Tuesday, March 30, 2010

Aku Tak Marah.

Sejak dua tiga hari lepas ni, makin menjadi jadi pula sedap dia gua tidur atas katil hotel ni. Manjang tak sedar. Tahu tahu, terlambat. Sama macam pagi tadi.

Niat gua lepas Subuh, nak juga selak selak nota untuk kerja gua ni. Kot boleh cover mana yang gua tak tahu lagi. Padahal memang ada dua tiga benda gua was was lagi.

Dek gua tersedar pukul 830, langsung tak sentuh nota. Terus masuk beg. Siap siap, pergi kerja.

Dalam perjalanan gua berdoa. Benda yang gua kena check kat mesin gua tu masih dalam specs. Jadinya tak perlu gua buat kerja yang gua belum study.

[,]

Gua langkah laju masuk kilang customer gua. Semua muka muka manusia production floor yang biasa hisap rokok kat smoking area dah masuk. Tanda gua dah lambat.

Separuh jalan, gua patah balik ke kereta. Ada barang tertinggal. Hati gua jadi tak sedap lantas berdoa semuanya akan ok, semuanya akan ok. Berkali kali.

[,]

Peluh masih melekat pada jumpsuit gua. Ada manik manik jernih pada dahi gua. Gua lap. Measuring tools kat tangan gua. Perlahan gua letak atas chuck table nombor 1. Berkali kali gua check. Result, masih menunjukkan kearah 0. Dalam specs.

Chuck table 2. Pun sama. Jarum measurement tools gua tunjuk nombor 0. Chuck table 3 dan 4, menunjukkan arah 2. Sama.

Kesimpulannya, semua masih dalam spec dan gua tak perlu buat kerja yang gua masih was was.

Tak semena mena lagu Aku Tak Marah dari Arrow bermain-main dalam kepala.

[,]

Sampai ini jam, Aku Tak Marah bermain main dalam kepala gua. Dan sampai sekarang gua marah dengan ingatan gua sebab lagu Aku Tak Marah ni.

Demmit.

Monday, March 29, 2010

Cast Away.

Hidup keseorangan di PULAU Pinang tanpa kenalan rapat dan sahabat handai serta jauh dari keluarga dan cinta dan pelbagai masalah timbul buat gua rasa macam Tom Hanks dalam filem Cast Away.

Mungkin gua patut mula untuk cari sesuatu to encourage me stay alive and start write something to the wall.

*gambar diambil dari sini.

Saturday, March 27, 2010

Karma, again.

Bila lu di beri satu projek. Untuk diselesaikan dalam satu satu jangka masa. Tapi, hati lu mula rasa tak kena. Itu tak kena ini tak kena. Tapi, lu tetap jalankan tugas walaupun hati rasa tak sedap. Lalu lu berkata,

"Ah, tak ada apa apa lah. Everythings gonna be alright."

Untuk sedapkan hati lu. Dan setiap malam sebelum tidur selepas berdoa, lu ulang ayat everything gonna be alright berkali kali. Dengan harapan esok akan bertambah baik.

Tapi.

Bila mula bekerja, satu satu masalah keluar. Timbul satu persatu. Bersilih ganti. Masalah demi masalah. Isu demi isu.

Bukan setakat kerja. Kehidupan peribadi dan juga segi kewangan. Dari sebesar besar perkara sampai ke perkara yang remeh temeh yang membuatkan lu lemas.

Dan, everythings seems not gonna be alright.

Lu mula terasa hopeless. Dan malas untuk pandang ke depan. Takut untuk hadapi masa mendatang.

[,]

Gua harap esok pagi, bila gua buka mata, gua akan jadi Edward Norton dan berada somewhere out there. Bukan atas katil bilik 1307, Hotel B Suite, Penang dengan kereta hitam yang tersadai rosak kat basement.

Friday, March 26, 2010

Colgate.

Tengah sedap gua layan tidur, tiba tiba lagu MONO dari telefon gua kuat berbunyi. Ah, makwe gua rupanya. Morning call. Gua usha jam kat satu lagi telefon, pukul 8. Masa untuk bangun.

Malam semalam gua sampai hotel pukul 1 pagi lebih sikit. Masing masing mata dah macam panda. Eye bag dan merah.

