Thursday, December 22, 2011

22122011

Demmit! Seingat gua macam baru je gua start tulis tajuk setiap entri gua guna tarikh.

Tup, tup! Dah sampai Disember dah. Masa terbang sangat pantas huh?!

Toleh belakang sekejap sambil tengok tengok achievement. Personal and career.

Saturday, November 12, 2011

PHP; On the way

31 Oktober 2011, 730 pagi. Dalam kapal terbang Air Asia, menuju ke Clark, Philippines.

Kiri gua seorang minah Philippines, kanan gua brader berbangsa India. Dari Malaysia atau India gua sendiri tak pasti.

Dengan agak agak cool, gua bukak buku Chuck Palahniuk, Survivor tajuknya.

Gua baca perenggan pertama dengan berhati hati. Ada perkataan testing, mayday, blackbox, dengan flight. Gua rasa lain macam. Gua tutup buku, baca sinopsis belakang.

"...has commandeered a Boeing 747, emptied of passenger, in order to tell his story to the plane's black box before it crashes." sinopsis tu bagitau.

"demmit!"

Lantas gua tutup, campak dalam beg gua. Cari posisi selesa, tidur sampai landing.

Sunday, October 02, 2011

32

Petang tadi, sedang gua layan game Wales menentang Fiji, rasa bosan menyinggah ke dalam hati. Mungkin sebab Fiji main rugby macam budak sekolah. Langsung tak melawan. Gila bosan.

Tapi gua ingat, bosan lagi game England kot. Rugby ke, bola sepak ke sama je game play. Sepak jauh jauh, kejar. Tak mencabar minda langsung.

Atas sebab bosan, ada suara suara kecil berbisik ke telinga untuk keluar-pakai-jeans cantik-kasut jalan-pergi ke mall.

"Nak buat apa gi mall?" tanya Tom.

"Tak tau la. Hmmm...tapi bosan ni."

"Hnnnnssss..." ujar Tom sambil hembus nafas sekali dengan asap Dunhill.

"Ha, gua nak cari jeans buat hitam buat kerja la."

"Ok jom."

Kalau ajak ke mall laju je budak Tom ni. Macam budak budak kecik.

[,]

"Nak cari apa?" tanya sales girl dalam butik jeans terkemuka.

"Jeans. Kaler hitam, cutting slim." terang gua tepat dan padat.

"Cutting ni la. Kita ada juga cutting lain. Nak cuba tak?" tanya sales girl butik terkemuka.

"Boleh. Bagi cutting ni saiz 34. Yang ini pun sama." sambil gua tunjuk ke cutting satu lagi.

"Sorry la encik. Cutting ni saiz 34 dah habis."

"Ok, kalau camtu bagi saiz 33 dan 32."

[,]

"Rupanya gua punya saiz pinggang dah tinggal 32 dowh sekang." kata gua pada Tom sambil sign resit kredit kad.

"Jeans ni memang saiz dia besar sikit la."

"Kah kah kah! Denial."

[,]

Lantas lepas balik dari mall, gua kayuh basikal hitam sambil berdiri untuk setiap bukit area Rumah Atas Bukit.

Target gua, tahun depan, gua boleh capai saiz 29 atau 30. Sekarang ini, lesung pipit gua pun macam dah nak keluar sikit sikit.

Settle.

Thursday, September 22, 2011

HB


HB part 2. 17092011. Ouch!

Monday, September 19, 2011

Nota untuk diri sendiri.

Target: By Aprill 2012 there must be at least 15K.

Sunday, September 18, 2011

Blood Sweet.

Starting dari semalam, darah gua dah mula manis dan gua dah ada tunangan. Ouch!

Thursday, September 08, 2011

Ready?

Am I ready for this?

Am I really ready for this?

Am I really really ready for this?

Tanda tanya yang besar sering bermain main dalam fikiran gua sekarang ini. Semakin hari semakin kerap. Semakin dekat semakin lagi kerap.

Dup dap dup dap.

