Tuesday, March 02, 2010

Mencemar pusat penggantungan baju gua.

Pagi semalam. Gua bangun tidur. Badan berlengas. Panas. Gua lincah turun tangga stail lompat 2 3 anak tangga sekali.

Siap mandi, gua tenung gua punya pusat penggantungan baju. Gua amik masa lama juga duk fikir nak pakai baju mana. Rata rata warna hitam dengan biru tua. Putih dua tiga helai. Kelabu sehelai dua. Gua cerita baju berkolar.

Ini adalah warna tema diri gua dari zaman gua remaja. Warna warna cerah macam kuning, hijau muda, merah, oren, light blue, light purple memang tak pernah terlintas langsung dalam kepala gua. Malahan ada rasa sikit benci. Mungkin sebab kulit gua sawo rentung yang buat gua rasa tak berapa sesuai.

Baju kemeja lain cerita. Semua stail western shirt. Petak petak. Jalur jalur kebawah pula ada sehelai dua. Yang plain ada satu. Buat standby kalau kalau ada interview masa hadapan.

Sambil gua usap usap perut, gua masih buntu nak pakai baju yang mana. Tolak warna hitam dengan biru gelap. Sekarang ni, cuaca, memang panas.

Kalau tengah hari tu, letak kuali leper atas jalan tar, letak minyak sikit, pecah telur, gua rasa boleh masak itu telur.

Nak pakai yang warna warna cerah sikit, semua stail fit kat dada dengan lengan. Ada juga yang dah fit bahagian perut gua. Susah la gua. Gua nak pergi kerja, bukan majlis semi formal.

Sudahnya, gua pakai baju company gua kain dri-fit warna biru gelap.

[,]

Gua dengan Chong berjalan menuju ke kereta dari Texas. Jarak dari guard house Texas ke kereta tak sampai 200 meter. Tapi, dia punya peluh, kalah gua buat sit up 10 kali. Kain dri-fit baju gua pun tak dapat membantu.

Dalam kepala gua, gua kena dapatkan baju kerja baru. Tema, warna warna musim panas. Sebab Malaysia sangat panas sekarang ni.

[,]

Dan, secara tiba tiba bila gua sampai rumah, masuk bilik, gua buka beg gua, keluarkan segala pembelian dari The Mines yang gua singgah on the way balik rumah, gua terkejut.

Satu, gua 'ter'beli baju warna turquoise yang tak berapa cerah sangat.

Dua, gua punya baju ada yang bersaiz XL. Gua saspek ini sebab baju punya cutting, bukan perut atau saiz badan gua. Mana mungkin!

Ini semua global warming punya pasal!

6 comments:

j or ji said...

semenjak dua menjak ni lu pandai denial eh..nak jadi king of denial ?

Lil^GriZzLe said...

gua pun sudah beli baju sesuai utk pemanasan global. Saiz pun makin increase. Bukan salah kita lah bo. heh.

Rembo said...

ji - betul la! ha ha ha

gha - cara ah gua ada member!

balqissy said...

turquoise? jambu. auww~ but i like =D

ainfazrin said...

hehe. ko ni bukan apa Bo. dah ada warna-warna cinta dalam hati.
sebab tu 'ter'beli baju warna turquoise tu. love changes people, no? kihkih.

ok, aku lari topik. :P

Rembo said...

balqis - jambu bukan kaler merah atau hijau ke?

he he he

ain - bukan lah. sbb skang ni panas sangat. sbb tu gua malas pakai warna tema gua. tak tahan.