Aku baru pulang daripada majlis tahlil di rumah salah seorang komuniti kampung aku. Seperti biasa, aku cuba untuk mengelak atas dasar malas.
Tetapi seperti biasa, minda aku kurang aktif jika aku pulang ke kampung. Mood untuk bermalas-malasan itu tinggi. Jadinya, akal aku ini gagal mengeluarkan idea atau alasan yang bernas untuk menolak pelawaan bapaku.
Kampung aku ini merupakan satu komuniti masyarakat Jawa.
Yang kebanyakkannya bekerja di sektor pertanian. Banyak juga yang menjadi pekerja kerajaan yang menjanjikan duit pencen dikala tua.
Komuniti masyarakat Jawa ini mempunyai beberapa budaya yang aku sendiri kurang pasti. Biarpun dah berkurun aku tinggal bersama mereka. Yang pasti, komuniti Jawa ini agak konservatif dari segi pemikiran. Itulah hakikatnya.
Atas takutkan caci cela daripada komuniti ini, aku pun pergi. Ayat yang biasa akan kedengaran bila seseorang belia atau pemuda dari komuniti ini gagal menghadikan diri dalam satu-satu majlis ialah:
"Mentang-mentang dah belajar tinggi, tak mau campur dengan orang kampung."
"Baru kerja bagus sikit, dah tak nak pergi tahlil."
"Biarkan dia, nanti bila dia kahwin takde orang nak rewang baru tau."
Begitulah lazimnya ayat-ayat yang aku sering dengar daripada mereka. Biasanya dalam bahasa Jawa yang aku sedikit faham. Tapi kalau Si Dodol, confirm cemerlang dalam Bahasa Jawa. Jika Bahasa Jawa dijadikan salah satu matapelajaran wajib dalam KBSM, aku pasti Si Dodol akan berjaya dengan cemerlang.
Suasana yang agak lame membuatkan aku rasa bosan. Nasib banin Si Apek turut hadir. Taklah terasa bosan. Sesudah majlis tahlil merupakan acara yang aku tunggu-tunggu. Makan. Hidangan adalah nasi ambeng.
Ini juga merupakan satu tradisi komuniti Jawa. Yang mana nasi akan diletakkan pada dulang yang besar. Lauk biasanya terdiri daripada serunding, ayam masak kicap dan juga sambal goreng. Dihidangkan dalam satu pinggan.
Biasanya bilangan ahli dalam acara makan nasi ambeng ini ialah 4 orang. Lebih tu kira halal la. Kadang-kadang menjangkau sehingga 6 orang. Ni biasa terjadi kalau tuan rumah tak budget berapa orang yang akan datang.
Selesai makan,aku duduk bersembang dengan Si Apek. Melihat sekeliling aku, ahli komniti kampung aku sedang seronok berbual dengan tajuk masing-masing.
Dalam kepala aku terfikir, macammana agaknya tiba-tiba ahli komuniti kampung aku ini akan berbual tentang ideologi-ideologi. Contohnya Wak Saion tiba-tiba bersuara,
" Aku rasa idea Karl Marx tu boleh kita gunalah kat kampung ni."
Atau, " Aku nak suruh menantu aku laksanakan semula idea Guy Fawkeslah. Aku rasa Malaysia sekarang semakin macam sial"
Atau "Fiedel Castro ngan Che Guvara tu baguslah"
Haha! Aku rasakan sesuatu yang hebat. Rasa macam nak berulang je daripada Bandar Penggaram ini ke Bandar Maharani jika semua orang dalam komuniti aku akan berbual sedemikian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment