Tuesday, March 30, 2010

Aku Tak Marah.

Sejak dua tiga hari lepas ni, makin menjadi jadi pula sedap dia gua tidur atas katil hotel ni. Manjang tak sedar. Tahu tahu, terlambat. Sama macam pagi tadi.

Niat gua lepas Subuh, nak juga selak selak nota untuk kerja gua ni. Kot boleh cover mana yang gua tak tahu lagi. Padahal memang ada dua tiga benda gua was was lagi.

Dek gua tersedar pukul 830, langsung tak sentuh nota. Terus masuk beg. Siap siap, pergi kerja.

Dalam perjalanan gua berdoa. Benda yang gua kena check kat mesin gua tu masih dalam specs. Jadinya tak perlu gua buat kerja yang gua belum study.

[,]

Gua langkah laju masuk kilang customer gua. Semua muka muka manusia production floor yang biasa hisap rokok kat smoking area dah masuk. Tanda gua dah lambat.

Separuh jalan, gua patah balik ke kereta. Ada barang tertinggal. Hati gua jadi tak sedap lantas berdoa semuanya akan ok, semuanya akan ok. Berkali kali.

[,]

Peluh masih melekat pada jumpsuit gua. Ada manik manik jernih pada dahi gua. Gua lap. Measuring tools kat tangan gua. Perlahan gua letak atas chuck table nombor 1. Berkali kali gua check. Result, masih menunjukkan kearah 0. Dalam specs.

Chuck table 2. Pun sama. Jarum measurement tools gua tunjuk nombor 0. Chuck table 3 dan 4, menunjukkan arah 2. Sama.

Kesimpulannya, semua masih dalam spec dan gua tak perlu buat kerja yang gua masih was was.

Tak semena mena lagu Aku Tak Marah dari Arrow bermain-main dalam kepala.

[,]

Sampai ini jam, Aku Tak Marah bermain main dalam kepala gua. Dan sampai sekarang gua marah dengan ingatan gua sebab lagu Aku Tak Marah ni.

Demmit.

6 comments:

jamal said...

care care

jo said...

karok la.
ape lagi.

j or ji said...

bila measuring tool tu last buat calibration?

gua suspect measuring tool lu yg silap.bacaan dia memanjang 0

hehehe

Rembo said...

jamal - care eh.

jo - perghh...ngeri gua nak karok kat sini.

Ji - pergh baru keluar kotak tu. sekali dengan mesin.

pehal yang komen gua semua start dari J. Jemmit!

Lil^GriZzLe said...

gua suka lagu tu bo. Lagu Luka seribu tahun dari fotograf pun sedap. makan mic la bo, pe lagi :D

Rembo said...

pergh...lu suka lagu ni?