Itu jam, gua punya rasa, macam nak tidur sampai pukul 5 petang. Penat. Tengah sedap gua lentik menggeliat gaya budak budak sekolah sukan buat gymnastic, sambil gua cakap dengan makwe gua dalam telefon, satu otot belakang betis sebelah kanan dah mula nak buat simpul biawak.

Dengan pantas gua flick pergelangan kaki kanan gua bagi tak tegang sangat urat betis gua. Nasib baik sempat. Kalau tak, mau gua pergi kerja dengan kaki dengkot.

Lantas gua selak selimut, turun katil. Capai mineral water cap Summer, gua teguk dua tiga. Orang kata awet muda kalau buat gini.

Capai Dunhill Light, gua light sebatang. Buat duduk duduk atas toilet bowl.

Selesai hajat, gua pandang cermin besar. Dalam mamai mamai, gua capai berus gigi. Gua raba raba dalam gelas tempat gua letak berus gigi dengan ubat gigi.

Nah, ubat gigi cap Colgate bersaiz mini gua dah takde! Gua blur kejap. Gua cuba ingat ingat balik mana gua letak. Sudahnya, gua teringat gua dah buang. Habis.

Gua punya sibuk sampai ubat gigi habis pun gua lupa. Bedebah!

Tak pasal pasal gua berus gigi berubatkan Listerine warna biru. Biru juga gigi gua sekejap.

Demmit!!

Thursday, March 25, 2010

Huru Hara

Mata gua merah. Ada eye bag. Hilang selera makan. Kepala sakit. Belakang sakit. Misai dah tumbuh dua tiga helai yang panjang. Hari hari minum 100 plus.

Rambut tak terurus. Side burn tak sama belah kiri dengan kanan. Baju tak berbasuh. Underwear bersepah sepah. Tidur dalam aircond pun berpeluh.

Muka pucat. Kaki sejuk. Kadang kadang bangun pagi rasa macam nak kena simpul biawak kat otot betis.

Hari hari kerja dekat atau lebih 12 jam.

Ini projek gua paling mencabar dan paling tak terurus dan paling banyak kena marah dengan bos time dinner. Langsung tak best!

Monday, March 22, 2010

Turun.

Kadang kadang...errr...setiap kali sebenarnya. Setiap kali gua down dengan karrier gua, gua rasa macam nak berhenti kerja.

Tak payah kerja. Duduk rumah. Kunci bilik dari luar. Anak mangga, gua suruh budak budak rumah gua buang jauh jauh.

Siap siap dengan makanan, dapur gas, peti sejuk mini. Fully loaded dengan makanan segera. Mee segera, Milo segera, karipap segera, ketupat segera.

Kerja gua baca buku. Kadang kadang lukis lukis. Untuk untuk boleh jadi macam Jean Michel Basquiat. Tak pun macam Andy Warhol. Tak pun Roy Lichtenstien.

Terasa nak jadi macam Dave Ghrol pun ada. Hari hari berlatih main gitar. Melalak sorang sorang dalam bilik. Asah suara. Drum, tak payah. Bagi orang lain.

Terasa nak kerja jadi DJ pun ada kadang kadang. Gua tak berapa hot takpe, janji perut gua dengan makwe makwe sebelah gua hot.

Terasa nak mengembara pun ada. Dah kaya esok, boleh gua buat rancangan jalan sana sini. Macam Mawi.

Terasa nak jadi penulis buku pun ada.

Terasa nak kerja kat JKR pun ada.

Terasa nak jadi penceramah induksi pun ada.

Terasa nak jadi pembikin hotrod pun ada.

Terasa nak buat clothing label sendiri pun ada.

Terasa nak meniaga kat Downtown Cheras pun ada.

Perghh...gua dah makin mengarut. Gua tengah down.

Sigh~

Thursday, March 18, 2010

Singaporean, am i?

Semalam petang. Petang tak petang sangat. Dalam lepas lepas lunch macam tu. Tengah sedap gua buat connection kat mesin gua. Salah seorang vendor a.k.a contractor, out of nowhere, out of the blue tegur gua.

"Bos, bos! You speak Mandarin or Cantonese?"

Gua, muka puzzle. Diam sekejap.

"I cant speak both." gua balas.

"Owh ok." lalu dia belalu pergi.

