Saturday, February 27, 2010

Marathon kerja.

Gula mula kerja hari Isnin lepas. Selasa gua cuti kecemasan. Kereta hitam gua cari pasal. Nipple untuk slave clutch pump gua meleleh minyak brake tanpa notis. Lantas kereta gua tersadai dekat Petronas Batu 14, Puchong semalaman.

Gua sambung balik kerja hari Rabu. Sampai Jumaat depan. Ye, Rabu lepas sampai Jumaat depan ni tanpa henti. Cuti Maulud Nabi hari tu pun gua sebat. Hari ini, esok, semua gua bantai.

Bila orang tanya,

"Apahal kerja macam orang gila? Cuti cuti pun kerja."

Gua jawap,

"Anak ramai."

Perghh...memang macam orang gila gua kerja.

Wednesday, February 24, 2010

Entri kalis perasaan.

Naik motor pinjam waktu pagi pagi pergi kerja sambil layan selekoh di Puncak Jalil dan cilok kiri kanan ketika jalan jammed menghala ke tol Sunway adalah satu perasaan yang gua suka walaupun kepala pening memikirkan kereta hitam yang semakin menua dan asyik mintak macam macam sampai poket gua kering!

Haih, kusut kepala gua!!

Sunday, February 21, 2010

Misi penghalang gastrik.

Tepat pukul 8 malam, gua dah mula gusar. Hati gua tak tenteram. Ini semua kes perut gua mula dah masuk angin. Gua bertambah hangin. Sejak serangan gastrik minggu lepas, gua jadi ngeri untuk tinggal kan perut gua dalam keadaan berisi angin. Bahaya!

Gua yang sedang pegang joystick PS2 sambil mengawal pasukan Real Madrid beraksi, mengawal nafas. Takut takut sakit perut menyerang, Real Madrid kalah, maruah tercalar. Ini pun boleh tahan bahaya.

Sambil sambil tu gua jeling Tom. Selaku ketua chef Rumah Atas Bukit. Pegun. Tak ada reaksi. Ke dapur tak, keluar beli barang barang pun tak.

Sambil sambil gua tekan button shoot dan menjaringkan gol, sambil sambil gua fikir apa makanan ada kat dapur. Tak ada. Semua kena masak.

Hati gua bertambah gusar.

[,]

"Gua dah siap. Nak makan luar ke masak?" gua yang dalam keadaan wangi, bershort celoreng, rambut tersisir rapi tanya Tom dan Kod yang tengah melingkar depan TV tanpa perasaan lapar.

Perut gua dah macam ada angin taufan. Keadaan semakin serius.

"Makan luar? Masak la. Ayam ada dalam fridge." ujar Tom dengan bersahaja dan bernadakan arahan.

"Eh ada ayam? Gua la kena masak ni?" gua buat buat naif.

Mind game has been started.


"Dah tu? Gua punya turn dah settle tengah hari tadi." ujar Tom dengan kemas dan bernas.

"OK." gua kalah. Tom menang.

Dengan kepala tunduk, tangan lurus ke bawah, gua ke dapur. Lemah.

[,]

Sejam kemudian, dengan wangi deodorant Adidas bercampur dengan bau tumisan, dengan rambut dah mula tak senonoh, sambil menghembuskan asap Dunhill Light ke udara, sambil cium tangan berbau bawang, gua bersuara,

"Boleh tahan juga air tangan gua masak ayam black pepper ni kan? Sampai licin lu orang kerjakan?" sambil gua angkat angkat kening gaya Ziana Zain.

Tom dengan Kod terus bersiul siul lagu Halimah Jongang sambil pandang siling.

Eleh, ego la tu tak nak mengaku.

Wednesday, February 17, 2010

Tragedi limau Mandarin.

Jumaat malam. Perjalanan pulang ke King of Parit. Gua balik dengan boss Revulsion Records, orang rumah Revulsion Records dan juga orang kanan Revulsion Records. Dia orang satu kereta, gua sorang sorang satu kereta.

Dia orang kereta baru. Bau aircond pun masih bau plastik. Tayar pun belum luak lagi. Minyak silinder pun belum hitam. Itu pasal bawak 80 km/j kat PLUS Highway. Gua follow belakang, rasa macam nak bawak kereta sambil mengiring ke sebelah kiri. Bosan.