[,]

Balik kerja kang, kayuh basikal naik bukit larangan hilang sekejap la soalan soalan dalam kepala tu.

Keh keh keh

Tuesday, September 06, 2011

Misi menghapus Post Raya Holiday Syndrome.

Dari semalam gua dah rasa sindrom ni. Sindrom yang gua selalu alami bila masa gua nak balik asrama lepas raya satu satu masa dulu.

Berat je hati gua nak melangkah balik ke Rumah Atas Bukit. Nak nak time kemas kemas baju masuk dalam luggage bag. Rasa macam berat sangat. Kalau boleh gua nak 'freeze'kan masa, ini lah salah satu masa yang gua nak freeze.

Biar tak bergerak. Kalau bergerak pun dalam kadar yang paling minimal.

Bila semalam gua celik mata dan sedar gua akan balik ke Rumah Atas Bukit dan akan merasa blues sepanjang hari, tiba tiba idea bernas gua datang.

[,]

"Ah Kwan, ni Bontrager Race punya flat bar berapa?" tanya gua ke tauke kedai basikal Lerun Bukit Pasir.

"Ini aa? Cincai kasi lu 60 sudah lah. Mau?" jawap Ah Kwan.

"Kasi diskaun raya la."

"Ok ok. Raya punya pasal 58 lu angkat la."

"Eleh 2 ringgit je diskaun. Boleh lah."

Seraya, gua keluarkan duit dari dompet. Bagi ke Ah Kwan. Gua keluar kedai senyum senyum pegang handle bar.

Langkah pertama misi menghapus Post Raya Holiday Syndrome gua berjaya lakukan walaupun dengan sedikit modal.

[,]

"Mak. Orang dah sampai dah ni. Semua OK." ayat terakhir gua dalam telefon bagitau mak gua yang gua dah sampai ke Rumah Atas Bukit.

Buka buka pintu Rumah Atas Bukit, tangan kiri pegang luggage bag, tangan kanan pegang beg kerja, lincah gua lompat tangga naik ke bilik.

Turun balik dengan screw allen, cable tight dan juga tool box. Handle bar dah standby tepi basikal hitam.

Dalam beberapa minit, basikal hitam gua dah berwajah baru. Handle bar dah settle install ke basikal hitam. Itu jam juga gua test kayuh depan rumah nak setting brake lever dengan shifter punya position.

Dengan baju tak tukar, dengan bau dari King of Parit gua kayuh pelan pelan depan Rumah Atas Bukit.

Lantas, langkah terakhir misi menghapus Post Raya Holiday Syndrome selesai.

[,]

Sekarang, dalam lemau lemau nak start kerja, kepala gua dah fikir nak balik on time untuk test ride basikal hitam.

Langsung tak blues dah. Taktik menghapus Post Raya Holiday Syndrome ini nampaknya berjaya, sampaikan makwe gua pun gua dah lupa sikit sikit.

Keh keh keh.

Friday, July 22, 2011

Persoalan.

Find a job that suit you or find yourself suit to the job?

Friday, July 08, 2011

Filem Barat & Airport

Satu daripada banyak banyak benda yang gua suka tentang airport walaupun dalam penat sambil sambil fikiran melayang ke sana sini sambil sambil fikirkan kerja yang dah settle dan juga kerja kerja mahupun cabaran yang bakal gua tempuhi ataupun teringatkan makwe dan juga kawan kawan dan juga basikal kesayangan atau kereta hitam atau kereta cap ikan adalah duduk statik di satu seat yang sangat mendamaikan dan memerhatikan gelagat manusia dari pelusuk dunia bergerak.

Gua rasa macam dalam filem barat.

Thursday, June 23, 2011

Letupan di angkasa - Kualiti Manusia



Bunyi bunyian indah untuk miserable soul.

Andai bunyi bunyian ini adalah satu bentuk pepejal atau jasad, dah lama gua peluk kuat kuat tak nak lepas agar gua tenang tenang sepanjang masa.

Wednesday, June 22, 2011

Pelajar bermasalah.

