Tuesday, March 09, 2010

Sepetang di King of Parit.

Sabtu petang. Lepas sedap gua buat pre-dating, minum minum secara ringkas sebelum azan maghrib, gua pun hantar makwe gua ke kereta sambil gua pulas pulas secara perlahan lahan throttle motor Lagenda gua gaya rempit King of Parit sebelah kereta dia.

Tiba-tiba,

"Nah. Ini untuk mak awak, ini untuk awak." sambil makwe gua bagi satu beg plastik dan satu beg kertas.

"Mende apa pulak ni?" gua bernada pelik campur geram. Sambil usha barang barang dalam beg.

"Kain. Buat baju kurung." terang si makwe.

"Perghh...ini bahaya punya lobi ni!"

"Hi hi hi." tersengih sengih makwe gua.

"Yang ni, buat pe pulak?" sambil gua usha madu satu botol besar dalam beg plastik.

"Minum la. Pagi pagi. Untuk kesihatan. Kang nak kerja kuat kat Penang kang. Kalau nak minum, jangan guna sudu besi. nanti khasiat dia kurang." terang makwe gua.

"Yelah. Tq."

"Welcome." jawap makwe gua.

"Eh, ni nak campur dengan telur ayam ke tak ni?" gua tanya bernada serious.

"Grrr...!!" bunyi makwe gua sambil menjengilkan mata.

Gua, gelak sambil pecut motor Lagenda gua tanpa toleh kiri kanan, masuk jalan besar gaya Mike Doohan ambik lap. Nasib baik tak ada pasir dekat simpang, kalau tak, terbongkang juga gua di kala Maghrib.

Lantas gua sambung minum dengan ahli meja bulat dekat kedai Badut.

Settle.

6 comments:

jo said...

woi...maghrib woi...
hehehe...

ainfazrin said...

hehe. pernah dgr kan kalo nak kawen dgn anak bujang org, kena ayat mak dia dulu.. ;)

Lil^GriZzLe said...

'menjegilkan' bukan 'menjengilkan'. hehe.

lu dah nak kawin ke bo :P kedai badut kat mana? gua xtau lah.

fazleena said...

cute makwe lu. :)

laki cikgu kimia said...

gua nampak cahaya kebahagiaan. tahniah.

Rembo said...

jo - sesekali jadi kutu. he he he

ain - perghh...ini trick oldschool ni.

gha - perghh lu ni. penat gua bgtau. badut itu adalah kedai pisang goreng yang penuh dengan student UTHM dengan pensyarahnya sekali time petang petang waktu bekerja sebelah Family Cake Parit Raja.

faz - alamek..

nas - gua nak gak naik kete BM, pakai baju songket kaler kuning dengan pakai spek. Amacam? Macam kenal kan situasi tu.

Ha ha ha ha ha