[,]

Lepas kena kopi 'O' kat R'N'R Pagoh, mata gua dah bulat balik, badan bertenaga semula, otot otot mula mengeras semula, gua menyambung perjalanan semula.

Baru 5 minit menyambung perjalanan, gua manjang sendawa ikut mulut. Kadang kadang sendawa ikut punggung. Ini perkara luar tabi'i bagi gua. Tiba tiba banyak angin dalam badan ni apa hal?

Selang beberapa minit terasa pedih kat bawah rusuk sebelah kiri gua. Macam di hiris hiris perut gua dari dalam. Kadang kadang rasa macam nak buang air besar. Selang beberapa minit lepas itu, dah tak rasa dah.

Gua terdiam. Fikir. Macam kenal simptom ini.

[,]

Putar semula 2 3 minggu lepas.

"Nasib baik muat bakul motor gua. Adjust baik punya."

"Apa bendanya?" gua tanya.

"Ni ha. Sekotak limau Mandarin. Bos gua paksa bawak balik." jawap Tom sambil letak kotak warna merah atas ketuhar mikro.

"Baik-lah! Baru betul raya cina macam ni."

Sejak hari itu, gua dengan Tom, tidak berlapar. Pantang lapar, limau mandarin sebesar penumbuk orang dewasa menjadi santapan. Tak cukup dengan sebiji. Sekali hadap, 3 4 biji. Baru kenyang. Itu pun semua masam. Pun jadi. Apa ada hal. Janji kenyang.

Dan semenjak beberapa hari lepas itu juga Tom makan ubat sakit perut. Gastrik. Susu UHT sana sini. Sampai melimpah keluar bakul sampah.

[,]

Sambil meneruskan perjalanan ke King of Parit, sambil sambil gua teks Tom.

"Gua rasa boss lu dah suntik racun dalam limau Mandarin lu bawak balik hari tu. Dia nak lu mati secara perlahan sebab berhenti kerja."

Sudahnya, hari hari gua minum susu UHT. Langkah pencegahan.

Dan, sejak itu, rasa benci gua terhadap limau Mandarin meluap luap. Sama dengan rasa benci gua terhadap ahli politik di Malaysia.

Tuesday, February 16, 2010

Untuk Penari Kecil

Untuk kekasih gua yang jauh di mata. Ah, apahal bunyi dah macam kes kes hantar SMS stail jiwang jiwang waktu malam ke radio?!

Tak rock langsung!

Ini untuk lu. Yang lain diam.



Ini sebahagian lirik dia. Part yang paling tepat untuk rasa itu.

"Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again"


Tiba tiba gua teringat muka Rob Schneider. Potong betul!

Friday, February 12, 2010

Selamat Tahun Baru Tiger. Auuummmmm!!!

Cakap banyak takde. Malam ni gua gerak balik BP. Ikut highway PLUS masuk dari Kajang atau Bangi keluar Ayer Hitam.

Siapa siapa jumpa atau terserempak, tegur. Flash lampu 3 kali dari belakang. Bila gua masuk lane tengah, lu turun tingkap sebelah kiri. Jerit password,

"arep lungo ngendi kang?!"


Kalau gua jawap,

"Parit Rojo!"

Gua lah tu. Kalau senyap, bukan gua. Pemandu Alfa Romeo yang lain. Mungkin budak budak Italia Auto atau AROC. Gua tak campur sangat budak budak tu.

Boleh minum minum nescaffe kat hentian seterusnya. Tak ada hal.

Esok. Jangan cari gua. Kalau urgent sangat, cari gua tepi pantai Punggor. Mungkin gua tengah main gitar lagu I Dont Wanna Miss A Thing atau 505.

Aww...tak sabar!

*Gong Xi Fa Choi!

Thursday, February 11, 2010

Indah juga lagi beberapa hari nak raya ni kan?

Perangai gua tidur pakai boxer, tak pakai baju, pegang towel, lampu tak tutup, PC dalam keadaan ON, winamp main lagu post rock dari band segenap benua, dengan tak makan malam, jam pukul 8 lebih semakin menjadi jadi.

Gua pun tak tahu apa pasal jadi ini macam. Sampai kan, Penari Kecil call pun gua tak sedar. Sorry. Nanti gua balik, kita makan sate sama sama. Ok?