Satu masa dulu, gua pernah dihadapkan ke muka pengadilan sekolah. Biasalah, bilik guru besar, kerusi pejabat yang lembut, aircond yang sejuk, meja yang kemas dan teratur, sofa yang tak terusik.

Berdepan dengan Penolong Guru Besar dan juga Guru Besar sendiri.

Gerun, seram, takut, berdebar, peluh kat dahi. Semua ada. Normal.

[,]

Hari ini sekali lagi terjadi. Deja vu.

Berdepan dengan guru besar, ketua kerani, guru displin dan juga guru kelas merupakan satu torture moment yang dah lama gua tak hadapi.

Thing's happened. Part's broken. Lesson learn.

Second chance is provided. No more mistake for second time.

"Stand up and speak up like a man, man!" kata kata guru besar yang gua semat dalam jiwa.

Monday, June 20, 2011

Pengalaman gua digoda kakak Operator II.

Sekuel daripada kisah ini.

Hari ini, pagi tadi, lebih kurang jam 930 pagi, itu jam gua tengah lalu kawasan changing room.

Gua anggap changing room ini macam satu titik pertemuan dalam sebuah organisasi kilang sebelum masuk ke production line. Tak kira level apa pun. Dari serendah rendah level, sampai ke tahap bos bos.

Rendezvous.

[,]

"Hai pakwe." kata kakak operator sambil kenyit mata. Sambil berusaha pakai jumpsuit.

Perghh...kenyit mata gua tak tahan tu.

"Hai. Morning." jawap gua separa ikhlas. Kang kalau buat bodoh kang, orang kata menyombong pula.

"Berat nampak beg tu. Bawak apelah agaknya ye?" sambung kakak operator itu lagi.

Percubaan mengambil berat is detected.

"He he he. Biasalah kak, kerja. Macam ini lah." Gua jawap malas malas.

Belum sempat ayat ketiga keluar, gua terus pakai jumpsuit gua dengan gaya paling pantas, pakai glove getah, terus lompat ke dalam air shower tunnel.

Tinggalkan kakak operator termangu mangu dalam changing room. Padan muka!

[,]

Gua digoda, sekali lagi.

Mungkin, semakin hari semakin Aaron Aziz muka gua ni!

Wednesday, June 08, 2011

Scene hujung minggu lepas [II].



Gua tak tahu kenapa suara suara, lagu dan irama dalam video klip ni sangat memberi kesan kepada jiwa dan raga gua sejak hujung minggu lepas.

Tuesday, June 07, 2011

Scene hujung minggu lepas.

Hari minggu lepas ada scene yang agak luar biasa dari scene typical hujung minggu gua.

Scene scene yang buat gua rasa gembira dan teruja dan horny. Ok, horny tu cerita lain.

Bila gua garab semua scene scene ini, gua digest, gua fikir, gua timbang, gua kira, gua simpul, gua buka balik, gua simpul balik, akhirnya gua buat keputusan.

It's time.

Heh heh heh...

Sunday, May 29, 2011

Bola.

Ah, apa dia?

Owh, second place is a first loser.

Thursday, May 26, 2011

Terbonjol dan terlipat

Satu hari tu gua jalan jalan ke Kelumpo. Nemankan tok guru gua cari jeans. Semua jeansnya dah makin besar katanya. Habis di bagi ke sepupu sepapat katanya.

"Lu try la cutting skinny ni. Uniqlo punya cutting ok le." saranan gua ke tok guru.

"Boleh juga. Lagi? Cutting apa lagi?" Tok guru gua minta pendapat.

"Amik la slim fit sekali. Kaler dia pun cun ni." saranan gua lagi.

Maklumlah, gua pernah jadi promoter butik mahal di BP Mall. Skill memperdayakan pihak customer masih ada saki baki.

Sepuluh minit kemudian.

"Tak boleh la Bo pakai skinny."

"Apsal?"

"Dari peha sampai ke bawah lutut memang cun, tapi, bila sampai betis, terbonjol bonjol betis gua." kata tok guru gua sambil membentukkan bonjolan betis menggunakan tangan.

