Friday, January 30, 2009

3 tahun lepas, shuffle yang gua tahu adalah satu toggle di Winamp untuk shuflle lagu-lagu dalam playlist gua. Sekarang shuffle itu.....?

Dalam kehidupan malar gua sekarang, cuma ada beberapa insan yang mampu beri gua kegembiraan mutlak. Maksud gembira disini adalah ketawa. Yang boleh beri gua ketawa dengan ikhlas. Yang boleh beri gua gelak sambil pegang perut.

Yang beri gua kekusutan, banyak. Bukan insan pun banyak. Contohnya, kereta, kemerosotan ekonomi, kesesakan lalu lintas, cuaca panas, tidur atas sofa keras tak pakai baju sambil kipas pusing laju lalu selsema. Semua ini bikin gua kusut. Masai. Rambut panjang pun jadi tak bergaya.

Beberapa insan itu termasuklah 3 orang anak buah gua. Gambar mereka ada di entri gua lepas-lepas. Gua malas nak link.

Fokus kepada seseorang. Anak buah gua yang paling sulung. Nama dia Adam. Sekarang dia umur 5 tahun. Budak zaman sekarang. Semuanya bijak-bijak.

Cuti hujung tahun lepas, gua dengan adik gua pergi cari baju bundle. Gua pemakai bundle tegar. Merayau daripada bandar Batu Pahat sampai lah ke Bandar Muar. Dari petang sehingga malam. Si Adam sibuk telefon gua. Tanya bila nak balik.

Itu jam, gua sudah dalam perjalanan balik ke Batu Pahat. Sudah agak lewat. Dekat-dekat pukul 11 malam. Gua dengan adik gua singgah makan mee bandung terbaik bagi gua. Mee Bandung Parit Bulat. Restoran Manisah.

"Pak Ngah kat mana?" suara Adam hujung talian.

"Jap lagi Pak Ngah balik. Dah dalam perjalanan." biasanya bila gua jawap macam ni, manusia hujung talian akan faham yang gua dalam perjalanan pulang.

"Adam tanya Pak Ngah kat mana, bukan bila nak balik." jawap Adam.

"Ha ha ha." gua gelak tak henti. Ikhlas. Sambil pegang perut.

See. This is what I mean. Bijak. Tepat.

Minggu lepas. Gua pulang ke rumah orang tua gua. Adam menetap sekali di rumah orang tua gua. Sesekali bergurau. Buat-buat nak campak. Manja-manja. Adam memang manja dengan Pak Ngah dia.

Gua suruh dia pijak-pijak badan gua. Sengal-sengal badan akibat memandu sepanjang jalan dengan kereta cap ikan adik gua. Tiba-tiba, gaya pijakkan Adam berubah. Seakan-akan ditarik-tarik langkahnya. Semakin laju. Semakin sakit badan belakang gua.

"Pijak la betul-betul Adam. Sakit badan Pak Ngah ni Adam buat macam itu."

"Ala Pak Ngah ni kecoh la. Adam tengah shuffle ni!" ujar Adam.

WTF?!! Anak saudara gua berumur 5 tahun sudah tahu shuffle. Celaka punya neo sub-culture. Kau telah meracuni fikiran anak saudara gua. Tak apa. Tunggu Adam faham Bahasa Inggeris. nanti gua racun fikiran dia dengar Iggy Pop. Tak pun Joy Division atau Killeur Calculateur.

Dalam hati gua, " I wish you never grow up kid!" sambil mata gua tenung Adam sibuk menunjukkan langkah shuffle dalam bilik gua dalam gua geleng-geleng kecil.

11 comments:

ciKenit said...

wowi...
shuffle tuuuuuu...
ciki syak lepas tu rembo join adam shuffle dalam bilik.
kan?
betul tak?
hahahaha....

anakcikmad said...

salam rambo...
tpkan,mmg pun...
merata2 bebdk shuffle...
plg best aritu kt area penang ni...
nmpk bebdk shuffle dpn masjid...
adeila...

iyan said...

jgn lupa suruh adam straight edge sekali...

KARKADEWA said...

hok aloh...
gua tak nak ckp pape..
zaman berubah gamaknye...
adam...adam...
geleng2 kecik...

ainfazrin said...

kem salam sikit kat Adam. smart boy.

eamy said...

shit!
i was smiling fr ear to ear
sangat ikhlas-Adam

dani said...

hahaha..blum breakdance lagi tu

~flyo~ said...

Salam
sape jadi cikgu si Adam tue?

chi am said...

adam itu memang kiut dari dulu lagi. maksud gua adam. bukan lu.

Rambo said...

ciki - fuh. melanggar etika ni.

anakcikmad - salam salam. ha tu la dia. subculture baru.

iyan - hah. hampir aku terlupa tentang straigt edge.

dewa - tu yg gua perasaan sekarang, zaman berubah.

ain - malas la. nanti dia banyak soal. ha ha ha

eamy - one day u will meet her.

dani - breakdance gua agak boleh terima.

flyo - apa susah nama ko nak nyebut ni?

nas - lu pernah jumpa?? huh, denial.

apek terror said...

blok je url youtube dri adam....