak terajang pintu Myvi Hitam lepas Tol Sunway tadi.

Nasib baik menjelang tengah hari, sesuatu telah muncul dan menenangkan gua. Gua berjaya mendapatkan beberapa siri kartun Metalocalypse. Seperti saranan Fakap dalam tulisan Zaman Beavis dan Butthead, South Park...bla..bla...bla

You really make my day, GMILF!!

Sunday, February 22, 2009

Bila jeritan menjadi sepi.

Minggu lepas. Gua mimpikan Gadis Comel dari Kampung Melayu. Gua dengan dia, bercanda di satu pusat peranginan. Gua tak pasti. Sama ada di Maldives atau Phuket atau Krabi atau Bali atau Pulau Besar.

Yang pasti, we are having a good time. Base on rock and roll. Drug, sex and Rock ‘n’ Roll.

Yeah...bila gua terjaga, termenung di bucu katil. Gua mengeluh, “I wish it was true.”

Dan, semalam. Lagu At The Drive In dari N95 gua berbunyi. Satu panggilan daripada nombor tidak bernama.

“Hello?” gua sapa.

“Hmm...hello. Tengah buat apa?” dia tanya bersahaja.

“Nothing. Tengok tv.” Balas gua sambil gua berkira-kira siapa yang telefon gua.

“Kenal tak ni?” berteka-teki dengan gua.

“Yeah. I know you.” Jawap gua. Dari lunak manja suaranya, gua pasti. It was her. Yes. HER. Budak Comel dari Kampung Melayu.

Dan. Kami terus berbual dengan kadar berhati-hati. Masing-masing tidak mahu menimbulkan persoalan tentang hati. Atau sesuatu yang telah berlaku antara kami. Buat macam biasa. Buat macam kawan lama sedang bertanya khabar. Padahal, masing-masing menyimpan sesuatu yang terbuku. Mungkin gua tak. Sedikit terbuku. Ya, sedikit terbuku.

Berbual tentang kerja, rambut, itu dan ini sehingga talian terputus secara tiba-tiba. Gua sendiri tak pasti kenapa. Mungkin telinga dia dah panas dengan carutan-carutan gua yang lancar keluar. Bukan kepada dia. Cuma selingan bila bercerita. Atau bateri telefon dia habis.

Gua tak tanya kenapa muncul balik setelah 4 bulan hilang.

Gua cuma cakap, “I have something to ask...”, terdiam. Pause.

"Errr....takde ape lah."

Dan gua biarkan dia sambung pertanyaan gua. Sebab gua tahu dia faham apa yang gua nak tanya.

Dan dia jawap 10 selepas itu. Setelah habis berbual tentang cerita lain.

“Tak tahu nak call siapa.”

Ya. Itu adalah jawapan persoalan gua. I know her.

Sekarang. Gua rasa, gua dah macam Tom Hanks dalam Forrest Gump. Jenny akan muncul sekejap. And having a good time. And then, disappear just like that. Muncul sekejap, having a good time dan hilang macam itu sahaja. Berterusan sehingga Jenny mati. Dan Forrest Gump, akan terus rindu Jenny.

Tapi itu Forrest Gump. Gua? Tidak mungkin. Enough is enough. Past is past.

Dear Budak Comel dari Kampung Melayu. Nothing going to be happen between us again. I had buried all love and affection for you few months ago. Go find another lover dear. Sorry.

Wednesday, February 18, 2009

Macam kata The Clash, Lost In The Supermarket.

Dulu. Beberapa tahun lepas. Zaman gua tengah belajar. Gua syak gua menghidap penyakit Insomnia. Gua susah nak tidur malam. Biarpun petang itu gua lanyak badan gua main ragbi bagai nak gila. Asal malam, lepas tengah malam, mata gua steady segar bugar. Langsung tak penat.

Pernah gua mengadu kepada doktor di Pusat Kesihatan Universiti tentang masalah gua. Nak juga gua, suruh dia ambil darah ke, suluh-suluh mata ke, ambil tekanan darah ke. Ini tidak. Bila gua cakap gua susah nak tidur, macam kena Insomnia, dia gelakkan gua.