[,]

Gua sedar sedar dah pukul 5 pagi. Lantas gua lompat gaya Bruce Lee dari katil, berlari lari anak kearah tandas. Pakai kain pelikat paras dada, perform solat Isyak pukul 5 pagi. Apa nak jadi kau ni BO!!!

[,]

10 minit lepas tu, gua duduk kat tangga sambil tunggu air masak kat dapur. Pekena nescaffe sambil tengok team budak budak yang commentator sebut sebut-kan dua minggu lepas baru ngam. Nak nak perut gua tak berisi dari pukul 5 petang semalam.

[,]

Sejam lepas tu, gua sibuk iron kemeja belang belang warna merah-putih untuk di pakai ke pejabat sebagai tanda meraikan kemenangan. Kalau gua pakai jersey pergi kerja, tak patut pula gua rasa. Mau kena lempang Chinese New Year, tak pasal-pasal.

Eh, kalau tak gol sendiri, satu team lagi tu kalah kot. Kan? Gua cakap je.

Settle.

Wednesday, February 10, 2010

Land of the Rising Sun - Permulaan.

Bulan lepas. Bertempat di kaunter check in, lane berapa gua tak ingat, di KLIA. Yang penting, Singapore Airlines. Gua dengan budak sales pejabat gua tengah sibuk nak check in.

"Would both of you like to sit at upper or main deck sir?"

Gua pandang budak sales pejabat gua sambil buat muka puzzled.

"Hmmm...upper deck." budak sales pejabat gua bagitau amoi kaunter Singapore Airlines.

"Kita try upper deck la bro. Since this is Airbus A380. Biggest plane on planet." kata budak sales pejabat gua sambil senyum senyum excited.

"Gua ok." jawap gua sambil dalam hati gua bukan peduli sangat pun kapal terbang besar ke, airbus ke, Boeing 737 ke. Gua tak peduli. Asalkan ada peramugari yang muka pan-asia kulit putih gebu suka senyum sambil bagi jus oren sudah.

"Ok sir. This is your boarding pass. From KL to Singapore, we like to serve you with our normal plane and from Singapore to Japan, we will serve you the Airbus. Enjoy our great hospitality on the plane sir." terang amoi kaunter Singapore Airlines panjang lebar sambil senyum tak lekang di bibir.

"OK. Thanks." jawap gua dengan budak sales pejabat gua serentak.

"Err..one more thing sir, your luggage will directly to Narita. For your informations."

"Ok." jawap gua.

[,]

Setengah jam kemudian, gua dah duduk dalam kapal terbang. Gua pandang tingkap sebelah gua, malam baru mula merangkak. Gelap tak berapa gelap sangat. Kat bawah, gua nampak pekerja pekerja KLIA tengah sibuk.

Ada yang sibuk dengan lori mini angkut beg, ada yang bawa lori tangki mini. Dalam banyak banyak pekerja, gua cari cari juga mamat yang selalu jadi signal kapal terbang. Entah apa nama pekerjaan ini gua tak tahu. Tapi tak nampak.

Bila kapal terbang dah mula bergerak, gua dah tak pandang luar. Gua lebih ke pramugari pramugari berkulit gebu lagi mulus dan bermekap tebal. Manjang gua senyum senyum macho. Kadang kadang, berdebar juga hati gua ni.

[,]

Ah, tiba tiba gua teringat lagu sedih nombor dua gua. Dont Speak-No Doubt. Potong betul! Lain kali la gua sambung cerita.

Tuesday, February 09, 2010

3 hari lagi.

Malam tadi, Chuck Palahniuk tidurkan gua. Jam 8 lebih. Dengan tulisannya tentang Cassie Wright. Dan juga Mr 72, Mr 137 dan juga Mr 600. Sangat kelakar buku Snuff ni.

Bersama dendangan muzik muzik indah dari kugiran tanpa vocalist. Serta lampu pendaflour yang terbuka sepanjang malam temankan gua.

Tersedar jam 640 pagi, dengan jeritan Zach De la Rocha menjerit 'Wake Up' berkali-kali sebagai alarm, dengan tulisan 'selimut kulit babi woi!' pada paparan handphone gua. Lantas gua lompat dari katil dengan lincah. Macam Bruce Lee.