"La yeke.."

[,]

Satu hari tu gua jalan jalan cari barang barang sikit di Giant baru buka depan Rumah Atas Bukit gua. Gua punya sikit tu cecah juga RM seratus. Cilakak punya Giant.

Selesai urusan pembayaran, tolak troli, pelan pelan gua turun escalator. Escalator Giant ni sikit punya panjang. Gua agak ada la dalam sepuluh meter dan curam ke bawah.

Dihujung escalator, gua nampak satu mesin. Mesin warna putih ada lampu kaler kaler kelip kelip. Footprint mesin tu dalam setangah meter lebar kali setengah meter panjang kali dua meter setengah tinggi.

"Owh mesin penimbang berat-pengukur tekanan darah-pengukur lemak dalam satu rupanya!" jerit hati gua ala ala kagum.

"Kasi test satu round." gua berbisik sendiri.

Selesai urusan bersama mesin penimbang berat-pengukur tekanan darah-pengukur lemak dalam sat, gua print result. Mesti kena print, dah bayar RM satu untuk sekali naik.

Tret tret tet tet.

Lain lain gua tak pandang. Gua cuma pandang berat gua.

"Cantek. Turun 3kilo!"

[,]

Pagi ini gua kena pakai smart masuk pejabat. Kemeja jalur ke bawah lengan panjang, seluar khakis. Sampaikan budak rumah gua ingat gua nak pergi interview.

Dari rumah sampai ke pejabat, gua rasa tak selesa. Boxer gua rasa lain macam. Stail terlipat lipat bahagian peha sampai ke pangkal peha. Tak selesa. Sikit sikit gua kena betulkan bila berdiri.

Gua ingat pasal gua pakai seluar khakis pergi kerja. Kira macam boxer gua tak berapa faham gaya pemakaian gua hari ini.

Tapi, bila gua ingat ingat balik, fikir fikir balik, baru gua perasan. Gua ingat peha gua dah mula membesar. Otot otot peha gua dah menaik.

Sikit hari lagi, gua ingat peha gua dah macam peha Josiah Ng kot.

Patut lah tok guru gua kata betis dia terbonjol bonjol.

Monday, May 23, 2011

210511



Tengah gua settlekan kerja kerja berunsurkan dokumentasi dirumah, gua layan segala fail musik yang ada dalam PC gua ni. Macam macam lagu. Dari Hip Hop sampai ke Metal, Post rock ke Indie Rock, Rock kapak ke rock ballads. Semua ada.

Gua akui, lagu nasyid memang tak ada.

Bila playlist gua sampai kepada folder Radiohead, lagu kat atas tu memenuhi ruang bilik bujang gua yang bersepah tapi wangi.

Gua terdiam. Macam ada satu petir sentap jantung gua. Thom Yorke sekali lagi buat gua kagum.

Lantas tak semena mena, dialog dan air muka rakan pejabat gua bermain dalam kepala gua time sarapan pagi tadi.

"Kau dah lama tak amik cuti kan?" Tanya dia.

Lantas muka kekasih hati bermain dalam kepala gua. Sambil kabur kabur, sambil tanya gua bila nak balik.

Lantas muka Adam anak buah gua yang sulung pun sama. Di ikuti dengan muka anak nak buah gua yang lain. Saing saing tanya gua bila nak balik dengan suara yang comel.

Cilakak. Skill menulis gua dah jadi cacamarba. Gua nak kaitkan lagu dengan nak balik kampung pun susah.

Haram!

Friday, May 20, 2011

190511

Pagi tadi gua masuk pejabat. Dah dekat dekat sebulan juga gua tak masuk. Customer gua cakap, ini hari tak yah masuk dia punya production line. Tak ada kerja.

Fine. Gua masuk pejabat.

Awal pagi lagi gua dah siap siap. Macam biasa. Kemeja petak petak kecik. Jeans warna hitam, Adidas Stan Smith hitam. Cermin mata hitam. Kereta hitam.