Bangsat. Langsung tak pro. Nanti anak lu datang kat gua mintak kerja, tau la gua gelakkan. Sudahnya, doktor tu bagi gua ubat selsema. WTF!! Bagi la Valium atau Diazepam. Baru ala-ala barat.

Well, gorverment doctor.

Beberapa tahun selepas itu, gua ok balik. Tidur ikut jam. Bangun ikut masa. Tiada masalah.

Dan. Beberapa hari lepas. Dalam minggu ini. Sejak kebelakangan ini. Gua suspect, Insomnia gua datang lagi. Macam Tora datang lagi. Lagi memburukkan keadaan, bila gua dapat tidur, mimpi buruk menjelma.

Mimpi gua dua malam lepas. Gua mimpi EM, MFG masa gua kerja dibutik mahal di BP Mall nak kena culik dengan Alien. Itu jam, gua dengan dia tengah main Nintendo kat dalam kondo gua. Apa gila gua nak kasi lepas MFG gua itu jam. Dah la macam sotong bentuk Alien tu, siap lendir-lendir lagi. Ewww...Hell no! Over my dead body!

Malam tadi. Sama. keadaan masih tidak berubah. Bila gua rasa time gua nak tidur dah sampai, gua masuk bilik. Tutup lampu. Kipas full speed. Tarik selimut sampai leher. But, still nothing happened. Terkebil-kebil mata gua tengok siling. Pusing kiri, salah. Golek kanan, tak kena.

"I cant sleep. Are you still there?" gua teks MFG gua sekarang.

Senyap. Dah tidur. Hampa.

Sudahnya, pagi tadi. Gua bangun tidur, katil Carvenzi gua dah macam kapal karam. Tunggang langgang. Majalah Time Out Sydney gua separa terbuka, siap terkelepet lagi. Portable DVD player gua kat bahagian kaki. N95 gua entah ke mana.

Gua suspect, Alien bentuk sotong tu datang betul la time gua tengah nyenyak tidur. Balas dendam sebab tak dapat culik EM, MFG gua hari itu. Tak puas hati dengan gua, barang-barang gua dia rusuhkan. Celaka! Nanti gua return dengan abang-abang ada tattoo naga!

Entah apa yang sebenarnya terjadi dekat gua pun, gua tak tahu. Mungkin, terlalu banyak fikir tentang kehidupan sekarang ini.

Seperti yang gua cakap pada MFG petang semalam. This economic crisis drive everyones nut! Damn nut.

Tuesday, February 17, 2009

Billy Idol, jangan marah ok.

Semalam. Selepas waktu Maghrib. Sedang gua memandu pulang daripada pekena Teh Ais dan Roti Telur banjir di mamak Persint 9, Putrajaya, tiba-tiba N95 gua menyala diusuli petikan tone Jackass The Movie.

1 new message.

“Ini mesti MFG.”
Bisik hati gua.

As I thought so.

“Awk.”
Ringkas teksnya.

MFG.My Favourite Girl.
Gadis pasca-moden. Minda liberal. Fair complexion. Pemakai All-Star. Peminat MGMT dan Jason Mraz. Owh, Nidji juga. Pembenci gadis pakai seluar Levi’s ‘love’ kecik bawah serta T-shirt Guess ber’bling-bling’. Ok, ini agak kasar.

But, I am writing a fact.

Bila ada masalah, dia akan datang cari gua. Tempat mengadu. Her life aid kit and savior. Oh, healer juga agaknya.

Dan gua. OK. Tiada masalah tentang itu.


Biasalah, budak sweet. Selalu sahaja terima pujian bebunyi,“You are a good listener.” dari ramai gadis. Kadang-kadang Megan Fox pun cakap macam itu bila gua bagi penyelesaian masalah yang diadukan kepada gua.

MFG.
Mengadu tentang itu dan ini. Tentang hidup dan karier. Gua. As her savior, healer and life aid kit. Dengar dengan tenang. Bagi ayat-ayat penenang. Lepas MFG tenang, gua buat lawak sikit.

N95 gua berbunyi lagi. Dengan tone Jackass the movie.

1 new message.

Gua buka teks mesej.

“He3. It’s all bcoz of u, my BFF.”

“Stop calling me BFF. It’s sound like Liyana Jasmay-Aizat relationship.”

