Tuesday, February 09, 2010

3 hari lagi.

Malam tadi, Chuck Palahniuk tidurkan gua. Jam 8 lebih. Dengan tulisannya tentang Cassie Wright. Dan juga Mr 72, Mr 137 dan juga Mr 600. Sangat kelakar buku Snuff ni.

Bersama dendangan muzik muzik indah dari kugiran tanpa vocalist. Serta lampu pendaflour yang terbuka sepanjang malam temankan gua.

Tersedar jam 640 pagi, dengan jeritan Zach De la Rocha menjerit 'Wake Up' berkali-kali sebagai alarm, dengan tulisan 'selimut kulit babi woi!' pada paparan handphone gua. Lantas gua lompat dari katil dengan lincah. Macam Bruce Lee.

[,]

Kejadian "Morning Wood" atau "Morning Tent" pagi pagi time lepas bangun tidur itu kejadian normal. Lelaki sihat. Sains ada bukti.

Tapi, terngiang-ngiang suara Black jerit 'aku rinduu....sayang kamuuuu...' itu tidak berapa normal. Nak nak time tengah kumur kumur Listerine sambil check jerawat di muka dalam tandas.

4 comments:

marinirafar said...

hhahha. bersahaja dan menghiburkan. pasti CP sudah meresap masuk masa tidur.

Rembo said...

err...bersahaja dan menghiburkan tu untuk i ke untuk CP? kelakar tau SNUFF ni.

dewajiwa said...

fuh. lu dah balik pada gaya lu yang best.
siot lah lagu Black tu memang potong.

Rembo said...

dewa - lama juga gua nak tune hati dengan otak gua kembali pada landasan yang betul ni.