Semua hitam. Macam ajen K dengan ajen J dalam Man In Black.

Elak elak dengan hati gua sekali sama hitam.

[,]

Tengah sedap gua lincah reka satu prosedur pasal mesin gua. Lancar. Dari otak mengalir ke hujung hujung jari gua.

Dari hujung hujung jari gua terus ke keyboard, tekan huruf huruf rumi dan pentafsiran dalam bahasa Inggeris. Terus ke Microsoft Excel.

Tiba tiba,

"Hai brother! Long time no see you aaa..."

Tegur seorang rakan sekerja gua berbangsa India dan juga peminat Arsenal.

"Hai." Gua sambut. "Yup. Long time no see you too." Balas gua.

"Lama tak nampak you, sampai I rasa you dah kurus sikit la."

"Heh heh heh. Tak ada lah bro. Biasa saja."

Itu yang terkeluar secara automatis dari lidah manusia berbangsa Melayu. Yang acap kali akan merendah diri bila dipuji.

"Nampak gayanya, tak sia sia gua blah awal dari kilang hampir setiap petang, ronda Putrajaya setiap Jumaat malam, kayuh turun naik bukit depan rumah setiap hari."

Itu jawapan dalam hati gua.

Sikit hari lagi kalau gua kayuh secara istiqamah, boleh dapat badan macam Shahrin Amir ni!

Wednesday, May 18, 2011

180511

Ya. Dah terlalu lama gua tinggalkan page ini. Tempat yang dulunya gua jadikan tempat untuk melampias nafsu amarah, dendam, nestapa, benci, iri hati, jelesi, sedih, gembira, tawa, riang dan segala macam emosi.

Sekarang,bukan tak ada segala marah, benci dendam puaka bagai tu semua. Ada. Cumanya, mungkin gua sudah tak terlalu mengikut perasaan. Atau, terlalu banyak kerja sehinggakan segala emosi gua serap sendiri dan akan keluar melalui liang liang peluh.

Atau, banyak sangat benda gua nak buat sampaikan apa pun tak boleh.

Atau, gua semakin malas memerah otak.

Atau, ini semua salah kerajaan?

Thursday, April 07, 2011

07042011

Batam. Day 1.

Mula mula gua sampai Batam, gua ada tulis kat sini.

Time ni tengah sedap. Satu kepulauan yang kebanyakan jalannya berlubang dan kotor dengan tanah merah. Restoran restoran kecil dan juga stall stall beroda jual rokok dan air tin atau air dalam botol masih banyak beratur di jalanan.

Pokok pokok masih menghijau. Rasa ikan dalam sup kepala ikan yang segar. Kalau nak kira KFC dengan McDonald masih boleh kira dengan jari. Apatah lagi nak nampak kedai donut J-Co, jangan harap!

Shopping mall pun setakat 3 atau empat biji. Hotel pun tak banyak lagi. Masih boleh nampak sistem pengangkutan sewa dengan motor pun bersepah. Orang jual tuala dekat bus stop pun ramai.

Pure. Truly Batam. Ini Batam yang gua kenal.

Sekarang.

Semua dah berubah. Bertambah maju. Shopping mall pun dah banyak. Elak elak sikit masa lagi, ada The Curve cawangan Batam. Setakat butik Ralph Lauren dah boleh nampak bersepah. Pasaraya besar Carefour pun dah ada 2 cawangan sekarang.

J-Co donut boleh nampak mana mana, KFC dengan Mc'D jangan cerita. Prudential siap ada satu bangunan sendiri. Alliance insuran pun ada 3 tingkat punya pejabat. Subaru puya showroom pun dah ada sekarang.

Stall stall kecik jual air tin dengan air botol pun dah makin kurang. Apatah lagi nak nampak orang jual tuala kecik kat bus stop.

Sup ikan dah tak segar, otak otak makin kecil, tambang teksi dah makin mahal. Nak masuk kilang pun kena apply working permit berharga 25 USD.

Gila.