Gua terfikir. Muka gua ada macam muka chinese ke? Sekali lagi. Ke area mata gua memang ada iras iras manusia darah chinese? Ada chinese chinese look gitu.

Itu jam juga buat gua rasa macam nak mengurat amoi. Baik punya.

Itu jam juga gua rasa macam ada makhluk halus cuit bahu gua lantas berkata,

"Psst...lu dah ada makwe la. Mana mau campak itu makwe lu selalu panggil Penari Kecil punya?"

Lantas gua terbayang muka makwe gua tengah cekak pingang tangan sebelah sambil goyang goyang jari telunjuk tangan sebelah lagi buat gaya 'oooo...gatal'.

Demmit!

Wednesday, March 17, 2010

Tersadung.

Sejak dari pagi tadi gua manjang tersadung. Keluar shower hotel gua time mandi pagi, tersadung partition untuk shower area. Gua naik dari basement, tersadung bidai pintu. Gua kat dalam kilang tadi, tersadung pallet jack.

Gua dah risau. Apa kena pun tak tau.

[,]

Lepas rehat rehat maghrib, gua lincah. Turun bawah, keluar dari bilik. Melly, ikut sekali. Tujuan gua dua. Satu, Shell. Kereta hitam gua punya lampu minyak dah menyala-menyala. Sejak duduk Penang ni, gua jarang isi minyak. Tak berapa luak sangat.

Dua, Giant. Barang barang untuk kerja gua masih tak cukup. Cable tie gua dah habis. nak cari kedai hardware, mana ada buka malam. Dan Giant sahaja yang gua terlintas.

Esok gua kena 'bermain main' dengan tube dan hose mesin gua. Kang tak molek di pandang customer kalau bersepah sepah gua punya tube dengan hose atas lantai kilang dia orang.

Kerja biar kemas.

Sambil sambil gua cari cable tie, gua capai bateri saiz AA cap Giant. Janji murah. Gua bukan nak buat mancing pun. Setakat suluh suluh bawah mesin. Tak payah A sangat.

Lepas tu gua capai biskut dalam kotak. Dengan roti sekali. Buat sarapan. Senang. Dan pantas. Tak payah gua round dua tiga kali untuk cari parking depan Kayu Nasi Kandar cawangan Bukit Jambul.

Selesai gua buat pembayaran, gua rasa macam ada benda pelik. Gua cari cari tempat letak beg plastik tak ada. Haram. Cashier tu pun buat selamba tag harga customer belakang gua yang beli beras.

Cis, Giant kat Penang ni memang dah apply tak guna plastik kot?! Gua mana tahu. Kalau gua tahu, gua bawa tot-tee bag gua siap siap dari Kelumpo.

Dek keegoan gua. Gua selamba pungut barang barang gua masuk dalam poket seluar Volcom bercorak camo gua tanpa tanya cashier. Nasib baik gua pakai seluar ada side pocket.

Roti gua pegang. Biskut dalam kotak gua kat side pocket kanan gua. Cable tie dengan bateri dalam side pocket sebelah kiri.

Disebabkan ego gua sedikit tercalar, gua balas dendam dengan makan malam kat KFC. Lepas tu menyesal.

Haraaam!

[,]

Kalau gua tersadung lagi lepas ni, gua nekad malas keluar dari bilik!

Sunday, March 14, 2010

Observation

Dek kebosanan gua bercakap dengan dinding dan juga Melly (kawan imaginasi) gua putuskan untuk keluar dari tempat persembunyian gua bernombor 1304. Tambahan, rasaksa dalam perut gua dah mula mengamuk minta makanan.

Lepas bagi makan rasaksa dalam perut gua dengan nasi tomato dengan ayam masak kicap, gua mula mewarnakan town Bukit Jambul dengan Bayan Baru dengan warna merah.

Hasil pemerhatian gua;

1. Penang adalah salah satu tempat paling panas dalam sejarah penetapan gua.
2. Queensbay Mall itu adalah Mid Valley tanpa stesen komuter, The Gardens tanpa butik Evisu, One Utama tanpa taman yang ada ikan kap Jepun dan juga Jusco Tebrau City tanpa Johor Bahru. Dan juga parking yang boleh buat main bola petang petang dengan 100 orang sebelah.
3. Kompleks Bukit Jambul itu adalah Plaza Alam Sentral cawangan Penang dengan syurga DVD dan juga kedai Reject Shop yang mempunyai papan tanda retro.