“Ha ha ha.”
Ringkas teks dari MFG.

Tengok. Budak sweet sudah bagi gembira.

Saturday, February 14, 2009

Hai Saint Valentine! Apa khabar anda di bawah sana?

14 Februari. Rata-rata. Muda-mudi yang mempunyai fikiran liberal. Yang sedikit menolak idea-idea atau ajaran yang dianggap kolot. Yang mempunyai fikiran moden. Pasti akan menyambut hari Valentine. Hari kekasih.

Dari malam tadi tak boleh tidur. Fikirkan hari ini keluar mahu pakai baju warna apa, seluar yang mana satu. Kasut dah basuh ke belum? Beg lagi kalau nak kendong, matching dengan pakaian tak? Mana yang berkereta, sudah siap berkilat ke belum? Bau dalam kereta wangi ke tidak? Semua di ambil kira.

Tu belum fikir bab hadiah, bunga, teddy bear, kek, bunga ros, ribbon, perfume, candle light dinner, makan kek atas bonet kereta dengan lilin dua batang sambil tengok pemandangan kota Kuala Lumpur daripada bukit di Cheras yang dikenali sebagai Little Genting, duit nak keluar, kredit kad valid lagi ke tak. Macam-macam. Semua mesti mahu perfect.

Mungkin ada juga yang akan jadikan hari ini sebagai perngisytiharan atau bahasa orang taman gua, hari declare. Samada rasmi menjadi pasangan kekasih, tunangan atau lamaran untuk perkahwinan. Awww, lamaran ketika Hari Valentine. Romantis sekali!!!

Romantic, may ass...err i mean...romantic, indeed. Very romantic.

Sejak tahun lepas, bila gua tenung diri gua. Pada 14 Februari. Gua agak sedih. Gua terfikir sesuatu. Yang membezakan antara gua dengan Along gua. Setahun lepas, umur gua 26 tahun. Pada umur yang sama, 26 tahun, abang gua sudah dianugerahkan Adam pada 14 Februari.

Gua, umur 26 tahun, 14 Februari. Ada apa? Sebuah kereta hitam yang saban hari kikis duit gua. Lain tak ada. And i am talking about my belonging, even person or things. Dan tika umur gua 26 ini, 14 Februari agak yang paling buruk. Gua dalam zaman gelap gua. Dark age of my life.

Sekarang, tahun ini. Tika ini. Masih sama. Tiada apa yang berubah. Cuma sekitaran dan juga komuniti gua.

Dari segi sosial dan soal hati, tiada apa yang gua nak risaukan pada 14 Februari. Langsung tak risau. Langsung tak fikir satu apa pun. Sikit pun tak ada....err...gua tipu. Denial. Penafian.

Lantas gua teringat lagu Alleycats. Satu kuntum mawar merah yang terikat ribbon kaler merah sebelah gua ni, pada siapa kan gua beriiiiii.........

Happy Valentine Day.
Fuck!

Tuesday, February 10, 2009

Ceritera si Adam [2].

Abaikan tulisan lepas, gua kekurangan idea sambil bos gua di belakang gua. Sekarang, bos gua dalam meeting room sambil bercakap dengan vendor nama Toshiba...err...atau Toshiba itu nama tempat kerja dia. Mana gua tau. Gua nampak macam name tag kat dada dia.

Sekarang, gua baru teringat satu cerita. Tentang Adam.

Hujung minggu lepas, gua pulang ke rumah orang tua gua. Tujuan utama gua, untuk mengambil kereta milik gua, dan pulangkan kereta cap ikan adik gua. Ikutkan gua malas nak pulangkan, sebab save cost gila pakai kereta cap ikan adik gua berbanding kereta hitam gua. Tapi, adik gua kebasahan pergi kelas ke, panas nak ke kelas ke, kesian pulak gua.

Kereta hitam gua siap atau keluar daripada bengkel hari Ahad. Petang. Lewat petang macam tu. Malas la gua nak memperkemaskan kereta hitam gua petang-petang gitu, baik gua lepak minum teh 'o' ais limau sambil usha makwe Parit Raja atau makwe student UTHM. Jadinya, gua ambil keputusan memperkemaskan hari Isnin.