Ekonomi semakin pesat membangun sekarang. Investor mula berani tabur duit kat Batam. Banyak bangunan bangunan baru.

Batam sekarang bukan macam Batam dulu.

Mana pergi gadis gadis genit tepi jalan tarik tarik baju merengek ajak masuk disco? Mana?? Mana??!!!

Batam dah tak true. Sedih gua.

Wednesday, April 06, 2011

06042011

"Nanti, bila lu dah ada basikal, hari hari lu ngadap basikal lu. Tengah tengok TV pun akan toleh basikal lu."

Kawan gua pesan.

Mula mula, gua macam,

"Takkan-lah sampai macam tu sekali kot."

Hakikatnya, memang iya!

Standard rumah bujang, mana ada meja makan dan sofa bagai. Jadinya, gua akan makan cereal kat tangga time sarapan sebelum pergi kerja. Dan tangga ini akan menghadap ke parking basikal basikal yang ada kat dalam rumah gua.

Sebelum pergi kerja tengok basikal sambil makan cereal.

Balik rumah lepas kerja, lepas gantung kunci kereta kat tangga, sebelum naik, nampak basikal dulu. Cuit basikal.

Nak turun makan malam, turun turun nampak basikal dulu, pegang pegang brek basikal dulu.

Ini memang kerja gila. Mana mana yang ada basikal pun sama. Tak kira dari Johor, Melaka, Pahang atau Penang. Semua gua dah tanya. Jawapan dia sama.

Basikal, basikal dan basikal.

Semalam petang, lepas gua sampai rumah dari office, letak beg dalam bilik, tukar baju dan seluar, isi air dalam botol, pakai kasut, naik basikal dari dalam rumah, terus turun bukit depan rumah.

Kerja gila.

Semalam malam, lepas balik dari keluar makan malam, basikal dah bersih lepas basuh lepas kayuh petang balik kerja, rasa turn ON nak kayuh membuak buak, naik basikal dari dalam rumah, terus turun bukit depan rumah.

Kerja gila.

Tapi, apa hal badan gua tak sedap sedap macam Anuar Manan lagi ni?

Tuesday, April 05, 2011

31032011

Gua ingat, gua ni, bukan lah stail manusia yang ada sifat daredevil. Stail berani mati. Stail nak try bungee jumping ke, free fall ke, rafting ke. Kadang kadang main slider kat Water world yang paling tinggi pun gua ada ngeri.

Atau pun jadi ahli Seekers. Duduk dalam gelap diam diam sambil tengok keliling. Ngeri ngeri.

Tapi, dalam hidup gua ni, ada juga perkara perkara gila gua pernah buat. Macam, beraya ke rumah member di Kelumpo dari Johor, balik hari.

Amacam?

Lagi, balik dari blok sekolah dengan pakai short bola tak pakai baju lepas dari kena kejar dengan warden gua time hisap rokok.

Tapi, dalam list acara daredevil dan juga perkara gila gua pernah buat, ini duduk top rank.

Night tour dekat War Museum Penang waktu malam.

Dengan berbekalkan lampu suluh bateri kejap ok kejap tak. Cahaya lampu dalam lokap lokap tinggal yang suram, merangkak dalam tunnel, lepak dalam bilik Jeneral Yamashita dan macam macam lagi.

Fuh, ngeri!

Thursday, March 03, 2011

03032011

Pagi ini, tengah gua sibuk buat kerja, tiba tiba, tak semena mena, En. Hati berbisik perlahan.

"I heart my job." katanya.

En. Telinga tak salah dengar, En Mulut tak salah dengar, En Otak tak berapa sure. Lalu dia tanya,

"For both sincere and cynical?" tanya En Otak.

Belum sempat En Hati jawap, gua dah potong siap siap.

"YUP!!!" yakin.

Owh, awesome!

Thursday, February 24, 2011

24022011

Gua sedar sedar dah dekat pukul lapan pagi. Entah mimpi mende sedap sangat tidur tak ingat nak bangun. Yang gua ingat, ada makwe Thai.