Esok esok gua jalan tempat lain.

Gua semakin sangap.

Demmit!

Saturday, March 13, 2010

Promo.

Kepada muda mudi peminat muzik. Tak kisah lah muzik apa pun. Indie ke, hardcore ke, metal ke, trash ke, punk rock ke. Kalau kaki gig, lu orang mesti pergi gig tak kira apa.

So, untuk warga Batu Pahat atau dulu budak budak senior asrama gua yang kaki perempuan suka tulis Chisel Rock, geli gua, sila usha link ni.

Amacam? Ada BBQ. Musik dan puisi. Cara ah!

Sempat lagi kumpul duit.

Tak tahu nak kesana? Google map. Senang je. Teknologi hujung jari.

Thursday, March 11, 2010

11 tahun lepas punya cerita.

Pagi itu, gua bangun awal. Sebelum subuh juga la gua bangun. Mata dah rabak. Kepala pusing sikit. Mana taknya, balik niaga burger dekat kolam pancing ikan keli saja dah pukul 2 3 pagi. Baru berapa jam tidur.

Bapak gua dah standby minum kopi kat meja makan.

Gua selak baju baju dalam gerobok. Gua ingat nak smart sikit. Smart dalam definisi hardcore gua sendiri. Lantas, gua capai baju kemeja turquoise gelap. Ada motif bunga bunga banyak stail baju kemeja tepi pantai.

Seluar Dockers bundle cutting baggy bawah kecik warna biru gua sarung. Seluar cutting ni pun memang tengah 'in' itu jam. Baru bergaya.

Itu jam, budak budak King of Parit, memang suka pakai baju stail ini. Nak nak yang label diri sendiri budak budak hardcore.

Rantai silver 925 sebesar jari kelingking yang gua pinjam daripada salah seorang kutu King of Parit gua simpan kemas dalam poket seluar. Nanti boleh pakai. Baru bujang!

Rokok, gua tinggal dalam laci. Apa gila nak bawak rokok bila duduk dalam kereta sebelah bapak gua!

[,]

Gua tengok muka geng geng 'unta' tengah berkecamuk. Berdebar debar mungkin. Ada yang masam. Ada yang senyum paksa. Ada yang muka macam tengah tahan berak.

Gua. Steady.

Tiba-tiba,

"Weh, result dah boleh ambik!" ada budak skema kelas mana yang jerit gua tak ingat.

Geng geng 'unta' langkah perlahan menuju dewan besar. Steady. Gaya masing masing memang bujang habis. Dah habis sekolah.

Sampai dewan besar, gua berdiri kat pintu paling belakang. Seorang seorang gua tengok naik pentas ambil result. Dari budak budak biasa, sampai ke budak budak surau, sampai ke budak budak skema, sampai ke 'anjing maktab', sampai ke geng geng 'unta'.

Macam macam gaya muka ada. Senyum. Ketawa. Menangis kegembiraan. Menangis sedih. Yang buat gaya 'yess!'. Yang julang julang kertas. Yang buat sliding gaya rockstar. Ok ni gua tipu.

Macam macam.

Gua masih berdiri depan pintu dewan paling belakang. Geng geng 'unta' pun dah ada yang sama macam budak budak lain.

Ini jam, gua punya rasa, macam nak lari ada, macam nak keluar pisau lipat lepas tu potong pergelangan tangan pun ada.

Cuak. Cuak nak mampos. Nak nak teringatkan time paper Biologi yang gua jawap dua tiga perkataan untuk setiap soalan bagi bahagian subjektif.

Nak nak bila ada antara geng geng 'unta' yang dapat result aggregat bawah sepuluh. Budak budak 'power'. Bertambah tambah cuak gua.

[,]

Kertas result kat tangan gua. Gua pandang satu banner depan gua. "SPM 1999. Target: 100% pangkat 1!." Dalam juga gua pandang banner itu. Jangan gua yang spoil maksud banner ini dah. Cuak.

Itu jam, gua dah gigil macam penagih tak dapat 'barang'. Gua koyak sikit, hujung. Bucu bawah sebelah kiri.

[,]

Petang itu juga bapak gua belanja makan KFC kat Segamat dalam perjalanan balik rumah.

