Thursday, February 11, 2010

Indah juga lagi beberapa hari nak raya ni kan?

Perangai gua tidur pakai boxer, tak pakai baju, pegang towel, lampu tak tutup, PC dalam keadaan ON, winamp main lagu post rock dari band segenap benua, dengan tak makan malam, jam pukul 8 lebih semakin menjadi jadi.

Gua pun tak tahu apa pasal jadi ini macam. Sampai kan, Penari Kecil call pun gua tak sedar. Sorry. Nanti gua balik, kita makan sate sama sama. Ok?

[,]

Gua sedar sedar dah pukul 5 pagi. Lantas gua lompat gaya Bruce Lee dari katil, berlari lari anak kearah tandas. Pakai kain pelikat paras dada, perform solat Isyak pukul 5 pagi. Apa nak jadi kau ni BO!!!

[,]

10 minit lepas tu, gua duduk kat tangga sambil tunggu air masak kat dapur. Pekena nescaffe sambil tengok team budak budak yang commentator sebut sebut-kan dua minggu lepas baru ngam. Nak nak perut gua tak berisi dari pukul 5 petang semalam.

[,]

Sejam lepas tu, gua sibuk iron kemeja belang belang warna merah-putih untuk di pakai ke pejabat sebagai tanda meraikan kemenangan. Kalau gua pakai jersey pergi kerja, tak patut pula gua rasa. Mau kena lempang Chinese New Year, tak pasal-pasal.

Eh, kalau tak gol sendiri, satu team lagi tu kalah kot. Kan? Gua cakap je.

Settle.

7 comments:

iyan said...

alar...
org sepak tahan pakai tangan ape cerita?
main bola sepak ke main bola tampar?
ke lu nk kena penampar?

Rembo said...

aii marah? gua cakap team notthingham forest la. game coca cola cub.

Rajuna said...

sudah-sudah la tu. kita budak-budak johor jangan nak bercakar. mari kita fikirkan nasip johor fc dan pasukan johor.kenapa kicap jalen tak tambah dana?

Rembo said...

baik cikgu.

iyan said...

gua isu bola ni sensitif sikit...
rasa macam nak penampar cikgu juna!

j or ji said...

Johor ada team bola ke? tak perasan pulak.
nway, mental lemah sangat pertahanan lawan, tu yg own gol tu.
macam ...

Rembo said...

macam portsmouth! Lembik.