Disebabkan gua dah berniat untuk kasi kereta hitam gua cantik, gua bangun awal tengah hari Isnin itu. Gua ke garage, gua perhatikan ada kolam mandi kanak-kanak portable sebelah kereta hitam gua. Ini bermakna Adam dan adiknya sudah jarah ini tempat untuk mandi-mandi tengah hari.

Dua beradik ini memang ada 'sawan air'. Pantang ada peluang bermain air. Tanpa berlengah, mereka meninggalkan segala tontonan. Wonder Pet ke, Ultraman ke, Adi dan Ayah ke, Geng Bas Sekolah ke. Semua tinggal.

Tengah hari Isnin itu, setelah basuh kereta hitam gua, sambil di tolong oleh si Adam, gua ambil keputusan untuk menggilap kereta. Tengah syok gua calit 'kit' pada kereta hitam gua, Adam tolong sekali. Emak si Adam hanya memerhati.

Tiba-tiba Adam bersuara, "mama, abang nak baby la.."

"Ah, nanti kamu bukan pandai jaga pun. Gaduh je kerja dengan adik-adik kamu." kakak ipar gua cakap.

"ala...mama ni tak sporting la."

Dengar perkataan sporting, gua dah gelak. Lemah lemah lutut dah gua.

"Tu pergi mintak kat Pak Ngah kamu dengan Pak Cik kamu tu." kata kakak ipar gua sambil mengusik gua yang masih single.

Adam pause sekejap. Mata terkebil-kebil. Berfikir barang kali.

"Pak Ngah dengan Pak Cik mana boleh mengandung!" Adam bersuara separa menjerit.

Maka berhamburan ketawa daripada gua dengan kakak ipar gua, sekali dengan adik gua. Gua yang tengah pegang sponge penuh 'kit' guling-guling ketawa atas lantai.

Haih..Adam, Adam.

Now, taking back Sunday.

Gua baru perasan. Bila gua klik dekat kolum Catatan Emosi Gua, baru 2 entri untuk bulan Febuari. Apa sudah jadi? Mungkin gua terlalu sibuk untuk menulis atau gua kekeurangan idea atau privasi gua untuk menulis semakin kurang akibat Service Department yang dahulu di tingkat atas telah tutup untuk sementara waktu berikutan krisis kejatuhan ekonomi.

Sekarang gua menulis, bernukilan di tingkat bawah. Management Department. Ikut la, untung nasib gua duduk dalam meeting room. Tak ada bos. Macam sekarang ini, tika ini, saat ini, gua duduk depan bos. Bos gua kat belakang gua.

Penat gua tegakkan badan gua supaya badan gua yang sasa ini menghalang pemandangan secara terus bos gua kepada monitor PC gua. Bukan apa, gua malas nanti dia tanya gua macam-macam. Gua seganlah nak jawap gua ada blog atau gua nak bersuara, "Boss, I am a part-time writer, actually."

Maklumlah, bos, dalam keadaan kemorosotan ekonomi sebegini, sememangnya kurang kerja. Jadi, akan banyak soalan demi soalan yang tidak berkaitan dengan kerja akan kedengaran. Gua malas nak layan. Nanti dari bab penulisan blog, melarat sampai meracun gua untuk bermain golf.

Apa gila gua yang atlet berlari, menackle, dan merempuh ini di suruh bermain golf? Mahu-mahu patah golf club tu gua kerjakan nanti.

Sebenarnya, gua banyak nak tulis pasal Februari. Terlalu banyak. Nanti gua susun dalam bentuk draf maya dan gua akan terjemahkan dalam bentuk yang terbaik. Satu lagi, dek kesibukan gua sekarang ini, gua baru perasan angka di sebelah kanan bawah sekali itu sudah mencapai lebih 10000. Kalau boleh diconvertkan ke jumlah RM....ish...ish...ish

Thursday, February 05, 2009

Thanks my Lord, untuk peluang ini.

Lelaki. Mana-mana yang gua kenal. Mana-mana yang gua tahu. Biasanya ada dua sebab UTAMA mereka bersedih. Mereka berduka. Mereka masam mencuka. Mereka agak marah.

Satu, duit. Dua, perempuan.