Tapi, sekarang ni, gua keliru. Aggregat gua dulu 22 ke 18. Demmit! Gua semakin jadi pelupa sekarang ni!!

Tuesday, March 09, 2010

Sepetang di King of Parit.

Sabtu petang. Lepas sedap gua buat pre-dating, minum minum secara ringkas sebelum azan maghrib, gua pun hantar makwe gua ke kereta sambil gua pulas pulas secara perlahan lahan throttle motor Lagenda gua gaya rempit King of Parit sebelah kereta dia.

Tiba-tiba,

"Nah. Ini untuk mak awak, ini untuk awak." sambil makwe gua bagi satu beg plastik dan satu beg kertas.

"Mende apa pulak ni?" gua bernada pelik campur geram. Sambil usha barang barang dalam beg.

"Kain. Buat baju kurung." terang si makwe.

"Perghh...ini bahaya punya lobi ni!"

"Hi hi hi." tersengih sengih makwe gua.

"Yang ni, buat pe pulak?" sambil gua usha madu satu botol besar dalam beg plastik.

"Minum la. Pagi pagi. Untuk kesihatan. Kang nak kerja kuat kat Penang kang. Kalau nak minum, jangan guna sudu besi. nanti khasiat dia kurang." terang makwe gua.

"Yelah. Tq."

"Welcome." jawap makwe gua.

"Eh, ni nak campur dengan telur ayam ke tak ni?" gua tanya bernada serious.

"Grrr...!!" bunyi makwe gua sambil menjengilkan mata.

Gua, gelak sambil pecut motor Lagenda gua tanpa toleh kiri kanan, masuk jalan besar gaya Mike Doohan ambik lap. Nasib baik tak ada pasir dekat simpang, kalau tak, terbongkang juga gua di kala Maghrib.

Lantas gua sambung minum dengan ahli meja bulat dekat kedai Badut.

Settle.

Monday, March 08, 2010

King of Parit.

Gua tengah rileks rileks tunggu Penari Kecil balik kerja.

Tapi, belum belum, hati gua dah rasa berat nak balik Rumah Atas Bukit.

Sigh~

Wednesday, March 03, 2010

Budak budak sekarang panggil 'kicks'.

2 minggu lepas. Gua lepak kat office. Kerja kat kilang belum ada. Tapi gua agak sibuk buat arrangement untuk ke Pulau Pinang. Satu customer sudah beli mesin gua. Maka terpaksa gua pasang dan support selama beberapa bulan di sana.

Bila gua buat arrangement, pergerakan gua kena pantas. Misalnya, turun naik tangga dengan kadar yang laju. Siap dengan kertas kat tangan. Pen sangkut kat celah butang baju.

Sekejap sekejap turun. Lepas itu, naik balik. Turun balik, naik balik. Kejap jumpa budak sales, kejap bincang dengan bos kecik gua kat atas.

Sibuk.

Tengah sedap gua turun. Dengan kadar yang agak laju. Stail lompat 2 3 anak tangga sekali. Tiba tiba, gua rasakan tapak kasut gua tak berapa grip ke marmar tangga. Licin. Kosong. Macam pijak angin.

Beberapa mili saat, peluh besar timbul tepi dahi gua. "Alamak, jatuh ni." bisik hati gua.

Lantas, dengan hasil usaha bermain ragbi selama beberapa tahun yang mengajar gua berfikir secara kritikal campur dengan hikmat meringankan badan, gua akhirnya berjaya menstabilkan badan dan berpijak pada dunia nyata.

"Phew!" nasib baik gua tak jatuh tadi.

Sampai sampai bawah, sebelum gua jumpa budak sales, gua angkat kaki, check tapak kasut Reebok Classic gua.

"Hmmm...padanla. Haus dah. Time to change." bebel gua sendiri sambil sambil senyum sendiri sambil geleng geleng kepala.

Dah dekat 2 tahun Reebok Classic gua berkhidmat rupanya.

Tapi, masalahnya, bila gua buka web streetwear ni, pening pula kepala gua nak pilih mana satu.

Kerja gua tak memerlukan gua pakai kasut kulit berwarna hitam dan mempunyai tumit. Tersangat pejabat kasut tu. Tak minat I!

Lantas gua keliru, macam biasa biasa.

Tuesday, March 02, 2010

Mencemar pusat penggantungan baju gua.

