Wednesday, February 17, 2010

Tragedi limau Mandarin.

Jumaat malam. Perjalanan pulang ke King of Parit. Gua balik dengan boss Revulsion Records, orang rumah Revulsion Records dan juga orang kanan Revulsion Records. Dia orang satu kereta, gua sorang sorang satu kereta.

Dia orang kereta baru. Bau aircond pun masih bau plastik. Tayar pun belum luak lagi. Minyak silinder pun belum hitam. Itu pasal bawak 80 km/j kat PLUS Highway. Gua follow belakang, rasa macam nak bawak kereta sambil mengiring ke sebelah kiri. Bosan.

[,]

Lepas kena kopi 'O' kat R'N'R Pagoh, mata gua dah bulat balik, badan bertenaga semula, otot otot mula mengeras semula, gua menyambung perjalanan semula.

Baru 5 minit menyambung perjalanan, gua manjang sendawa ikut mulut. Kadang kadang sendawa ikut punggung. Ini perkara luar tabi'i bagi gua. Tiba tiba banyak angin dalam badan ni apa hal?

Selang beberapa minit terasa pedih kat bawah rusuk sebelah kiri gua. Macam di hiris hiris perut gua dari dalam. Kadang kadang rasa macam nak buang air besar. Selang beberapa minit lepas itu, dah tak rasa dah.

Gua terdiam. Fikir. Macam kenal simptom ini.

[,]

Putar semula 2 3 minggu lepas.

"Nasib baik muat bakul motor gua. Adjust baik punya."

"Apa bendanya?" gua tanya.

"Ni ha. Sekotak limau Mandarin. Bos gua paksa bawak balik." jawap Tom sambil letak kotak warna merah atas ketuhar mikro.

"Baik-lah! Baru betul raya cina macam ni."

Sejak hari itu, gua dengan Tom, tidak berlapar. Pantang lapar, limau mandarin sebesar penumbuk orang dewasa menjadi santapan. Tak cukup dengan sebiji. Sekali hadap, 3 4 biji. Baru kenyang. Itu pun semua masam. Pun jadi. Apa ada hal. Janji kenyang.

Dan semenjak beberapa hari lepas itu juga Tom makan ubat sakit perut. Gastrik. Susu UHT sana sini. Sampai melimpah keluar bakul sampah.

[,]

Sambil meneruskan perjalanan ke King of Parit, sambil sambil gua teks Tom.

"Gua rasa boss lu dah suntik racun dalam limau Mandarin lu bawak balik hari tu. Dia nak lu mati secara perlahan sebab berhenti kerja."

Sudahnya, hari hari gua minum susu UHT. Langkah pencegahan.

Dan, sejak itu, rasa benci gua terhadap limau Mandarin meluap luap. Sama dengan rasa benci gua terhadap ahli politik di Malaysia.

8 comments:

laki cikgu kimia said...

biasa la ade angin sikit kat rusuk kiri. ruang kosong.

Rembo said...

oh dear. sungguh sentap statement anda itu.

ainfazrin said...

wah. terbuntang mata jap tgk komen 1st. hehe.

raya cina ni aku tak jamah pun limau mandarin. tengah menggila makan betik ada la. mungkin kesan tempias novel FT- tunggu teduh dulu. hahaha.

.Gha A. said...

gua x jamah langsung limau mandarin kali ni.sebab dengar baka diaorang tak baik taun ni.

Rajuna said...

gua sebagai pendatang baru di arena gastrik ingin berkongsi pengalaman. gua pernah rasa dia punya angin dari rusuk naik ke ketiak naik ke bahu!

the best part is sendawa. berpuluh kali mungkin tak kurang seratus kali sehari.

Anonymous said...

poser limau mandarin...aku ok je...

-parit raja jugak-

Rembo said...

ain - FT tu faizal tahir ke? he he he

gha - itu la. gua saspek dpt yang buang buruk punya ni.

juna - itu la tu. manjang sendawa, hilang kredibiliti i sebagai teruna sopan.

ainfazrin said...

kalo FT yang tu, tajuk novel dia mungkin 'tayang tummy dulu'. haha.