[,]

Kejadian "Morning Wood" atau "Morning Tent" pagi pagi time lepas bangun tidur itu kejadian normal. Lelaki sihat. Sains ada bukti.

Tapi, terngiang-ngiang suara Black jerit 'aku rinduu....sayang kamuuuu...' itu tidak berapa normal. Nak nak time tengah kumur kumur Listerine sambil check jerawat di muka dalam tandas.

Monday, February 08, 2010

Evolusi.

Setahun dua kebelakangan ni, ramai kalangan member member gua yang dah upgrade cara hidup mereka.

Dari solo ke ada makwe, dari ada makwe ke dating-pegang-pegang-tangan, dari dating-pegang-pegang-tangan ke merisik, dari merisik ke bertunang, dari bertunang ke berkahwin lalu mendapat anak.

Pada gua, ini adalah step atau level atau laluan yang manusia normal akan ikut secara automatik.

Mungkin ada yang terus lompat dari solo terus dapat anak. Ada juga. Mungkin ada yang terus lompat dari solo terus bertunang. Biasa.

Kebelakangan ini juga, scene member member gua dokong anak sana sini, cari barang baby sana sini, cari susu, cari Pampers, cari stroller dah makin meningkat. Gua rileks rileks juga. Macam tak ada apa mulanya.

Tapi, kalau dah hari hari, kat blog, FB dan email asyik cerita baby, mana mana gua baca, ada kaitan dengan parenthood. Mau-nya gua tak terpengaruh.

[,]

Takpe, nanti ada rezeki, kita pun ada baby juga kan Baby?

*Tak pasal pasal gua beli buku Man and Boy semalam. Salah siapa sekarang ni?

Saturday, February 06, 2010

Cought in loneliness.

Salah satu benda yang gua benci dalam dunia.

Terjaga waktu matahari terbit, Sabtu pagi. Dah beli sarapan, beli suratkhabar, buat Nescaffe 'O'. Settle sarapan, settle baca suratkhabar, settle tengok MTV, lepas tu tak tahu nak buat apa.

Sigh...

Friday, February 05, 2010

Sesekali teringat [3].

Dulu, zaman gua sekolah dalam felda, acara pergi sembahyang Jumaat antara acara yang agak thrill bagi gua dan juga dua puluh budak nakal yang lain. Dua puluh atau dua puluh lebih, gua tak berapa ingat dah. Ada juga antara kitaorang yang dah tak jadi nakal bila masuk tingkatan 5. Insaf la konon.

Itu jam, tingkatan 5. Lagi la besar kepala. Time pergi sembahyang Jumaat, mesti duduk seat paling belakang. Kaki sebelah naik atas kerusi. Tangan atas lutut. Nasib baik tak gigit rumput. Memang Jinggo habis. Budak junior skema nak jeling pun takut. Mana mana budak budak kuat surau, jeling lepas tu geleng geleng kepala. Rasa macam nak baling selipar Tat Sing tepat kena dahi.

Gua dengan budak budak lain, sedap dapat duduk. Kalau dah tak ada seat, memang junior jadi mangsa. Kadang kadang tak sempat cakap, junior dah bangun. Jenis takut kena pukul. Tak pun jenis takut kena nyanyi lagu 'demo loni tak supo mulo' waktu malam malam.

Bila dah sampai masjid, bukan reti masuk baca baca yassin. Masuk tandas. Satu tandas 2 orang. Pekena rokok sebatang dua dulu. Dia punya asap yang keluar macam tandas terbakar.

Sekali dah duduk, gua memang tak sedar apa. Tau tau, orang dah standby bangun nak sembahyang. Itu yang kadang kadang ada kes baca Al-Fatihah sambil tak rasa sebelah kaki. Semut semut.

Time balik. Antara yang paling mencabar fizikal. Kadang kadang gua rasa macam Amazing Race Asia pun ada.

Orang lain beratur panjang panjang, gua standby depan pintu. Bila dah masuk semua orang, sampai dah beratur sampai tangga, gua dan kuncu kuncu bergayut depan pintu. Sebelah kaki dalam bas, sebelah lagi kat luar. Tangan kanan pegang besi.