Pagi semalam. Gua bangun tidur. Badan berlengas. Panas. Gua lincah turun tangga stail lompat 2 3 anak tangga sekali.

Siap mandi, gua tenung gua punya pusat penggantungan baju. Gua amik masa lama juga duk fikir nak pakai baju mana. Rata rata warna hitam dengan biru tua. Putih dua tiga helai. Kelabu sehelai dua. Gua cerita baju berkolar.

Ini adalah warna tema diri gua dari zaman gua remaja. Warna warna cerah macam kuning, hijau muda, merah, oren, light blue, light purple memang tak pernah terlintas langsung dalam kepala gua. Malahan ada rasa sikit benci. Mungkin sebab kulit gua sawo rentung yang buat gua rasa tak berapa sesuai.

Baju kemeja lain cerita. Semua stail western shirt. Petak petak. Jalur jalur kebawah pula ada sehelai dua. Yang plain ada satu. Buat standby kalau kalau ada interview masa hadapan.

Sambil gua usap usap perut, gua masih buntu nak pakai baju yang mana. Tolak warna hitam dengan biru gelap. Sekarang ni, cuaca, memang panas.

Kalau tengah hari tu, letak kuali leper atas jalan tar, letak minyak sikit, pecah telur, gua rasa boleh masak itu telur.

Nak pakai yang warna warna cerah sikit, semua stail fit kat dada dengan lengan. Ada juga yang dah fit bahagian perut gua. Susah la gua. Gua nak pergi kerja, bukan majlis semi formal.

Sudahnya, gua pakai baju company gua kain dri-fit warna biru gelap.

[,]

Gua dengan Chong berjalan menuju ke kereta dari Texas. Jarak dari guard house Texas ke kereta tak sampai 200 meter. Tapi, dia punya peluh, kalah gua buat sit up 10 kali. Kain dri-fit baju gua pun tak dapat membantu.

Dalam kepala gua, gua kena dapatkan baju kerja baru. Tema, warna warna musim panas. Sebab Malaysia sangat panas sekarang ni.

[,]

Dan, secara tiba tiba bila gua sampai rumah, masuk bilik, gua buka beg gua, keluarkan segala pembelian dari The Mines yang gua singgah on the way balik rumah, gua terkejut.

Satu, gua 'ter'beli baju warna turquoise yang tak berapa cerah sangat.

Dua, gua punya baju ada yang bersaiz XL. Gua saspek ini sebab baju punya cutting, bukan perut atau saiz badan gua. Mana mungkin!

Ini semua global warming punya pasal!

Monday, March 01, 2010

Kerja tepi gua.

Dalam kerja gua. Hari hari gua kena pakai smock atau bunny suit kalau gua masuk production line. Kena kalau kerja berat sikit, balik rumah sibuk sental tangan dengan sabut buat hilang habuk silicon yang melekat celah celah kuku.

Masuk production line memang menarik. Selain aktiviti menservis mesin, mengacau operator yang manja manja kucing juga adalah pekerjaan utama gua. Nak nak yang hot dari seberang. Sekali gua cakap Jawa, terus ramah.

Part paling best, bila gua keluar dari production line, time operator habis break, semua gadis dan juga mak gadis tengah pakai bunny suit, gua keluar, semua mata tertumpu. Mata masing masing bergerak ikut gua berjalan.

Dan biasanya suara suara yang gua dengar.

"Penat ke? Nak I urutkan?"

Gua senyum. Sambil gua cari cari dari siapa. Rami sangat. Dah la semua tinggal mata je yang nampak.

"Alalala..sian abang ni penat kerja sampai hitam bunny suit dia."

Gua senyum lagi.

"Mintak nombor telefon boleh?"

Gua senyum lagi. "Boleh." gua layan.

"0-1-2...6-3-4...he he he" pecah ketawa diaorang. Gua pun gelak sama.

Paling horror, gua pernah kena jerit dari terowong angin sambil kena sembur angin.

"ABAAANGGGG. MINTAK LA NOMBOR TELEFON!"

Gua balas dengan lambai tangan sambil senyum.

Dan biasanya, waktu waktu ini, secara automatik, perut gua akan lagi kempis dari biasa dan dada mengembang beberapa mm. Gua pun tak pasti kenapa.