Dalam keadaan dah terlambat, gua rileks rileks lagi. Duduk bucu katil, tenung tingkap rumah belakang, fikir nak buat apa.

Gua bangun, ON speaker, cucuk N95, buka music player, tekan button Play.

"This ain't a song for a brokenhearted!" kata Bon Jovi melalui speaker gua.

"Baru semangat!" kata gua perlahan sambil nyalakan Dunhill Light sambil angguk angguk kepala.

Hari ini gua ada appointment dengan doktor kat Sunway Medical Center. Sekadar consultation dan juga bagitau result tentang tahap kesihatan gua setelah gua buat medical check up beberapa bulan lepas.

Jadinya, tak kisah sangat kalau gua lambat sikit pun.

[,]

Suasana tipikal dalam bilik doktor. Ada meja, kerusi kayu tak berapa empuk sebelah meja untuk pesakit, kerusi ala bos siap leather finishing, komputer, ada examine bed, dan paling penting, alat nak check blood pressure.

Benda ni kalau tak ada, memang tak tipikal bilik doktor.

Sambil doktor tu tunjuk result, gua angguk angguk setuju. Setakat itu, semuanya baik baik. Tahap kesihatan yang tip top. Paru paru gua pun masih OK. Belum sampai tahap alarm lagi. Lain lain dalam keadaan normal.

Tapi, sampai satu helai kertas, gua tak berapa faham sangat bahasa doktor atau bahasa medikal ni, yang gua perasan ada satu result menunjukkan 'invalid to calculate'.

Gua dah tahu, ini sesuatu yang tak bagus.

"Bo, your cholesterol level is too high. And this is bad for you."

"Really doc?"

"Yup. You kena slow sikit smoking, jaga makan and do more exercise. And please, loose your weight."

"Hmmm...is this showing my cholesterol level?" gua tanya sambil tunjuk arah 'invalid to calculate'.

"Yup." jawap doktor.

Dalam kepala gua, bila gua nampak perkataan 'invalid to calculate' gua bayangkan, time nurse nurse tu buat analisis dari sampel darah gua, satu tolok penanda aras yang semakin lama semakin menaik akan penanda arasnya, melepasi satu persatu nombor nombor yang menunjukkan sesuatu tahap, dan penanda aras terus menaik sampai tahap maksima dan pecah!

Dan result keluar, 'invalid to calculate'.

[,]

Ok. Gua kena cepat cepat siapkan basikal gua dah terus kayuh demi kesihatan gua!

Saturday, February 12, 2011

Back to 0822011

"I am clean in Malaysia." kata gua separa menjerit kepada budak sales company gua cawangan Thailand.

"No way! I am not believe in you." budak sales cawangan Thailand kata, juga separa menjerit.

"Tak nak percaya sudah." gua jawap.

"Sorry?"

"Nothing. He he he"

"No. I dont think you clean in Malaysia."

Gua hanya mampu jawab dengan angkat kening sambil angkat bahu.

Friday, February 11, 2011

1022011

Dari hari Rabu malam, sampai hari ini, otak gua cuma ada satu ayat.

"She just ordinary Thai girl, she just ordinary Thai girl, she just ordinary Thai girl."

Gua akan ulang bermula gua baring sampai gua tertidur.

Tuesday, January 25, 2011

24111

Lebih kurang pukul 9 pagi waktu tempatan, atau pukul sepuluh waktu Malaysia, kapal gua landing ngam ngam di landasan kapal terbang antarabangsa Suvarnabhumi yang disebut tanpa membunyikan huruf 'i' terakhir mengikut dialek tempatan, Bangkok.

Selesai urusan imiresen dan juga pengambilan luggage, gua terus hubungi transporter gua a.k.a jurutera tempatan yang menjalankan projek pemasangan mesin di Bangkok ini.

Apahal, penulisan gua dah kearah tulis suratkhabar Kosmo! ni?!!

Ok, gua teruskan dengan gaya penulisan letup gua. Mula semula.

