Friday, February 05, 2010

Sesekali teringat [3].

Dulu, zaman gua sekolah dalam felda, acara pergi sembahyang Jumaat antara acara yang agak thrill bagi gua dan juga dua puluh budak nakal yang lain. Dua puluh atau dua puluh lebih, gua tak berapa ingat dah. Ada juga antara kitaorang yang dah tak jadi nakal bila masuk tingkatan 5. Insaf la konon.

Itu jam, tingkatan 5. Lagi la besar kepala. Time pergi sembahyang Jumaat, mesti duduk seat paling belakang. Kaki sebelah naik atas kerusi. Tangan atas lutut. Nasib baik tak gigit rumput. Memang Jinggo habis. Budak junior skema nak jeling pun takut. Mana mana budak budak kuat surau, jeling lepas tu geleng geleng kepala. Rasa macam nak baling selipar Tat Sing tepat kena dahi.

Gua dengan budak budak lain, sedap dapat duduk. Kalau dah tak ada seat, memang junior jadi mangsa. Kadang kadang tak sempat cakap, junior dah bangun. Jenis takut kena pukul. Tak pun jenis takut kena nyanyi lagu 'demo loni tak supo mulo' waktu malam malam.

Bila dah sampai masjid, bukan reti masuk baca baca yassin. Masuk tandas. Satu tandas 2 orang. Pekena rokok sebatang dua dulu. Dia punya asap yang keluar macam tandas terbakar.

Sekali dah duduk, gua memang tak sedar apa. Tau tau, orang dah standby bangun nak sembahyang. Itu yang kadang kadang ada kes baca Al-Fatihah sambil tak rasa sebelah kaki. Semut semut.

Time balik. Antara yang paling mencabar fizikal. Kadang kadang gua rasa macam Amazing Race Asia pun ada.

Orang lain beratur panjang panjang, gua standby depan pintu. Bila dah masuk semua orang, sampai dah beratur sampai tangga, gua dan kuncu kuncu bergayut depan pintu. Sebelah kaki dalam bas, sebelah lagi kat luar. Tangan kanan pegang besi.

Nak main ngelat sikit. Habis habis sembahyang, terus tuju kereta suami pengetua. Mazda Familia. Bila cukup empat orang, sure, orang kelima kena halau. Laju sikit. Tak payah nak tunggu budak budak habis beratur.

Bila dah masuk kawasan sekolah, mana yang bergayut dekat pintu terus lompat sebelum bas berhenti. Macam stuntman. Terus lari ke arah dewan makan. Tak ingat apa dah. Macam zombie nampak manusia. Yang tak berlari, berjalan laju. Konon nak nampak sopan.

Ini semua berlaku adalah untuk mendapat tempat pertama atau terawal ketika beratur untuk makanan tengah hari sebaik sahaja balik dari sembahyang Jumaat. Mana boleh duduk belakang belakang.

Nanti, nasi beriyani tinggal kerak, ayam masak merah dah tinggal kecik kecik bahagian tak ada daging. Sirap bandung soda pula dah tinggal kurang manis sebab ais dah cair campur sekali jadi air. Aiskrim vanila pula dah tak macam aiskrim, macam icing kek. Tak sedap langsung.

Itu jam, merungut pun tak guna. Biar baik punya kipas bontot makcik kantin pun.

Perrghh...rasa macam nak start kereta pergi Bangi makan nasi beriyani Anje sekarang ni!

3 comments:

Cik-Gie said...

ye budak lelaki memang gelojoh balik mesjid. lagi2 senior!
;p

sid sienna said...

sorry la, nasi beriyani tinggal kerak tu sbb kiteorg la kot.. lupe laks korang x mkn lagi.. haha... tp kiteorg penah main layang2 sampai blok lelaki tau mase korang semayang jumaat.. time tu bdk2 perempuan lain tgh jemaah kt surau, kiteorg jemaah lbt skit.. :)

Rembo said...

pegh...the untold stories ni!