Thursday, March 11, 2010

11 tahun lepas punya cerita.

Pagi itu, gua bangun awal. Sebelum subuh juga la gua bangun. Mata dah rabak. Kepala pusing sikit. Mana taknya, balik niaga burger dekat kolam pancing ikan keli saja dah pukul 2 3 pagi. Baru berapa jam tidur.

Bapak gua dah standby minum kopi kat meja makan.

Gua selak baju baju dalam gerobok. Gua ingat nak smart sikit. Smart dalam definisi hardcore gua sendiri. Lantas, gua capai baju kemeja turquoise gelap. Ada motif bunga bunga banyak stail baju kemeja tepi pantai.

Seluar Dockers bundle cutting baggy bawah kecik warna biru gua sarung. Seluar cutting ni pun memang tengah 'in' itu jam. Baru bergaya.

Itu jam, budak budak King of Parit, memang suka pakai baju stail ini. Nak nak yang label diri sendiri budak budak hardcore.

Rantai silver 925 sebesar jari kelingking yang gua pinjam daripada salah seorang kutu King of Parit gua simpan kemas dalam poket seluar. Nanti boleh pakai. Baru bujang!

Rokok, gua tinggal dalam laci. Apa gila nak bawak rokok bila duduk dalam kereta sebelah bapak gua!

[,]

Gua tengok muka geng geng 'unta' tengah berkecamuk. Berdebar debar mungkin. Ada yang masam. Ada yang senyum paksa. Ada yang muka macam tengah tahan berak.

Gua. Steady.

Tiba-tiba,

"Weh, result dah boleh ambik!" ada budak skema kelas mana yang jerit gua tak ingat.

Geng geng 'unta' langkah perlahan menuju dewan besar. Steady. Gaya masing masing memang bujang habis. Dah habis sekolah.

Sampai dewan besar, gua berdiri kat pintu paling belakang. Seorang seorang gua tengok naik pentas ambil result. Dari budak budak biasa, sampai ke budak budak surau, sampai ke budak budak skema, sampai ke 'anjing maktab', sampai ke geng geng 'unta'.

Macam macam gaya muka ada. Senyum. Ketawa. Menangis kegembiraan. Menangis sedih. Yang buat gaya 'yess!'. Yang julang julang kertas. Yang buat sliding gaya rockstar. Ok ni gua tipu.

Macam macam.

Gua masih berdiri depan pintu dewan paling belakang. Geng geng 'unta' pun dah ada yang sama macam budak budak lain.

Ini jam, gua punya rasa, macam nak lari ada, macam nak keluar pisau lipat lepas tu potong pergelangan tangan pun ada.

Cuak. Cuak nak mampos. Nak nak teringatkan time paper Biologi yang gua jawap dua tiga perkataan untuk setiap soalan bagi bahagian subjektif.

Nak nak bila ada antara geng geng 'unta' yang dapat result aggregat bawah sepuluh. Budak budak 'power'. Bertambah tambah cuak gua.

[,]

Kertas result kat tangan gua. Gua pandang satu banner depan gua. "SPM 1999. Target: 100% pangkat 1!." Dalam juga gua pandang banner itu. Jangan gua yang spoil maksud banner ini dah. Cuak.

Itu jam, gua dah gigil macam penagih tak dapat 'barang'. Gua koyak sikit, hujung. Bucu bawah sebelah kiri.

[,]

Petang itu juga bapak gua belanja makan KFC kat Segamat dalam perjalanan balik rumah.

Tapi, sekarang ni, gua keliru. Aggregat gua dulu 22 ke 18. Demmit! Gua semakin jadi pelupa sekarang ni!!

7 comments:

penulis said...

kira ok kan result?sbb dpt mkn kfc..hehe

Rajuna said...

gua agregat 21 dengan satu haram subjek sains pun tak kredit. yang penting pendidikan seni gua A2. bapak gua yang ajar. rilek2 sudah!

jo said...

sekarang dah jadi orang..kira ok tu..

ainfazrin said...

SPM ek?

Bahasa Arab Tinggi: aku dapat 9G.
Tapi Tuhan Maha Adil, dia bagi gak aku masuk uia.

Tapi sampai final semester,paper Arab aku masih err..takpelah.

At least Bo, ko tak lembab macam aku. ko pelupa je.

hehe.

mimpiyangsempurna said...

18 la tu.. cos 22 tu bkn dh pangkat 2? haha.. geng2 'unta' tu sape? :D

laki cikgu kimia said...

gua trial pangkat dua tak cukup kredit. terkesan abis!

Rembo said...

penulis - itu pun antara yang paling down.

juna - ni kes anak beranak darah seni la ni??

jo - ahah!

ain - dulu punya cerita. sekarang ni tatau la gua.

shid - betul gak tu. tgk, benda tu lupa. demmit!

nas - tapi sekarang? OTW tu PHD. Perghhh...