Lepas settle semua urusan, gua angkat luggage masuk dalam kereta CRV hitam transporter gua.

"Off we go!" gua kata pada transporter gua. "Direct to customer site aren't we Kitti san?" sambung gua.

"Yup!" jawap Kitti a.k.a transporter dan juga jurutera tempatan dan juga secara tak langsung host untuk projek kali ini.

[,]

Lepas habis habis kerja, gua dan jurutera tempatan terus lincah ke hotel. Dalam hati, gua berdoa untuk tempat yang selesa dan tak berapa mahal sangat macam Golden Palace of Horses ke, Marriot Putrajaya ke.

Gua dekat sebulan kat Bangkok ini, kalau room rate dia sama paras dengan hotel hotel demikian, masak la gua!

Lepas bagi salam dalam hati, gua masuk bilik. Itu pun lepas porter buka lampu, ON aircond, ON TV, tukar channel, panggil call girl.

Ok yang last tu gua tipu.

Macam biasa rutin gua bila masuk bilik hotel, gua kena pastikan semua kedudukan dan keadaan bilik hotel dan juga barang macam shower gel, shampoo hotel. Dalam peti sejuk ada apa, dalam drawer ada apa, mana yang free, mana yang kena charge kalau minum atau makan.

Tapi, dalam sejarah penetapan gua di hotel demi mencari sesuap nasi, kali ini gua paling tersenyum sambil geleng geleng kepala.

Apa hal ada sekotak 'sarung getah safety' atas para sebelah nescaffe, teh boh dan juga gula dalam paket?

Nasib baik tak ada note "use it wisely" sekali.

Tuesday, January 18, 2011

18111

Nokia N95 gua yang belakangnya gua lekat sticker carbon berbunyi. Irama Killeur Calculateur berkumandang.

"+60302?", "Ni call dari obersi nih." bisik hati kecil gua.

"Haallloo..." Suara di hujung talian. Garau dan kasar mula mula.

"Yes boss!." Jawap gua dengan nada meyakinkan.

[,]

Selesai bercakap dengan boss kecik gua, lantas tangan gua mengetik papan kekunci. Google bahasa bahasa basic untuk bercakap dalam bahasa Thai.

Mulai mingu depan, gua ke Thailand. Bangkok untuk lebih tepat.

[,]

Masalahnya, apahal gua punya customer yang bahagian luar negara berada di dalam rank A dalam kes kes kemaksiatan.

Risau juga gua ni!

Wohoo!!

Wednesday, January 05, 2011

5111

Dua hari sudah, The Big Boss discuss dengan gua pasal result appraisal gua tahun lepas. Secara amnya, skor gua memang tak memuaskan. Gua pun tak puas hati.

Kesimpulannya, gua kena berfikirkan lebih licik dan proaktif dalam menghadapi pel bagai situasi. Tambahan gua kena lebih bersikap lebih menyerlah.

Gua anggap itu semua sebagai cabaran. Lagipun, tahun ini tahun permulaan abad baru. Apa salahnya.

Tapi, dari pukul sepuluh tadi, satu email gua pun dia orang semua tak reply. Apa cerita?
Sudahnya, gua yang stuck sendiri.

Cilakak!

Tuesday, January 04, 2011

3111

Duduk sarapan kopi dengan sandwich kat Starbuck dalam Sunway Medical Centre sambil tengok tengok gelagat pesakit atau orang yang hantar pesakit atau business man dan business woman dengan baju jalur jalur ke bawah dengan seluar kain licin dengan neck tie polka dot dengan kasut hitam berkilat atau blouse dan skirt yang kemas sambil rambut didandan rapi, lagi lagi tukang buka pintu Sunway Medical Centre ni lagi smart pakaiannya berbanding doktor yang datang merupakan satu perasaan yang agak awkward dipagi hari, tambahan isi perut yang belum dikeluarkan pagi pagi akibat nasihat doktor untuk tidak merokok sekurang kurangnya 10 jam sebelum pulmonary lung test.

Adeh!