Nak main ngelat sikit. Habis habis sembahyang, terus tuju kereta suami pengetua. Mazda Familia. Bila cukup empat orang, sure, orang kelima kena halau. Laju sikit. Tak payah nak tunggu budak budak habis beratur.

Bila dah masuk kawasan sekolah, mana yang bergayut dekat pintu terus lompat sebelum bas berhenti. Macam stuntman. Terus lari ke arah dewan makan. Tak ingat apa dah. Macam zombie nampak manusia. Yang tak berlari, berjalan laju. Konon nak nampak sopan.

Ini semua berlaku adalah untuk mendapat tempat pertama atau terawal ketika beratur untuk makanan tengah hari sebaik sahaja balik dari sembahyang Jumaat. Mana boleh duduk belakang belakang.

Nanti, nasi beriyani tinggal kerak, ayam masak merah dah tinggal kecik kecik bahagian tak ada daging. Sirap bandung soda pula dah tinggal kurang manis sebab ais dah cair campur sekali jadi air. Aiskrim vanila pula dah tak macam aiskrim, macam icing kek. Tak sedap langsung.

Itu jam, merungut pun tak guna. Biar baik punya kipas bontot makcik kantin pun.

Perrghh...rasa macam nak start kereta pergi Bangi makan nasi beriyani Anje sekarang ni!

Thursday, February 04, 2010

Lost Snow - MONO

Petang tadi. Tengah sedap gua layan mata yang tengah mengantuk tahap teleng teleng kepala, gua buka page Facebook gua. Untung untung nasib, ada makwe seksi request untuk jadi kawan. Sedap sikit mata gua buat maksiat. Err...maksud gua, segar sikit mata gua.

Tup! Tup! Memang tulisan 1 friend request menyala. Nasib baik tak berkelip kelip warna merah. Gua dah berdebar-debar. Macam tau tau pula gua niat tadi.

Dengan gerakan slow-mo, gua sorong mouse gua ke penjuru kanan sebelah atas page Facebook gua. Latar belakang ada sound effect cerita Jaws. Ngeri juga.

Bila gua klik je tulisan 1 friend request, ada gambar makwe, mata bundar, rambut ikal, hidung pesek sikit, ada lesung pipit. Dalam gambar tu ada baby dalam 3 atau 4 bulan lebih kurang.

Debaran gua semakin kencang. Tapi tak la sampai rasa nak tercabut jantung. Debar debar rileks orang kata.

Bukan setakat gambar makwe, mata bundar, rambut ikal, hidung pesek sikit, ada lesung pipit dan ada baby dalam 3 atau 4 bulan lebih kurang, sekali dengan mesej.

"Berani, approve!!"

Gua yang pada awalnya, malas untuk approve. Sebab gua tahu akan implikasinya, otak gua akan jadi sikit biol dan hati gua akan jadi sedikit remuk.

Kotak pandora maya yang gua label dengan nama dia yang dah gua simpan baik baik, seal baik baik menghamburkan helaian demi helaian kenangan pahit, manis dan masam secara auto.

Dek ego kejantanan gua terjentik, dengan selamba gua klik "approve". Tak sampai seminit, kotak perbualan pop out. Nampak sangat excited nak berbual.

"Susah jadi orang sweet ni." getus hati gua.

[,]

Sudahnya, sambil sambil gua dengar MONO dalam kereta, sambil sambil menghembus asap Dunhill Light ke udara, gua tune semula otak dan hati gua jadi lebih kental.

Wednesday, February 03, 2010

...

Sekarang ini. Bila gua pandang diri gua sendiri. Gua masih nampak ruang ruang kosong yang tak terisi. Porous sana sini.

Kepala gua serabut. Jiwa gua kacau.

Semua benda tengah tak kena sekarang ni.

Rasa macam nak penampor orang pun ada.

Monday, February 01, 2010

Masih demam.


Lagu gua ambil dari sini.

Lagu yang boleh gua dengar dalam repeat mode tanpa henti, tanpa makan, tanpa minum, tanpa merokok, tanpa SMS, tanpa phone call, tanpa internet, tanpa bantal, tanpa nasi lemak, tanpa mee goreng, tanpa teh tarik, tanpa kipas siling, tanpa Astro, tanpa Alfa Romeo dan juga tanpa seurat benang. Err...cerita lain.

Hanya gua dengan dia.