Dua, perempuan. Tak kira siapa. Janji yang rapat. Makwe, bakal makwe, MFG, YFG, makwe yang tengah nak riki-riki, makwe sepejabat, makwe sepasukan, makwe sekelas, emak, ibu, isteri, bakal isteri semua.

Sekali mereka buat salah. Buat slack. Merajuk. Menjengkelkan. Ini akan buat lelaki sedih. Emo bagai. Kusut. Kecik hati. Makan nasi lauk ikan kembung lawan dengan sayur pucuk manis masak lemak dengan kicap pun tak lalu nak telan.

Satu, duit. Ya, duit! Bagi gua sekarang, duit yang memutarkan bumi ini. Tak ada duit, bumi tak berputar. Statik. Pegun. Diam. Tak ada siang. Tak ada siang malam.

Sekarang, gua sedang bermuram. Kusut. Kecik hati. Atas sebab satu.

Atas desakan kemerosotan ekonomi yang semakin meruncing. Gua. Dan rakan-rakan sepejabat. Kena tolak dari gaji pokok lebih kurang 10%. Dengan cara cuti paksa. Forced leave. Selama dua hari dalam sebulan. Kira tolak gaji cara halus. Tak nampak sangat.

Gua tak salahkan syarikat gua. Gua tak salahkan bos-bos gua. Bagi gua ini satu langkah bijak. Dari gua tak pasal-pasal kena VSS.

Gua akur. Cekal. Tabah. Pasrah.

Sekarang. Gua akal licik gua habis gua perah. Mana gua tak top-up balik 10% gua yang kena tolak tu.

Jangan sesekali ajak gua lepak-lepak membuang masa. Kalau lepak-lepak, ada duit masuk, gua laju. Rokok pun gua takut-takut nak hisap sekarang ini.

Monday, February 02, 2009

Oh My! Oh My! Oh My! Please dont deja vu. Please...please...please. I beg to you Lord! Please...

Malam semalam. Hati gua berat untuk pergi kerja. Mengenangkan Isnin selepas musim perayaan. Pasti jalan gua pergi kerja akan mengalami kesesakan yang teruk. Sifat ingin cepat sampai semua orang, mewujudkan satu keadaan Hukum Rimba. Siapa lemah kena makan dengan yang kuat.

Bangun pagi tadi, gua gagahkan diri untuk terus cekal, bersemangat. Gua mulakan perjalanan gua dengan bersahaja. Bila gua tiba kawasan yang sepatutnya mengalami kesesakan lalulintas yang teruk, ia tidak terjadi seperti yang gua bayangkan malam semalam.

Nak kata cuti umum, itu hanya terjadi kepada mereka yang bekerja di Putrajaya dan juga Kuala Lumpur. Padahal kawasan jalan yang gua akan tempuh ni adalah menuju ke Selangor.

Gua rasa satu macam. Pelik. Inferior. Curious.

Bila gua sampai pejabat, tingkat atas, service department. Tutup. Semua service engineer di kehendaki duduk di bilik meeting tingkat bawah.

Gua rasa satu macam. Pelik. Inferior. Curious.

Tika mesyuarat mingguan. Bos-bos kecil berteka-teki. Tentang bos besar akan adakan announcement.

Gua rasa satu macam. Pelik. Inferior. Curious.

Sekarang bos-bos kecil dan juga bos-bos besar sedang bermesyuarat. Gua pasti, membincangkan hal announcement.

Gua rasa satu macam. Pelik. Inferior. Curious.

Orang taman gua ada bidalan, katanya curiousity kill the cat. Sambil gua tunggu, sambil gua berfikir. Adakah sifat curious gua ini akan membunuh gua.

Oh my! Oh my! Oh my! Oh my! Oh my! Oh my!

Kalau curious gua ni membunuh gua. Dengan karier-karier gua sekali. Gua cuma boleh cakap satu benda.

Deja vu!!!

Lantas beratus-ratus soalan menjelma dalam kepala otak gua. Dan yang pasti, gua sangat risau.

Oh ya, jika economy downturn itu adalah satu objek hidup, pasti gua akan tangkap dan letak dalam tahanan sambil gua bagi seksaan paling kejam. Macam ISA.