Wednesday, February 10, 2010

Land of the Rising Sun - Permulaan.

Bulan lepas. Bertempat di kaunter check in, lane berapa gua tak ingat, di KLIA. Yang penting, Singapore Airlines. Gua dengan budak sales pejabat gua tengah sibuk nak check in.

"Would both of you like to sit at upper or main deck sir?"

Gua pandang budak sales pejabat gua sambil buat muka puzzled.

"Hmmm...upper deck." budak sales pejabat gua bagitau amoi kaunter Singapore Airlines.

"Kita try upper deck la bro. Since this is Airbus A380. Biggest plane on planet." kata budak sales pejabat gua sambil senyum senyum excited.

"Gua ok." jawap gua sambil dalam hati gua bukan peduli sangat pun kapal terbang besar ke, airbus ke, Boeing 737 ke. Gua tak peduli. Asalkan ada peramugari yang muka pan-asia kulit putih gebu suka senyum sambil bagi jus oren sudah.

"Ok sir. This is your boarding pass. From KL to Singapore, we like to serve you with our normal plane and from Singapore to Japan, we will serve you the Airbus. Enjoy our great hospitality on the plane sir." terang amoi kaunter Singapore Airlines panjang lebar sambil senyum tak lekang di bibir.

"OK. Thanks." jawap gua dengan budak sales pejabat gua serentak.

"Err..one more thing sir, your luggage will directly to Narita. For your informations."

"Ok." jawap gua.

[,]

Setengah jam kemudian, gua dah duduk dalam kapal terbang. Gua pandang tingkap sebelah gua, malam baru mula merangkak. Gelap tak berapa gelap sangat. Kat bawah, gua nampak pekerja pekerja KLIA tengah sibuk.

Ada yang sibuk dengan lori mini angkut beg, ada yang bawa lori tangki mini. Dalam banyak banyak pekerja, gua cari cari juga mamat yang selalu jadi signal kapal terbang. Entah apa nama pekerjaan ini gua tak tahu. Tapi tak nampak.

Bila kapal terbang dah mula bergerak, gua dah tak pandang luar. Gua lebih ke pramugari pramugari berkulit gebu lagi mulus dan bermekap tebal. Manjang gua senyum senyum macho. Kadang kadang, berdebar juga hati gua ni.

[,]

Ah, tiba tiba gua teringat lagu sedih nombor dua gua. Dont Speak-No Doubt. Potong betul! Lain kali la gua sambung cerita.

5 comments:

Lil^GriZzLe said...

Dijemput ke rumah gua hari Sabtu ni, dalam jam 11 pagi. Ada sikit majlis. ehem :)

dewajiwa said...

agaknya mamat yang kasi signal tu dipanggil Flagman lah. lagu sedih no. 2? rancak lagi lagu tu. lagu Running lagi sedih.

Rembo said...

jiha - umah mana? JB ke Parit Raja?

dewa - lirik dia sedih wooo!

jo said...

lama jugak tu kena layan perasaan dalam kapo terbang..

Rembo said...

maksud gua, lagu tu cross my mind time gua taip entri ni.

he he he