Monday, March 22, 2010

Turun.

Kadang kadang...errr...setiap kali sebenarnya. Setiap kali gua down dengan karrier gua, gua rasa macam nak berhenti kerja.

Tak payah kerja. Duduk rumah. Kunci bilik dari luar. Anak mangga, gua suruh budak budak rumah gua buang jauh jauh.

Siap siap dengan makanan, dapur gas, peti sejuk mini. Fully loaded dengan makanan segera. Mee segera, Milo segera, karipap segera, ketupat segera.

Kerja gua baca buku. Kadang kadang lukis lukis. Untuk untuk boleh jadi macam Jean Michel Basquiat. Tak pun macam Andy Warhol. Tak pun Roy Lichtenstien.

Terasa nak jadi macam Dave Ghrol pun ada. Hari hari berlatih main gitar. Melalak sorang sorang dalam bilik. Asah suara. Drum, tak payah. Bagi orang lain.

Terasa nak kerja jadi DJ pun ada kadang kadang. Gua tak berapa hot takpe, janji perut gua dengan makwe makwe sebelah gua hot.

Terasa nak mengembara pun ada. Dah kaya esok, boleh gua buat rancangan jalan sana sini. Macam Mawi.

Terasa nak jadi penulis buku pun ada.

Terasa nak kerja kat JKR pun ada.

Terasa nak jadi penceramah induksi pun ada.

Terasa nak jadi pembikin hotrod pun ada.

Terasa nak buat clothing label sendiri pun ada.

Terasa nak meniaga kat Downtown Cheras pun ada.

Perghh...gua dah makin mengarut. Gua tengah down.

Sigh~

7 comments:

jo said...

rileks la bo..orang lain lagi susah mau dapat kerja tau..ni dah kerja sedap-sedap, takkan nak berenti pulak...

AFIQ! said...

mengingatkan aku baju bundle

ainfazrin said...

kadang-kadang bila aku rasa gaji aku habis untuk coverkan hutang orang lain,

aku mmg rasa nak berhenti.rasa mcm sia-sia je kerja.

tapi takkan aku nak jadi bodoh mcm org yang aku dok coverkan tu. lantak dia lah nak jadi luncai,tapi aku nak jadi bijak pandai. takpe Bo, gi buat apa ko suka (untuk shift focus jap), you'll do fine afterwards.

iyan said...

teruk da nih...
mintak la cuti...
balik KL 2-3 ari...

Rajuna said...

part dram bagi gua.
sebab





gua pun tgh down. babi betul.

j or ji said...

kalau lu terasa nak jadi produser porn film, kontek gua..gua nak tengok je,bukan berlakon

Rembo said...

jo - gua tengah set balik minda gua sebenarnya.

afiq - bundle. Sedap juga tu.

ain - kerja memang kena dengan hati. he he he

iyan - belum boleh la bro.

juna - sibuk je tiru gua.

ji - hmmmm...